Melayu di Pulau Pinang hanyalah si pecacai dan tidak ubah seperti Arab di negara haram Zionis Israel.
Itulah gambaran
Menariknya, anggota-anggota penguatkuasa berpangkat rendah bermajoritikan Melayu manakala Ahli-Ahli Majlis yang berkuasa pula, tidak pernah muncul ke hadapan sekalipun arahan yang dikeluarkan membabitkan orang Melayu.
Seorang lelaki tua Melayu yang telah bertahun-tahun berjualan pisang, bukan sahaja dizalimi, bahkan barang perniagaannya yang tidak bergerai, tidak juga berlokasi tetap dan tidak mengganggu lalu lintas, telah dirampas untuk dimusnahkan oleh anggota-anggota penguatkuasa MPSP yang keseluruhannya adalah Melayu.
Si anak lelakinya terus berang.
Dan akhirnya, si anak lelaki itu melakukan sesuatu yang biasanya digunakan untuk mempertahankan penjawat awam daripada dipersalahkan kerana tidak bersikap kemanusiaan iaitu MENGGANGGU ATAU MENGHALANG PENJAWAT AWAM DARIPADA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.
Itu situasi yang berlaku
Pak cik penjual pisang itu barangkali tidak berlesen, tidak berpermit dan pemilik bangunan pula tidak senang hati, jijik dan berasa geli melihat seorang lelaki Melayu berjualan pisang di kaki lima bangunannya lantas memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa.
Namun apa salahnya kalau pak cik itu sekadar dihalau, ditunjukkan tempat sepatutnya dia berjualan tanpa mengganggu tokeh-tokeh besar pemilik bangunan dan kakilima. Berapa sen sangatlah jualan pisangnya berbanding dimusnahkan untuk memberikan KEPUASAN kepada seragam yang disarung.
Atau sekadar diberikan amaran, saman dan disuruh berpindah sahaja tanpa perlu dirampas barang-barang jualannya.
Bagaimana pula dengan tempat-tempat lain yang jelas-jelas melanggar undang-undang tetapi tidak diambil tindakan serupa di Pulau Pinang?
Tidak malukah Melayu-Melayu yang menyarung seragam anggota penguatkuasa tetapi gagal menggunapakai otak dan kewarasan mereka?
2 comments:
hidup melayu p.pinang..PRU 14 jgn lupa undi DAP lagi..kini hidup di P.pinang rukun aman damai..
Hidup melayu PP pengundi PR laknatullah...
Lain kali undi lg ya.....hancurlah kamu pemgundi PR terutama PKRDapigs laknatullah
Post a Comment