Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 30, 2015

WAHAI PENGKOMEN YANG TONGONG, TANGAN-TANGAN NURSE YANG KOTOR ITULAH YANG BASUH BERAK KENCING MAK BAPAK KORANG DI HOSPITAL!!!



Saya mendapat kiriman gambar di atas (rujuk gambar) dari seorang follower saya. Di dalamnya terkandung penghinaan terhadap jururawat di hospital kerajaan.

Pertamanya, ini bukan kali pertama saya mendengar ucapan seperti ini. Saya kira rakan2 jururawat saya berhadapan dengan celaan2 sama dengan agak kerap.

Ya, tangan2 mereka adalah tangan2 yg mencuci kencing dan berak. Tetapi mereka mencuci kencing dan berak mak dan bapak kamu yang kamu sendiri geli untuk membersihkannya.

Tangan2 yang sama jugalah yang menyuapkan makanan kepada para pesakit yg tidak mampu makan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan memandikan pesakit2 yg tidak larat bangun ke bilik air.

Tangan2 yang samalah yang akan membancuh ubat2an untuk anda.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan tangkas menekan dada pesakit (CPR) ketika mereka mengalami renjatan jantung.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan melindungi maruah pesakit dengan menarik skrin ketika aurat mereka terdedah.

Tangan2 yang sama juga lah yang akan menenangkan pesakit kanak2 yang ketakutan.

Tangan2 yang sama jugalah yang akan menyeka air mata pesakit2 kami dan memberikan kata2 semangat agar berjuang melawan penyakit.

Banyak lagi yang kalau saya senaraikan mungkin hingga esok tidak habis.

Ya. Tangan2 mereka memang melakukan kerja2 kotor seperti yang kamu hina. Tetapi mereka adalah rakan2 perjuangan kami para doktor, para MA dan para petugas perubatan. Mereka adalah wirawati dan wirawan kami.

Kami tahu pengorbanan mereka demi pesakit dan negara bukanlah sedikit. Tangan yang kamu hina itu adalah tangan yang mulia di sisi kami. Di dunia yang hina ini mungkin tangan2 ini adalah tangan2 jijik dan nista. Namun kami yakin dan berdoa agar para pemilik tangan2 mulia ini di puji oleh Allah dan Malaikat di akhirat kelak.

‪#‎BIARLAH_KITA_VIRAL_DI_LANGIT‬



5 comments:

Anonymous said...

Penghakiman sebegini hanya pandai menulis dan mengkaji saja...Cuba kita tanya dia balik..APA KAH SUMBANGAN YG TELAH ANDA LAKUKAN UNTUK NEGARA INI..Kalau setakat bayar tax ciput jgn lah dok menyalak sangat..anjing lagi mulia dari kamu..sekurang kurangnya salahkan ANJING bolih JUGA menyedarkan tuannya kalau perompak nak merompak..tapi kamu lagi hina dari anjing..dari kosong SUMBANGAN baik duduk diam diam..insafi diri.

Anonymous said...

Tangan yang kotor dek terkena najis boleh dibersihkan dengan air tetapi tangan yang 'ternoda' dek menaip kebencian dan kehinaan agar ianya tersebar tak mungkin dapat dibersihkan...

Anonymous said...

Melampau... adalah lah lebih baik mendiam diri daripada mencaci perkerjaan orang. Tak patut seorang yang mengaku islam tetapi merendah-rendahkan taraf pekerjaan yang halal..

Anonymous said...

....ini manusia yg kufur nikmat....

Unknown said...

Aku rasa org sepeet ini x tau yg dia x tau sbb tu bila dia bukak mulut je dia akan mengenegahkan kebodohan sendiri. Untuk yg empunya badan saya nk tumpang nasihatkan duduk diam2 lagi baik jadi org d luar sana x akan tahu kebodohan kita.

 
Blogger Templates