Tony Pua tidak boleh berdebat kerana akan mengancam kedudukannya sebagai ahli PAC. DAP takut, kalau Tony Pua gugur sebagai Ahli PAC, maka Ahli Parlimen BN akan mengambilalih tempatnya.
Itulah alasan yang diberikan oleh kelompok penakut.
Baton debat telah diserahkan kepada Rafizi Ramli. Arul Kanda kata, dia akan berdebat dengan Rafizi Ramli setelah selesai prosiding PAC membabitkan 1MDB yang bermula pada 1 Disember nanti.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, kalau Arul terbabit dalam perdebatan itu, dia secara automatik tidak boleh lagi menjadi saksi yang boleh dipanggil untuk memberikan keterangan dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.
Rafizi dan Anthony Loke terus memperolok-olokkan Arul Kanda kononnya Arul Kanda penakut untuk berdebat dengan Rafizi Ramli.
Bab Arul Kanda, boleh pula mereka tak hormat keputusan Speaker?!
Atau sebenarnya mereka sangat mengharapkan Arul Kanda tidak dipanggil sebagai saksi utama dalam siasatan PAC ke atas 1MDB, selain mengharapkan orang yang lebih tidak tahu, akan dipanggil dan kemudiannya boleh ditekan, diugut, diperas dan ditakut-takutkan agar bercakap dengan nada serta keterangan yang akan memenangkan mereka?
Itukah keputusan yang dibuat selepas Tony Pua hilang telur kerana enggan letak jawatan dari PAC dan berdebat dengan Arul Kanda setelah membuat pelbagai cabaran dan menggelar Arul dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan?
SEBENARNYA DAP dan Tony Pua yang sangat takut untuk berhadapan dengan Arul Kanda termasuklah semasa prosiding PAC kerana sudah tentu siasatan tersebut akan membabitkan pelbagai dokumen yang tidak dimiliki oleh Tony Pua sekaligus menyebabkan sukar pula untuk SARAWAK REPORT dan WALL STREET JOURNAL mengeluarkan pelbagai artikel menfitnah 1MDB dan Najib Abdul Razak serta Malaysia khususnya.
No comments:
Post a Comment