Memetik laporan portal pro-Barisan Nasional, BNBBC, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, Badrul Hisyam perlu menunjukkan bukti yang kukuh bagi menjelaskan dakwaannya itu.
“Jadilah pencacai UMNO, Itulah sebab dia. Ada ke nak percaya dengan orang macam tu? Bukti dia ada? Saya dah sebut, banyak kali cakap, yang ulang banyak kali tu kenapa?
“Semua proses perolehan di negeri Selangor ini sejak 2008 kita buat secara tender terbuka.
“Menteri Besar tak pernah terlibat dalam proses tersebut, saya sendiri tidak duduk dalam jawatankuasa itu, pembalakan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri,” jelas Azmin.
Semalam, Badrul Hisyam mendedahkan, persoalan tersebut dengan menyatakan projek di kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak mencecah RM45 juta milik kerajaan Selangor itu diserahkan kepada syarikat tanpa melalui proses tender yang betul.
Projek berkenaan melibatkan talian kawasan Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. (SUMBER)
2 comments:
mamat ni ntah dtg drp mana..pastu main tibai..
isu balak pun nak jadi viral politik..dah kalau MB kata tak ada..tak ada la..
isu pintu gerbang pada aku isu remeh..
kalau tuan blogger ni tau pasal teknikal..pasti tuan tak akan memblog mengkhinzir buta..
cuba tuan blog fikir macamana nak pasang scaffold kat pintu gerbang. kalau tuan boleh firik tentu tuan tau cost berapa.
bro..kos RM9juta adalah reasonable..
kau fikir la pasal safety org lalu lalang bawah tu..insurance etc..
kalau rasa mahal..tuan blog mintak kerajaan buang pintu gerbang..
psstt..jgn plak kata aku pencacai pkr plak..
aku sebenarnya menyampah dgn isu rm2.6b dan 1mdb..
Min, parit blkg umah aku ni tersumbat, bile nk dtg berlakon angkat sampah dlm parit lg min?? I rindu u min....kahkah
Post a Comment