Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 13, 2015

WOW!!! DENDA MEROKOK DI GEORGETOWN PULAU PINANG BAKAL BERJUMLAH RM10,000!!!!



Ini betul-betul cari duit ni!!!

Apakah kerana Pulau Pinang mencatatkan defisit selama lapan tahun berturut-turut dalam belanjawan atau lebih tepat lagi sepanjang tempoh Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sesuatu perlu dilakukan untuk menutup lompang tersebut... iaitu dengan cara mengumpulkan wang menerusi denda dan cukai yang lebih tinggi?

Pulau Pinang bakal mencatatkan denda kepada perokok tertinggi di dunia apabila Jabatan Kesihatan Negeri bercadang menguatkuasakan undang-undang larangan merokok di kawasan seluas 259 hektar merangkumi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town. Perokok yang ditangkap boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah. (RUJUK SINI)


Denda untuk kereta yang ditarik kerana kesalahan meletak kenderaan juga nampaknya telah dinaikkan walaupun tidak diumumkan, sepertimana yang didedahkan oleh rakyat Pulau Pinang menerusi media sosial. Tetapi pada masa yang sama, tiada sebarang tindakan ke atas kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang diletakkan di merata-rata tempat larangan.

Pulau Pinang telah mendapat peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan, termasuklah pembiayaan sepenuhnya untuk menaikkan taraf Empangan Mengkuang berjumlah lebih RM1 bilion. Walaupun menerima banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang seringkali dilabelkan oleh DAP sebagai kerajaan zalim dan tidak bertimbang rasa, namun peruntukan-peruntukan tersebut tidak pernah disebut oleh Lim Guan Eng dan DAP. Bahkan dibayangkan dan diberitahu pula kononnya Pulau Pinang dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan.


Sebelum ini Lim Guan Eng mengumumkan yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon bantuan sebanyak RM805 juta untuk perparitan dan saliran. (RUJUK SINI)

Di sebalik mendabik dada kononnya pentadbiran Lim Guan Eng adalah yang paling bersih, telus, dan jauh daripada korupsi dan salahguna kuasa, beberapa persoalan juga timbul berhubung 'harga mahal dan tidak masuk akal' yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada banyak projek termasuklah feasibility study dan projek cat jalan untuk lorong basikal.


Menariknya, tiada sesiapa yang kelihatan berminat dengan 'kemurahan hati' Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat bayaran yang sangat besar untuk hasil yang tidak seberapa tetapi lebih berminat mengorek pelbagai cerita yang mereka sendiri tiada bukti untuk ditonjolkan!!!


3 comments:

Anonymous said...

untung la rakyat P.Pinang yg undi DAP dan PKR..jeles pulak teman..kahkahkahkah

Anonymous said...

woo woo, mana nk cari negeri yg kaya mcm p.pinang. Rakyat yg undi LGE pun kaya raya..umah stgh juta ke atas, denda, parking, cukai pintu, tarif air tak payah ckp la mahal nya..TAHNIAH utk rakyat p.pinang

Anonymous said...

Jom ...ramai2 jangan pi Penang...biaq depa melarat.....kita pi langkawi ka...terengganu ka.....Sarawak ka....Melaka ka...tidur hotel pun kena cukai katil apa lah....dahsyat sangat cari duit lagu tu....nni belum salah parking kat penang ...penanya kat oranag je lah vina DAP ni....itulah pujaan hati Mat Sabu

 
Blogger Templates