Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 3, 2015

TAN SRI MUHYIDDIN PERLU LETAK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN BERSIAP UNTUK BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN UMNO!!!



Dah macam-macam cerita yang kedengaran sekarang tentang para pemimpin UMNO. Bagi yang mengikuti perjalanan dan perkembangan UMNO, pasti akan bersetuju bahawa UMNO sebenarnya sedang berada dalam persimpangan.

Persimpangan yang dimaksudkan adalah 'KRONI' dan 'PERDANA MENTERI'.

Bermula daripada Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis ke atas 1MDB yang kemudian menyaksikan dua pemegang IPP yang merupakan 'kawan rapat' Tun Dr. Mahathir akhirnya berjaya memperolehi lanjutan 3 tahun berbanding 25 tahun yang mereka perjuangkan, perlucutan keahlian UMNO ke atas Ketua Wanita UMNO Gopeng yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO sehinggalah kemelut RM2.6 bilion yang siang tadi telah dijawab oleh Zahid Hamidi, beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin agak mengelirukan.

Desakan agar Muhyiddin bertanding sebagai Presiden UMNO telah dibuat sebelum ini oleh pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan Najib Abdul Razak. Malah Muhyiddin menerima sokongan kuat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang menyatakan, Muhyiddin jauh lebih baik berbanding Najib.

Muhyiddin pada masa yang sama, masih lagi menyatakan taat setianya kepada UMNO walaupun tidak berterus-terang yang dia tidak lagi menyokong Najib Abdul Razak.

Pertandingan jawatan dalam UMNO telah ditunda. Jadi, Muhyiddin mempunyai masa yang sangat panjang untuk mengumpulkan sokongan dan penyokong. Apatah dengan beberapa orang Ketua Cawangan yang sekarang ini kononnya sedang mengadakan gerakan untuk menggulingkan Najib semasa PAU nanti, setidak-tidaknya Muhyiddin sudah ada undi di situ.

Berbanding mengeluarkan pelbagai cakap yang memperlihatkan sisi buruk dan lemah Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO dan bekas pemimpin kabinet, lebih baik Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pertandingan sebagai Presiden UMNO sepertimana yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh sewaktu melawan Mahathir yang membawa kepada pengharaman UMNO dan penubuhan UMNO Baru yang turut mengenepikan bekas Yang Dipertua Pekembar pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj.

Pada masa yang sama, Tun Dr. Mahathir menerusi entri blognya memperakui bahawa segala tuduhannya tentang 1MDB hanyalah BERASASKAN ANDAIAN semata-mata.

Muhyiddin dilihat sebagai boneka Mahathir sekaligus mengurangkan banyak integriti dan kelebihannya yang tersendiri.

Justeru, ini adalah masa yang paling sesuai untuk Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO yang tidak sebulu dengan Presiden, dan bersiap sedia untuk berkempen sebagai Presiden UMNO.

Selagi Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO, selagi itulah ahli-ahli UMNO yang kurang membaca dan kurang memahami isu, akan terus berkecamuk dengan pelbagai teori dan andaian-andaian songsang, malahan terikut-ikut pula dengan permainan serta hasutan pembangkang.

Kalau benar, Muhyiddin hendak memperjuangkan hak rakyat sepertimana yang didakwanya, hanya dengan melepaskan jawatan Timbalan Presiden UMNO sekarang dan kemudian bersiap sedia untuk bertanding sebagai Presiden UMNO sahaja jalan yang ada.

Secara tradisi, Presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia.

Kaedah UNDI TIDAK PERCAYA tidak akan menurunkan Najib sebagaimana yang sedang diusahakan oleh orang-orang UMNO yang enggan berbaiah kepada Najib. Hanya dengan pertandingan sahaja yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu melakukan perubahan.

Beranikah Muhyiddin berbuat begitu berbanding keberanian yang hanya berselindung di sebalik jawatan yang disandang?




11 comments:

Anonymous said...

stuju seratus peratus dengan penulis. kalau di beberapa blog dinamakan; Celah Gelegar, Din Turtle, Kluang Diamond, Serta beberapa lagi blog lain ( tidak ada satupun antara mereka Ini yg membenaran penulisan langsung... perlukan pemilik blog luluskan terlebih dahulu baru disiaran) kira lihat seolah2 lebih Dari majority yg mahukan Najib turun dengan pendekatan Dan ungkapan yg kedengaran bukan suara ahli umno pun...menyokong penuh TUN dan TSMY. tidak kurang juga yg mahu kuburkan umno (jelas bukan ahli umno pun yg galak dalam blog2 Ini). APA kata mereka luahan hasrat mereka mendesak TSMY legal jawatan sebagai Timbalan President UMNO Dan buktikan yg mereka benar2 golongan anak janganlah dengan dokongan ketua2 cawangan...yang minggu ni senyap terus...seolah2 dah tak ada lagi yang bersidang akhbar. Boleh menang ker? That nak harap kredit Dari dokongan Fun..... rasanya tak kemana juga.

Anonymous said...

ni dikatakan bangang nak mampos, najib ko tak suruh plak jawatan dan tanding, bodoh
nak tanding apanya, PAU pon tak nak adakan pemilihan

ramlan aziz said...

Hehe....baik punya pancing he....tp umpan x cukup busuk arr....

Anonymous said...

Selagi ada usaha disitu ada jalan. Kalau pertandingan untuk sesi pemilihan pun ditunda maka akan bertambah-tambahlah sokongan terhadap pencabar kerusi presiden.

Anonymous said...

Bila dah kalah bertanding jawatan presiden UMNO, yiddin boleh la rilek bersama sama besan beliau isi borang keahlian DAP.

Anonymous said...

DSNR dan TSMY mempunyai strategi masing2 ...buatlah apa yang patut supaya kepercayaan rakyat kepada pihak pemerintah dapat di pulihkan semula...cuma jangan sampai perselisihan faham ini jadi ibarat "menang jadi arang, kalah jadi abu"...

Anonymous said...

'Āli `Imrān:26 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Rahman Ya Rahim... berilah kami rakyat Malaysia yang baik2. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Satukan kami rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan lemahkan kekuatan musuh2 Islam dan gagalkan tipudaya mereka...Aamiin.

Anonymous said...

bodoh blog ni, bukankah pertandingan tiada, takkan lah nak letak jawatan sedangkan pertandingan 2 atau 3 yahun lagi, napa lah semakin bodoh dan mundur pemikiran rakyat msia ni?? terutama bloger umno, Ingat dia berada disitu adalah pilihan ahli, kalau letak jawatan dia mengkhianati pilihan ahli, najib pun tak letak jawatan sebab dipilih oleh rakyat, takkan tang muhyidin kau plak suruh letak jawatan.

Anonymous said...

pondan yiddin ni mana ada teloq
teloq dia mamakkuti dah rampas

Anonymous said...

Entri yg paling bangang pernah aku baca.. Knapa msti TMY mesti letak jawatan?? Kenapa najib yg x letak jawatan ,langkah sterusnya pertandingkan jawatan pres. Umno, kan najib bibir pink di sokong oleh 3 juta ahli umno? Knapa pemilihan umno di tunda ke tahun hadapan? Klu betul la dpt sokongan 3 juta dari ahli umno pertandingkan jawatan pres. 2. Nmpk sangat la engkau ne kaki putar belit.. Kesian..

Anonymous said...

Kalau ada bertanding pun..susah nk mng..sebab mcm mna nk kempen..nk ckp di pau pun org sekat..nk rasmi bahagian pun org sekat..umno kan skrg bapak depa punya..

 
Blogger Templates