Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 31, 2015

TAK MAMPU BELI WALAU SEHELAI PUN BAJU SEKOLAH ANAK DI KAWASAN PARTI KERAJAAN... MANA PUSAT ZAKAT? MANA JKM? MANA WAKIL RAKYAT? MANA KETUA KAMPUNG?



Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu pergi bersama hilangnya satu-satunya sumber rezeki dan pendapatan isi rumahnya.

Justeru, untuk menampung kehidupan baru, beliau mengerah kudrat untuk mebuat kuih-muih untuk dijual di sekitar kawasan kejiranan dengan jualan oleh anaknya sendiri. Difahamkan kisahnya juga pernah diterbitkan oleh salah sebuah tabloid tetapi malangnya, seperti tiada pihak yang mahu mengambil endah dan peduli nasib mereka selama ini walaupun edaran tabloid berkenaan boleh dikatakan luas dan menyeluruh segenap pelusuk negeri.

Noridah yang nyata amat resah bila ditemubual wakil kami tentang nasib yang menimpanya dan kegelisahannya lebih kepada memikirkan persediaan persekolahan empat anaknya yang akan menyambung pengajian di sekolah tahun depan.

Selain daripada memikirkan kos hidup yang semakin meningkat dan kos pengajian anak sulungnya di peringkat kolej, beliau terpaksa mengenepikan rasa malu dan sanggup menebalkan muka untuk merayu simpati rakyat yang prihatin.

Kisah ini yang dinaikkan semula oleh sebuah portal internet yang menarik pelbagai komen yang bersimpati dengan nasib yang menimpa ibu tunggal ini.

Beliau yang turut mengaku ada menerima bantuan tetap dari Pejabat Zakat Negeri berjumlah RM300 sebulan bagaimanapun menyatakan ia sememangnya tidak mencukupi perbelanjaan harian keluarganya.

Itu satu-satunya bantuan yang diterima beliau untuk mengharungi detik sukar kehidupan bersama tujuh anak yatim yang sentiasa mengharapkan perhatian.

Noridah menceritakan anaknya yang kedua yang telah mengambil keputusan tidak mahu menyambung pengajian di sekolah kerana enggan menambah bebanan ibunya dan mengambil tugas untuk menjaja kuih-muih yang dibuat ibunya dalam kawasan kejiranan sebagai usaha untuk menambah pendapatan keluarga.

Bayangkan episod ini masih wujud di sebuah negeri yang kaya dan YBnya hebat bergaya tetapi ada lagi rakyat di dalam kawasannya tidak mampu untuk membeli setin kaya.

Si ibu mengetahui beliau tak berdaya untuk menolak kehendak anaknya yang enggan bersekolah lagi kerana mahu membantu pekerjaan ibunya yang terpaksa menjaga anak bongsunya yang masih kecil.

Bekas pelajar ini merelakan diri untuk berkorban demi keluarganya. Tidakkah ia mengundang rasa sedih dan prihatin kita sebagai rakyat yang masih mampu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita walaupun dalam himpitan kos dan suasana ekonomi yang kurang mantap kerana kejatuhan harga minyak dunia?

Apabila ditanya wakil Bicara.News tentang keperluan semasa yang diharapkan ada, Noridah mengharapkan persediaan 4 orang anaknya yang akan memulakan sesi persekolahan tidak terjejas dengan persiapan baju seragam sekolah yang lengkap serta bayaran persekolahan yang wajib dibayar nanti.

Setakat ini hampir tiada mampu dibeli walaupun satu baju sekolah yang baharu untuk anak-anaknya, apatah lagi bayaran persekolahan wajib.

Sememangnya beliau amat buntu memikirkannya. Beliau sebolehnya tak mahu ada lagi anak-anaknya berhenti sekolah atau enggan ke sekolah kerana malu dengan cemuhan rakan-rakan bila tiada kelengkapan yang sempurna untuk mereka pakai nanti.

Hakikatnya beliau sendiri tidak tahu bila akan selesai dan sejauh mana beliau mampu bertahan dalam keadaan sekarang. Ditambah pula dengan tunggakan sewa rumah serta bayaran deposit rumah sewa yang masih gagal dijelaskan.

