Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 27, 2015

PPIM KESAL TINDAKAN POLIS TAHAN DUA AKTIVITISNYA SELAMA 24 JAM KERANA DIDAKWA UGUT PENIAGA KEDAI BIMBIT PENIPU!!!



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivisnya selama 24 jam kerana didakwa mengugut peniaga kedai telefon bimbit semasa membantu seorang pembeli yang ditipu menuntut kembali wangnya di Kompleks Kota Raya, di sini pada 15 Disember lalu.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan undang-undang seharusnya dikenakan kepada peniaga yang menipu dan bukan kepada persatuan pengguna yang hanya membantu.

Tambahan pula menurutnya, pengadu berkenaan mendapat surat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Sehubungan itu, beliau merayu kepada pucuk pimpinan pasukan keselamatan supaya perkara tersebut diteliti dengan sewajarnya.

“Perkara ini sangat ganjil kerana tidak pernah berlaku. Atas alasan apa kami disiasat? Jika disebabkan terdapat laporan polis daripada peniaga terbabit yang menyatakan diugut, kami sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya.

“Lebih dikesalkan apabila polis memohon untuk menahan reman aktivis kami,” katanya kepada Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nadzim, polis tidak seharusnya menahan aktivis selama sehari untuk membantu siasatan tetapi boleh memanggil mereka pada bila-bila masa berikutan individu yang dipanggil itu mempu­nyai masalah lain yang perlu dise­lesaikan.

Katanya, pasukan polis juga perlu menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan persatuan supaya tidak ada lagi yang melanggarnya sehingga terpaksa ditahan di lokap seperti yang telah berlaku.

Semalam, dua aktivis PPIM dibebaskan selepas ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu kerana didakwa membuat ugutan terhadap peniaga telefon terbabit yang membantu seorang lelaki mengambil semula wang yang dibayar bagi empat buah telefon bimbit pada 15 Disember lalu. - UTUSAN


3 comments:

Anonymous said...

apa nak heran. ini malaysia. semua boleh

Anonymous said...

SOLIDARITY FOR PPIM !
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Undang2 kt malaysia ni hanya tuk melayu...kalo bangsa haramjadah lain sori laa semua pipit penguatkuasa dh masuk dlm kerandut telur masing2

 
Blogger Templates