Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 13, 2015

GST RM19 SEHARI, DIBAYAR BALIK BRIM 14 SEN, RAFIZI KATA, NAJIB PERLU DIPECAT DALAM KLIP VIDEO KEMPENNYA!!!



Menjadi pembangkang di Malaysia cukup mudah... malah si buta huruf yang cacat otak pun boleh menjadi Ahli Parlimen dan penyokong parti pembangkang kerana mereka hanya mampu berfikir secara sehala iaitu MEMBUAT TUDUHAN dan PERCAYA DENGAN TUDUHAN YANG DIBUAT sebagai satu fakta.

Segala penjelasan yang diberikan tidak akan diterima, bahkan diputarbelit dan dipusing-pusing sehingga kepada topik yang langsung tidak munasabah seperti yang kita dapat lihat dalam komen-komen berikut:

Rafizi Ramli dengan penuh bangganya mendedahkan tentang betapa zalimnya Najib Abdul Razak kerana telah memotong banyak subsidi dan peruntukan kementerian-kementerian tetapi menumpukkan peruntukan yang lebih besar untuk dirinya seperti yang terkandung di dalam klip video kempennya.

Setiap tahun, kerja Rafizi Ramli, PKR dan DAP adalah mendakwa Najib menyimpan berbilion-bilion ringgit di dalam pejabatnya dengan berkata, Jabatan Perdana Menteri mempunyai bajet yang besar.


Bagi yang bangang dan tolol, hasutan Rafizi Ramli itu akan diterima bulat-bulat tanpa mereka sedar, terdapat banyak jabatan dan agensi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Fakta itu sentiasa cuba ditutup oleh Pakatan Rakyat/Harapan termasuklah di dalam klip video kempen Rafizi Ramli.

Terdapat sekurang-kurangnya 8 Suruhanjaya (MACC, SPR dan sebagainya), 5 Agensi Pusat (MAMPU, UKAS, JPA dan sebagainya), 42 Jabatan dan Agensi (MKN, ESSCM, APMM dan sebagainya), 5 Badan Berkanun (Tabung Haji, Felda, Felcra dan sebagainya) dan 5 Badan Korporat (TERAJU, UNIK, MIGHT, dan sebagainya) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

UKAS sahaja yang memegang dana kemudahan untuk projek infrastruktur Awam-Swasta bernilai berbilion-bilion ringgit. Menerusi UKAS, kerajaan meminjamkan atau mengambilalih saham di dalam projek-projek seperti LRT, MRT dan kampus-kampus baru MARA yang dibina dengan kerjasama swasta.

Tahun hadapan sahaja, ESSCOM akan menaiktaraf keselamatan dalam mempertahankan Sabah daripada pencerobohan. RM523 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan kem-kem tentera ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu.

MKN juga telah diberikan peruntukan yang besar untuk bantuan dan meneruskan usaha pemulihan kawasan yang dilanda banjir selepas banjir besar penghujung 2014.

Pembangkang seringkali memberitahu, Najib dan kerajaannya perlu menanggung dan mengambilalih pelbagai urusan pembangunan, dan tidak lagi menyerahkannya kepada pihak swasta semata-mata. Justeru peningkatan perbelanjaan oleh Jabatan Perdana Menteri pastinya berlaku memandangkan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak menggunakan PPU dan UKAS yang berada di bawah JPM sebagai dana kemudahan untuk pelbagai projek. Isu perjanjian dan konsensi berat sebelah yang menekan rakyat seperti mana yang berlaku dalam kes membabitkan lebuhraya dan sebagainya sudah tidak wujud lagi.

Rafizi turut menekankan tentang beberapa bilion ringgit dari RM20 bilion yang dikategorikan sebagai perbelanjaan tanpa rekod.

Gurauan bodoh apakah yang cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli?

Kesemua perbelanjaan direkodkan. Anda fikir Ketua Audit Negara tidak berguna? Pada bahagian mana Jabatan Audit Negara dan Ketua Audit Negara tidak mengeluarkan laporan secara terperinci membabitkan wang negara yang dibelanjakan oleh setiap jabatan!

Rafizi Ramli dan para penyokongnya sebenarnya cuba menuduh Ketua Audit Negara melakukan penyelewengan dan rasuah!

Begitu juga tuduhan Rafizi bahawa peruntukan besar kepada JPM telah menyebabkan pelbagai subsidi termasuklah subsidi tepung dan minyak masak dihapuskan. Di sinilah kelihatan kebodohan luar biasa Rafizi Ramli atau lebih tepat lagi kalau kita katakan, niat jahatnya yang tidak dapat diselindungi.

