Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 30, 2015

#SELAMATKANZULKIFLI... BEZA ANTARA PENDAPAT KEYBOARD WARRIOR DENGAN PENDAPAT PENGAMAL UNDANG-UNDANG!!!



Hanya di Malaysia yg aman saja perkara macam ni berlaku....hak rakyat dicabul...only in malaysia...jika bertindak mempertahankan diri ianya adalah satu kesalahan
Adakah polis dapat melakukan sesuatu tanpa mencederakan mangsa dlm sekelip mata diwaktu kejadian...wallahualam

#SELAMATKANZULKIFLI
#ZULKIFLIHERORAKYAT Minta sokongan semua.

Zulkifli, 50 tahun, hampir 3 minggu lalu telah mempertahankan diri dan harta dari dirompak. Perompak telah mati setelah ditikam oleh Zulkifli namun Zulkifli pula direman bawah seksyen 302. 2 minggu direman Zulkifli kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 15 ribu apabila kes ditukar kepada 304.

Baru beberapa hari keluar dari reman Zulkifli kemudian ditahan semula atas perintah mahkamah dengan pertuduhan 302 dan 326 kanun keseksaan.

302 jika sabit kesalahan maka digantung sampai mati mandatori.

Patutkah ayah pada 3 anak kecil ini (anak kedua menghidap autisme) dihukum sebagai penjenayah hanya kerana mempertahankan diri dan harta?

Minta like page ini, tukar dari mode following kepada see first, kemudian sebarkan. Page ini akan update dari masa ke semasa perkembangan Zulkifli dan keluarga.

#ZulkifliHeroRakyat #SelamatkanZulkifli

https://m.facebook.com/selamatkanZulkifli/


PEMBACA FACEBOOK




INI PULA TULISAN SEORANG PEGUAM:



Assalamualaikum semua.

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan.

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain.

Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan.


Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz



3 comments:

Anonymous said...

Pandangan profesional dan pandangan bukan profesional (biasa biasa) ada bezanya.

Begitu juga antara pandangan rakyat sebagai hakim dan peguam sebagai peguam ada bezanya.

Bukan saja dalam bidang perundangan ujud pandangan berbeza, malah dalam lain lain bidang juga sama.

Siapa yang betul atau tidak, adalah penting tetapi paling penting ialah macam mana dua pandangan berbeza itu dapat dimanfaatkan sepositif mungkin.

Anonymous said...

Kalau kena kat keluarga peguam ni, apa pula dia punya spin... Katakan bini dia nak kena rogol, dan dia bunuh orang yg nak aibkan bini dia, macam mana pula jawapan nya...

Anonymous said...

Sampai setahun tu baru tau salah ke x.. keja hilang, anak bini terabai, utang betimbun timbun.. nk suruh sape tanggung? Cube menteri plak kena cmni

 
Blogger Templates