Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 12, 2015

LEMBIK TENGKUK LAGI!!! DAH TAHU WARTAWAN MALAYSIAKINI DAN THE MALAYSIAN INSIDER MENCURI, KENAPA BENARKAN MEREKA MASUK PWTC LAGI?



Pelik sungguh UMNO ini....

Kerana yo-yo dan flip-flop itulah, UMNO akhirnya dijadikan bahan lawak dan jenaka, manakala para pemimpinnya yang sangat mudah lembut hati, sentiasa dijadikan bahan melucah dan melepas geram.

Hari ini, satu lagi gelagat yo-yo dipertontonkan. Sedangkan sepatutnya tindakan keras dan tegas perlu diteruskan, sekaligus memberi amaran dan isyarat kepada golongan berkenaan agar memastikan mereka tidak memutarbelitkan dan menggiat UMNO serta para pemimpinnya.

Tapi entahlah...

Awal pagi tadi, wartawan-wartawan daripada portal berita atas talian Malaysiakini dan The Malaysian Insider tidak dibenarkan memasuki PWTC. Menurut Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansor, para wartawan tersebut telah diarahkan meninggalkan PWTC apabila beberapa orang daripada mereka didapati telah mengambil penyata kewangan UMNO tanpa izin.

Dia turut memarahi para wartawan itu yang kerja mereka hanyalah untuk memutarbelitkan berita-berita daripada acara-acara dan majlis yang mereka buat liputan.

Petang ini, para wartawan yang sama, dibenarkan memasuki kembali PWTC untuk membuat liputan yang putar belit dan penuh dakyah songsang yang halus dan terang-benderang, sekaligus menyakitkan hati.

"Kami benarkan mereka masuk tetapi mereka perlu beretikalah," kata Ku Nan.

Sejak bila para wartawan milik George Soros dan Tong Koii Ong itu beretika ketika membuat liputan?

Dalam ucapan bukan lagi bercakap tentang 'kenali musuh' tetapi nampaknya, musuh depan mata, terlepas juga kerana persona status kewartawanan mereka.

Seuntung mana UMNO hasil daripada liputan pemberitaan Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang banyak menipu dan memutarbelitkan berita-berita tentang UMNO dan Kerajaan?

Kenapa para pemimpin dan keputusan-keputusan urus setia UMNO biasanya bersifat LEMBIK TENGKUK?


6 comments:

Anonymous said...

Profesion apa saja dipandu oleh etika. Perlanggaran etika adalah satu kesalahan dan akan berdepan tindakan.

Yang hairannya ialah kalau lain lain profesion dari semasa ke semasa mengambil tindakan terhadap perlanggaran etika, wal hal tindakan terhadap perlanggaran etika dalam profesion kewartawanan hampir tidak kedengaran.

Justeru, apakah wartawan ini jenis yang tak pernah melakukan kesalahan atau kalau melakukan kesalahan mereka berada di atas tindakan.

Anonymous said...

berkali-kali kena tapi masih belum sedar. bukankah itu BODOH namanya!

Anonymous said...

Saya sebagai ahli UMNO juga berasa tindakan UMNO sekarang sangat menjengkelkan.

Anonymous said...

Yang bebulu di mata Ku Nan hanyalah Tun M, TSMY dan Shafie Afdal.... musuh lain dia tak peduli!

Anonymous said...

UMNO bangang lagi..kenapa masih nak bagi muka dgn kedua portal tu...SUA UMNO ni ada akal ke tidak...patut la kedua portal tu senang tipu...sebab banyak ahli UMNO bodoh.

Anonymous said...

Lembik tengkuk menyedihkan, Lembik Z**** alahai.....mandul kawe.

 
Blogger Templates