Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 20, 2015

GERAM DENGAN PERANGAI HODOH KERANI JPN, PENGGUNA MUAT NAIK DAN KISAHKAN KEBIADAPAN MEREKA DI FACEBOOK!!!



Kes petang tadi kat JPN SG.PETANI

2minggu lepas aku pi JPN nak buat ic sebab kena ragut.. Aku dapat kaunter 7 nama dia REZUAN dia kata aku cuai menyebabkan kena ragut dan aku kena bayar denda.. aku tanya balik kat dia apa kecuaian aku? Awat aku saja2 pi tadah bg kena ragut ka, lepas tu aku cakap polis kata tak kena denda, ni kali pertama ic aku hilang tu pun sebab kena ragut.. (aku bagi tau sekadar info yang aku tahu) dia jawap balik kat aku macam ni

" KALAU HANG DAH KATA MACAM TU HANG MAI SINI BUAT APA. HANG PI JA LA BUAT IC KAT BALAI POLIS TU DAH NAK DENGAR CAKAP POLIS SANGAT "
Alamak!! kau dah buat aku bengang, dengan kasar aku tanya balik
BOLEH KA BUAT IC KAT BALAI POLIS???? BOLEH KA!!! PANDAI PULA DIA CAKAP TAK BOLEH, JADI HANG DAH TAU TAK BOLEH HANG SURUH TU BUAT APA????


Aku sabar, aku diam lagi tapi harini sekali lagi REZUAN tu tunjuk belang dan perempuan kaunter 8 tu pula bercakap kancing2 gigi lagi uishh dahsyat hampa, hampa saja buat aku ungkit balik cerita, hang ingat aku ni jenis tunduk ja kalau hang biadap??? Jenis angguk2 ja biar hang perlekeh aku depan public???
Kalau aku viral hang kata aku ambil jalan mudah, tapi pengajaran hang kena ambil jangan malukan orang, jangan perlekeh orang depan public sebab orang lain pun akan malu sama macam hang malu sekarang bila dah kena viral.

Tak payah bangga dan perasan hebat bila hang kat kerusi kerajaan sebab esok hang mati bukan depa tanam kat situ pun depa tanam hang sama tempat juga dengan orang kutip botol tepi jalan tak ada beza ok. Kami pi bukan minta pertolongan hang tapi minta perkhimatan hang sebab hang pekerja, cukup bulan ambil gaji bukan free.
Hormat orang kalau nak orang hormat hang.
Org berbudi aku berbahasa tapi kalau cara hang pun biadap macam mana aku nak hormat. kaunter 10 ok ja boleh pulak dia berbudi sampai selesi urusan aku.

AKU MINTA IZIN LAGI NAK VIRALKAN TANGKAP GAMBAR DEPAN2 BUKAN SOROK2

4 comments:

Anonymous said...

hakikat dan realiti , memang ramai kakitangan kerajaan dalam pelbagai agensi yang tidak beretika , sombong dan biadab melayan pelanggan , kalau kita kumpul pelbagai aduan yang berlaku, ribuan kes telah berlaku, samada hospital terutama wad bersalin , jabatan kerja raya, jabatan air, JPN , kastam, imigresen, dan sebagainya ..

JPN kena ambil tindakan, kena betulkan keadaan ini , JPN kena tegas demi imej dan intergeriti jabatan, kalau hari ini kakitangan ini bersikap demikian tidak mustahil esok dia buat lagi , lusa dan seterusnya ,
ini bukan kes yg pertama atau kes terpencil , sebelum ini pun sudah berbagai cerita kita dengar , tapi apa tindakan JPN ?

kakitangan ini harus diberi teguran atau tindakan !!

Anonymous said...

Kita sendiri tak pasti sama ada tuduhan yg diviral kan ini benar atau fitnah. Sebaiknya kita dengar pula versi pihak yang dituduh. Banyak juga kes dimana pelanggan2 ni yang biadap, berlagak bagus, tak tau beratur, tak tau peraturan mcm pakai pakaian menjolok mata di pej kerajaan, suka memaki hamun pekerja yg dilayan mcm hamba abdi dll...So kalau nak viralkan pun viralkan sekali kenyataan pihak yang dituduh. Barulah adil. Lagi pun kalau tidak puas hati dengan perkhidmatan ada saluran buat aduan rasmi. Kalau betul perangai pegawai tu mcm yg dituduh, memanglah tak patut...tapi kalau ni fitnah, bukan saja yg viralkan dlm Facebook to berdosa, hang admin yang viralkan fitnah dlm blog ni pun kongsi dosa ye...tak pasal2 hang berdosa dgn manusia yg jd mangsa fitnah tu..mana hang nak cari dia nak minta maaf? Jawabnya hang tunggu kat akhirat lerrr...

Anonymous said...

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata..............

Anonymous said...

Kdg2 pelanggan yg suka provoke. Sah2 penyebar ni suka buruk sangka dan berhati busuk. Kalo x dia takkan sungguh2 nk viralkan

 
Blogger Templates