Berdasarkan laporan yang dibuat oleh My Malaysia, pekerja Restoran Sri Paandi, Brickfields itu yang memulakan pergaduhan dan mencetuskan kemarahan kerana sikap kurang ajarnya.
Perbuatannya membaling makanan yang dipesan oleh pelanggan ke meja membuatkan pergaduhan tercetus.
Dilaporkan juga, restoran tersebut gemar menaikkan harga makanan sesuka hati mereka. Apabila resit pembayaran diminta , pekerjanya enggan menyerahkan resit . Malah apabila ditanya tentang harga makanan yang dijual dan dikenakan kepada pelanggan, pekerjanya hanya sekadar mendiamkan diri serta enggan menjawab.
Lebih menarik lagi ialah, apabila pelanggan berkeras mahukan resit, sekumpulan samseng yang bertindak sebagai pengawal restoran tersebut, menyerbu dan menakut-nakutkan pelanggan berkenaan.
Netizen turut melahirkan kemarahan berhubung sikap yang ditunjukkan oleh pekerja berkenaan, malahan bersetuju agar restoran tersebut diboikot. Malah ada yang meminta agar lokasi dan alamatnya didedahkan bagi mengelakkan pengguna atau pelanggan memasuki restoran tersebut.
Turut dilaporkan juga bahawa layanan buruk dari restoran tersebut kepada para pelanggan sudah berlarutan begitu lama tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Tidak pula diketahui sama ada, kegiatan pencatutan dan penipuan serta pemerdayaan dan kekerasan yang dilakukan di restoran tersebut, telah dilaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak.
1 comment:
No resit bukan makna tiada GST. Harga minuman contohnya kalau diletakkan harganya RM1.06 sen bermakna telah termasuk GST 6 sen.
Pelanggan tetap bayar RM1.06 sen meskipun resit tidak diberi. Cumanya tanpa resit, cukai 6sen itu tidak akan dicatatkan dalam komputer.
Dalam kata lain, 6 sen yang sepatutnya dihantar masuk poket perbendaharaan tetapi apabila tanpa resit, ianya sebenarnya masuk kocek penjual.
Pelanggan tak kisah 'sedekah' 6 sen kepada perbendaharaan kerana ianya akan beri kebaikan kepada mereka apabila 6 sen itu dibelanjakan untuk pembangunan.
Tetapi kalau 6 sen tadi masuk kocek penjual yakni tak sampai pada perbendaharaan, ianya dikira hangus dan pelanggan tak dapat apa2 kebaikan.
Post a Comment