Pun begitu, masih ada segelintir penyokong setia yang datang dari jauh, sama ada dibawa oleh Ketua masing-masing dalam rombongan atau pun yang datang dengan inisiatif sendiri yang berasa sangat bangga kerana menjadi sebahagian daripada UMNO, yang berasa mereka menanam saham budi dalam UMNO yang menjadi medium untuk pembangunan dan kesejahteraan negara, masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Mereka inilah yang masih kekal dengan sangkaan-sangkaan baik kepada kepimpinan, kepada pentadbiran dan pengurusan parti, yang menyokong secara naif dan masih juga mempercayai retorik-retorik yang didendangkan dalam Perhimpunan.
Yang nyata jumlah golongan ini tersangat kecil dan terus mengecil walaupun pada masa yang sama, saban tahun, kita akan dapat melihat wajah-wajah baru yang datang ke PAU di PWTC.
Kebanyakan yang datang,
Ada yang datang dengan agenda untuk mengintai ruang dan peluang lebih baik dengan menggunakan kaedah ampu dan bodek. Mereka ini kebanyakannya tidak peduli pun dengan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing. Tidak peduli pun dengan daftar pengundi baru kerana beranggapan mereka tidak ditugaskan untuk itu dan muka mereka juga sangat susah untuk dilihat di kawasan masing-masing.
Mereka menjadi pembela kepimpinan sekarang kerana mereka melihat inilah peluangnya untuk naik tinggi, menyingkirkan musuh separti, mencalonkan diri sebagai calon parti untuk PRU atau untuk pemilihan akan datang. Dan mereka ini kebanyakannya paling banyak mundar-mandir bertemu dan bergelak tawa dengan para perwakilan.
Justeru itulah kita akan melihat ada yang dengan segera menggunakan nama Presiden dan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri termasuklah berlagak seperti Ketua Keselamatan lantikan sendiri.
HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!
Kita akan mendengar laungan itu berulang-ulang kali dalam tempoh beberapa hari ini. Malah kita juga akan menyaksikan air mata tumpah ke pipi bagaikan kesedaran sudah menikam kalbu. Seolah-olah masing-masing sudah mencapai maqam nasuha.
Anehnya mereka sekarang ini berlagak sebagai tok alim yang sangat abid. Yang mula bercakap tentang Keadilan Tuhan, tentang Allah Yang Maha Pendengar, tentang puasa nazar, tentang solat hajat dan tentang padang mahsyar tanpa sedikit pun berasa takut atau segan pada muhasabah diri yang sangat daif. Tentang wang berjumlah sekian-sekian yang masuk ke akaun kepimpinan utama tanpa mereka tahu, tentang mempersoalkan ke mana wang tersebut dibelanjakan tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri menyimpan kejap, ke mana peruntukan kementerian-kementerian yang digunakan tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang bekas dan bukti, sehingga ada pula yang jatuh ke dalam laut kerana melalui jeti reput.
Puak marhein sepatutnya hanya melihat drama dan agedan HIDUP MELAYU! ini sambil bertepuk tangan tanpa perlu terlajak ingin menjadi kelompok tersebut.
Perlu diingat, apabila golongan kaya bergaduh sesama mereka, marhein akan dipergunakan untuk dikorbankan sedangkan pergaduhan tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan pembelaan ke atas marhein.
4 comments:
Terbaik... Sekali sekala kena tibai juga orang-orang ini.
Dah lama terkorban. Jadi macai sejak muda hingga ke tua sejak 1980. Namun belum sekali pernah belot biarpun pernah makan nasi dengan kicap. UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA. Projek? Jangan tanya lima sen pun tak dapat.
Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah2.
Kerana itulah kita umat Islam perlu mentaati pemimpin kerana Allah dan Rasul. Klu nk cari pemimpin mcm Umar ibnu Abdul Aziz, ibarat tengok sperma dlm mani. (susah).
Tolong siar la admin
Ya kita berjuang demi agama dan bangsa bukan untuk dapat projek.makan kicap dgn telur pun dah ok. Tapi nama nak mengkhianati pemimpin tak ada dalam kamus kami penyokong akar umbi ni.kami tetap sokong siapa pemimpin kami yang ikhlas dan amanah. Tapi kami sudah cair hati nak tengok muka mahathir.muhyiddin dan shafei. Kalau boleh kami tak nak tengok muka2 ahli penfitnah ini sampai kami mati.mereka inilah pemimpin yang g bila diberi kuasa lupa amanah tapi bila ditarik kuasa mencari kesalahan orang.mudahnya...
Post a Comment