Subsidi diberikan apabila harga komoditi seperti gandum dan minyak sawit yang tinggi pada masa lampau. Apabila skim untuk minyak masak diperkenalkan, ia adalah kerana harga minyak sawit melebihi RM3000 satu tan. Sekarang minyak sawit berlegar antara RM2200-2300 satu tan. Nak subsidi apa benda lagi? Dan memandangkan harganya turun mendadak apa perlu lagi disubsidikan harganya? Bukannya kerajaan naikkan harga barangan kawalan ni pun!

Rafizi cuba menarik kembali perhatian dan sokongan yang diterimanya setelah isu PTPTN dibangkitkan suatu masa dahulu dengan mengungkit tentang bajet kepada universiti-universiti awam dipotong. Rafizi cuba membayangkan kononnya universiti yang kekurangan bajet akan menaikkan yuran dan mengenakan pelbagai jenis yuran baru.

Ini merupakan satu tuduhan yang sama dilemparkan oleh puaknya tahun lepas apabila bajet untuk IPTA dipotong. Begitu yakin, yuran universiti akan dinaikkan tetapi apabila ramalan mereka tidak menjadi kenyataan, tiada pula komplimen diberikan. Pihak IPTA sendiri telah menyatakan bahawa mereka tidak menaikkan yuran kerana mereka mempunyai sumber-sumber dana yang lain dan bergantung kepada kerjasama dengan swasta untuk dana.

Pemotongan tersebut adalah satu langkah di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025. Puak pembangkang juga yang melalak tentang IPTA perlu diberikan autonomi oleh kerajaan. Rafizi Ramli barangkali sudah terlupa kut tentang desakan tersebut, dan tindakan mengurangkan kebergantungan IPTA kepada dana kerajaan, nampaknya tidak disedari oleh Rafizi dan puak-puaknya bahawa ianya adalah satu langkah yang direka untuk menfokuskan kepada hasil yang lebih baik dan boleh digunapakai berbanding hanya menyalurkan dana kepada masalah.


Sebenarnya, perbelanjaan pendidikan di Malaysia melebihi dua kali ganda berbanding negara-negara ASEAN lain secara purata iaitu 3.8% berbanding 1.8% daripada KDNK. Walaupun telah terlebih belanja, hasilnya tidak seperti dijangka. Justeru pihak kerajaan telah mengeluarkan cetak biru perancangan 10 tahun untuk pendidikan tahap tinggi bagi menggantikan sistem sedia ada yang gagal mengeluarkan hasil ang boleh dibangga-banggakan.

Rafizi cukup seronok bermain dengan angka dalam usaha membangkitkan KEBANGANGAN dan KEBODOHAN sebahagian besar rakyat Malaysia apabila dia dengan penuh yakin menyatakan, Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib mengutip GST daripada setiap orang rakyat sebanyak RM19 sehari tetapi dibayar balik dalam bentuk BRIM sebanyak beberapa sen sahaja.




GST adalah cukai berdasarkan penggunaan. Ianya adalah cukai yang adil. Mereka yang berbelanja lebih akan dicukai lebih. Dan jikalau kutipan GST bertambah dan peratus cukainya sama, ini bermakna terdapat penggunaan dan perbelanjaan berlebihan dalam ekonomi. Jikalau lebih banyak penggunaan dan perbelanjaan, bermakna orang ramai mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan dan itu bermakna mereka juga lebih pendapatan.

Namun berdasarkan kira-kira 'purata' yang dibangga-banggakan oleh para penyokong Rafizi Ramli, 'kira-kira purata' jugalah menunjukkan bagaimana Rafizi Ramli sememangnya berniat jahat, menipu dan menfitnah kerana 'kira-kira puratanya' menunjukkan rakyat Malaysia berbelanja lebih RM9000 sebulan!

Mengapa selepas penipuannya dalam 'kira-kira purata' GST berbanding BRIM itu, Rafizi Ramli terdiam dan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk kembali menyebut dan menyebarkan video kempennya?

Adakah kerana Rafizi Ramli beranggapan, kebanyakan rakyat Malaysia sangat bodoh seperti para pengikut dan pemercayanya?


2 comments:

Anonymous said...

Aku teringin sangat nk SEPAK MULUT LONGKANG HARAMJADAH ni sekor. Klu x aku mati kempunan hajat x sampai. Biar la mati biawak sekor ni lidah terjelir, semoga Allah menunjukkan kekuasaanNya dan menunjukkan siapakah di pihak yg BENAR. Aminn...

Anonymous said...

Biarkanlah si pondan botak ni nak merapu....tak lama lagi kes BaFia dia so mungkin ini kalilah terakhir untuk dia jadi ahli parlimen.....dia ingat dia siapa? Ingat tarikh 16 September? Ini geng raja peliwat so dia boleh reka cipta semua cerita bahalol dan bangang dia.....kita tunggu jelah. najib yang kena pecat atau Rapizi ni yang sipecat kerana salah laku dalam kes Bafia...ingat orang yang kaki fitnah ni matinya nanti lebih tragik dari Kapal sing....Allahualam

 
Blogger Templates