Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 29, 2015

PPIM LAHIR KEKESALAN KERANA PENIAGA PENIPU KOTA RAYA SANGAT KEBAL DAN TIDAK DITANGKAP WALAUPUN MENGURUNG DAN MENIPU ORANG RAMAI!!!



Adakah peniaga gajet telekomunikasi, terutama telefon bimbit di Kompleks Kota Raya mempunyai kekebalan, apabila tiada seorang pun daripada mereka ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis itu?

Demikian persoalan yang dilontarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut kesal dengan tindakan polis menahan dua aktivis PPIM yang telah membantu beberapa mangsa penipuan telefon di Kompleks Kota Raya.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata beliau yakin terdapat komplot dengan apa yang berlaku dan peniaga di kompleks itu seolah-olah mempunyai kekebalan apabila tiada seorang pun dari peniaga itu ditangkap berhubung dakwaan menipu dan mengurung pelanggan di sebuah bilik di premis tersebut.

“Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media bersama 25 NGO lain di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan PPIM membantu mangsa yang ditipu bukanlah bermotifkan perkauman sebaliknya ia merupakan tanggungjawab untuk membela mereka yang teraniaya, terutama dalam isu yang berlaku di Kompleks Kota Raya.


Tiada isu perkauman. Kita sedia bantu mana-mana pengguna atau pembeli yang teraniaya atau ditipu oleh peniaga.

“NGO cuba tolong dapatkan kembali wang daripada peniaga yang cuba menipu beberapa pelanggan di kompleks itu.

“Ingatkan kerajaan atau polis bagilah hadiah, rupanya hadiah ke ‘dalam’,” katanya.

Katanya, beliau pelik dengan keadaan undang-undang Malaysia yang bertindak menahan mereka yang membantu orang ramai yang ditindas sedangkan mereka yang bersalah dibiarkan bebas.


“Ini suatu yang pelik dan tidak sepatutnya berlaku kerana orang yang ditangkap adalah orang yang membantu bukannya yang menipu,” katanya.

Antara 25 NGO lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang diwakili Timbalan Ketua Pemudanya, Alwi Adam; Yayasan Patriot Negara Malaysia; Perkasa; Gabungan NGO Islam dan Bersatu Malaysia. - ISMAWEB


3 comments:

Ted Manoff said...

Harap2 jangan ada orang kata: ala..itu polis Malaysia. ..biasa la..

Anonymous said...

Kalau cakap bapak bapak polis makan rasuah marah..tapi itulah hakikat nya...Macam KPN ada TELOR ke mahu jawab...tindakan seumpama ini akan menambah kebencian ORANG MELAYU terhadap PDRM JUGA Menteri KDN...takde TELOR.

Anonymous said...

Isu ni SPRM tak mau buat kerja ke.. Siasat komplot kenapa Peniaga di Kota Raya tu tidak didakwa. Walaupun ada aduan. KPDNKK tak payah tanya la..buang masa.

 
Blogger Templates