Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, November 19, 2015

JIMMY WONG AHLI PARLIMEN DAP KOTA KINABALU PERSOAL PERTEMUAN NURUL IZZAH DENGAN JACEL KIRAM SEMASA TEBUSAN MALAYSIA DIPENGGAL LANUN SULU!!!



Setakat ini, Nurul Izzah sekadar mengesahkan bahawa gambar-gambar yang sedang tersebar daripada laman Facebook peribadi Jacel Kiram adalah 'tulen', sekaligus turut mengesahkan pertemuannya dengan anak perempuan ketua lanun Sulu itu.

Alasan Nurul Izzah ialah, individu yang ditemuinya adalah pihak yang berkepentingan dan mempunyai pengaruh dalam masyarakat.

Nurul Izzah berkata tuduhan mengatakan beliau menjejaskan kedaulatan Malaysia dengan lawatan itu adalah “liar, tidak berasas dan berniat jahat”.
Dalam kenyataan segeranya, Nurul Izzah berkata, beliau ke Filipina pada 9 November bersama rakan dalam PKR, Chua Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, sebagai sebahagian delegasi parti untuk bertemu pihak berkepentingan politik di negara itu.
Individu yang mereka temui, termasuk Jacel, adalah pihak berkepentingan yang sah dan salah seorang pemimpin masyarakat, katanya. (RUJUK SINI)
Tiada langsung rasa bersalah pada Nurul Izzah walaupun tidak mungkin Nurul Izzah sudah lupa tentang kekejaman dan kejahatan lanun-lanun Sulu Kiram yang telah menceroboh negara ini, menyerang, menakuti, menjarah malahan membunuh anggota-anggota keselamatan yang ditugaskan mengawal keselamatan wilayah yang mereka cerobohi.


Sebaliknya, berdasarkan kenyataannya, Nurul Izzah sangat bangga dengan kempen 'BEBASKAN ANWAR IBRAHIM' yang turut disokong oleh Jacel Kiram walaupun pada masa yang sama, untuk menjustifikasikan tindakan jahatnya, Nurul Izzah berkata, dia menyokong penglibatan Kerajaan Malaysia dalam pelan damai di selatan Filipina.

Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah khususnya mengecam tindakan Nurul Izzah dan mahu mendapatkan penjelasannya, kerana jelas, Jacel Kiram adalah musuh yang amat merbahaya.

Dan lebih menarik lagi ialah Jimmy Wong, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, turut menyertai Ahli-Ahli Parlimen yang mengecam Nurul Izzah. Kata Jimmy Wong, walaupun tidak dapat dielakkan, tidak perlulah berasa bangga dengan memuatnaikkan gambar-gambar sebegitu.

1 comment:

Anonymous said...

Berbaik dgn org yg telah membunuh anggota keselamatan msia...apa niii..
Hanya utk nak dpt sokongan bebaskan banduan.

 
Blogger Templates