Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 4, 2015

MENGESAHKAN SIKAP PENAKUT DAN PENGECUTNYA, TONY PUA UMUM TARIK DIRI DARIPADA BERDEBAT DENGAN ARUL KANDA DALAM ISU 1MDB!!!



Beralasankan enggan kehilangan jawatannya dalam PAC, Tony Pua yang sebelum ini begitu lancang, galak dan berlagak mencabar, hari ini mengesahkan penarikan dirinya daripada berdebat dengan Arul Kanda.

Sekaligus menyebabkan para penyokongnya, termasuklah yang berada di dalam UMNO, bersorak sakan sambil menyalahkan UMNO, PAS, Speaker dan Najib Abdul Razak, malah turut menuduh Arul Kanda telah main kotor untuk mengelakkan 1MDB daripada didebatkan secara terbuka.

Semalam, Tony Pua terselamat daripada terpaksa menanggung malu besar seumur hidup, apabila Speaker Dewan Rakyat 'menghulurkan bantuan' menggunakan Peraturan Mesyuarat dan Dewan Rakyat yang tidak membenarkan Ahli Parlimen yang merupakan anggota PAC terlibat dalam perdebatan umum dalam kes-kes yang sedang berada di bawah siasatan PAC.

Menariknya, sepanjang Tony Pua menyalak dan memekak tentang 1MDB sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat, tidak pula mengeluarkan sebarang hujah atau larangan, mahupun ancaman untuk meletakkan jawatan seperti yang dilakukannya semalam.

DAP sedang mencipta pelbagai alasan menarik, termasuklah 'perangkap' dan 'permainan kotor BN' dalam usaha untuk menyelamatkan air muka Tony Pua.

Tony Pua ketika berdalih memberikan alasan untuk mengelak daripada berdebat dengan Arul Kanda, memberikan syarat hanya dia sahaja boleh bertanyakan soalan, manakala Arul Kanda tidak dibenarkan bertanya apa-apa kepadanya.

Setiausaha Agung DAP yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan penyelamat terbaru yang muncul untuk menyelamatkan Tony Pua.

Dalam kenyataannya, Lim Guan Eng menyatakan, Tony Pua menarik diri dan tempatnya akan digantikan oleh orang lain bagi mengelakkan Tony Pua hilang keahliannya dalam PAC.

Timbalan Pengerusi PAC adalah Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw yang juga merupakan antara pemimpin utama DAP. Tan Seng Giaw dalam satu kenyataan sebelum ini menempelak Tony Pua kerana membuat tuduhan rambang tanpa disertai bukti dan butiran.

Kedudukan Tony Pua dalam PAC amat diperlukan memandang proses saman Xavier Justo melibatkan Ong Kay Tat dan Tong Koii Ong akan turut menyeretnya sekali. Kedudukannya dalam PAC, diharap dapat menyelamatkan Tony Pua daripada berhadapan dengan natijah undang-undang.

Sekarang ini, DAP sedang mengetuai gerakan untuk menyalahkan Speaker Dewan Rakyat pula!

Bijak permainan DAP!!!


1 comment:

Anonymous said...

Mmg pun salah speaker.. X lojik la sekiranya arul hadir dlm debat 2 nti dia dah x blh jadi saksi.. Sdangkan sblm ne arul bebrapa kali muncul dlm tv mewakili 1mdb.. Nmpk sangat semua mentri malaysia tiada telur.. Penakut.. Pr14 sokong pembangkang.. Selama ne asik undi umno jak.. Biar mentri2 pengampu ne kena buang jauh.. Nthe najib jadi ketua pembangkang yg akan d dakwa salah guna kuasa.. X sabar nak tunggu..

 
Blogger Templates