Laporan semalam pula menunjukkan premis yang diserbu itu telah ditutup dan terdapat notis yang mengatakan syarikat baru telah mengambilalih premis berkenaan - taktik yang biasa digunakan apabila penipuan mereka terkantoi. (RUJUK SINI)
Sekali lagi dalam isu ini, KPDNKK memberikan 'nasihat mulus' apabila meminta PPIM bekerjasama dengan KPDNKK walaupun pada masa yang sama, mengakui yang aduan telah mereka terima daripada mangsa. Bercakap kononnya, KPDNKK telah bertindak dengan memberi arahan kepada pekedai tersebut agar memulangkan semula RM5000, pegawai KPDNKK cuba pula menyanggah kononnya pemulangan semula RM5000 kepada mangsa adalah 'hasil tindakan' KPDNKK.
Itu satu kes...
Tidak sampai dua minggu lagi, musim persekolahan bagi sesi 2016 bakal bermula. Dan seperti biasa, setiap kali musim sekolah bermula, maka ibu bapa perlu menyediakan perbelanjaan besar untuk membeli buku, seragam sekolah bahkan keperluan sekolah yang lain.
Sesuatu yang amat pasti ialah pada 2016, segala-galanya akan berharga mahal. Tambang van atau bas sekolah telah dinaikkan. Harga buku-buku dan peralatan menulis juga naik. Malah seragam sekolah juga telah naik harga.
KPDNKK seperti hilang kawalan dan langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Sekaligus menampakkan seolah-olah negara ini berada dalam genggaman kartel dan pemborong yang boleh mengenakan harga seberapa tinggi yang boleh manakala KPDNKK pula lebih sibuk mencari-cari alasan untuk mengelakkan prestasi dan integriti malah keberadaan mereka dipersoalkan.
Dan akhir sekali, kesalahan akan dihalakan kepada Najib Abdul Razak kerana gagal memastikan harga tidak dinaikkan berganda-ganda.
Apakah tugas KPDNKK ialah mencari alasan-alasan cliche seperti penurunan Ringgit, permintaan luarbiasa tinggi, kuasa beli yang lebih besar di kalangan pengguna dan sebagainya? Atau paling klise dengan alasan 'KEKURANGAN TENAGA KERJA' bagi menghalalkan ketidakmampuan dan ketidakcekapan Kementerian berkenaan dalam menangani permasalahan pengguna?
Secara jujur, adakah para pembaca jikalau membeli-belah akan melihat pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK meronda-ronda dan meninjau-ninjau harga barangan?
Atau kita sekadar mendengar tentang kewujudan KPDNKK menerusi media semata-mata dan kenyataan Menterinya?
1 comment:
Lain kali ambil samseng2 melayu kerja dgn kpdnkk. Ni x, amik yg sotong2. Klu otak bijak pun klu penakut buat hape. Ini kerja sesuai utk org samseng bukan org biasa2 bro. Itu menteri takde akal ke bro. Susah la dpt menteri x cerdik mcm ni. Tgk ketua ppim, itu ayahanda bawah dia abang long, klu menteri x berani amik la org berani.
Post a Comment