Kos sewaan rumah agak mahal di kawasan kejiranan yang diduduki sekarang namun beliau tidak mempunyai sebarang pilihan.

Beliau juga tidak mempunyai sebarang peninggalan tanah untuk dibina rumah di atas tapaknya kerana arwah suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah berhampiran rumahnya sekarang sebelum maut dalam kemalangan tragis.

Di Mana JKM?

Pihak Bicara.News yang turut cuba untuk menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang (JKM) untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi. Anehnya, di manakah beradanya JKM Negeri Pahang?

Tidur lagikah?

Apakah JKM Pahang mahu masalah rakyat ini mesti diselesaikan oleh menteri di kementerian berkenaan juga? Kenapa mahu menteri juga yang turun padang bertemu rakyat yang mempunyai masalah yang dikategorikan sebagai amat layak menerima bantuan baru boleh diselesaikan?

Apa gunanya wujudnya pengarah serta jentera JKM di peringkat negeri dan daerah sekiranya hal yang sudahpun dibongkarkan oleh sebuah tabloid tempatan sebelum ini masih gagal diselesaikan?

Apakah mahu menunggu satu pasukan khas seumpama skuad BERSAMAMU milik stesen televisyen swasta membuat serbuan ke lokasi barulah mahu kelihatan kelibat hebat YB kawasan dan parlimen menghulurkan bantuan itu dan ini kononnya terlalu prihatin dengan masalah rakyat?

Atau mungkin mahukan pemimpin pembangkang ‘makan atas pengandar’ masuk dan menziarahi serta bercakap bagi pihak keluarga malang ini barulah ia boleh diselesaikan?

Kegilaan apa yang sedang ditarisumbangkan ini? Tidak malukah kepada rakyat yang sedang menonton perilaku bodoh sombong mereka yang diberikan amanah tetapi enggan melaksanakan mengikut apa yang telah diikrarkan dalam akujanji perkhidmatan?

Inilah antara faktor kenapa kerajaan selalu dipersalahkan walaupun kesalahan berlaku di peringkat pelaksana.

Netizen tentunya akan melihat peluang ini sebagai sesuatu yang terbaik untuk menghentam menteri sebagai gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Sayangnya, kalau itu yang bakal berlaku nanti. Sebagai rekod, ibu tunggal bersama tujuh anaknya ini berada dalam kawasan parti pemerintah dan bukannya kawasan pembangkang!!!

JKM!!! Awak di mana? Awak di mana? Tidurlah JKM…. Jangan terkejut kalau menteri anda bakal mengejutkan kalian dari mimpi serta melakukan lawatan mengejut ke kawasan ibu tunggal ini. Kita tunggu!



3 comments:

Anonymous said...

Semua pegi holidaylah bang ..pm lak gi dubai dengarnya ..nanti2lah bila free kita tengok problem ni ..Hidup Pemimpin !!!

Anonymous said...

Tak mahu tuduh sesiapa tapi dah nyata ibu tunggal yang punyai tanggungan ramai dan bantuan mesti dihulur segra/ sertamerta. Ketua Kampung dan AJK surau/masjid mesti proaktif bantu hamba Allah ini.

Anonymous said...

Kenapa kita ni dok asyik tunjuk salah semua orang...tak boleh kah bila kita yg tahu ada orang yg susah seperti ini kita bantu dan bawa pekara tersebut kepada pihak yg berkenaan utk meminta bantuan. Ini barulah ikhlas dlm niat utk membantu sesama manusia. Ada kes dimana mereka tidak faham mcmana nak minta bantuan.
Meletakkan semua tnggjawab kpd pihak spt jkm, baitulmal atau pihak lain saja bukanlah dpt menyelesaikan masalah, yg mustahaknya apakah tindakan kita bila mengetahui ada insan yg kurang bernasib baik seperti ini.
Ingatlah semua orang punya tanggungjawab didunia dan akhirat.

 
Blogger Templates