Kali ini notis ditandatangani tanpa nama penandatangannya pula. Namun, buat pertama kalinya notis menyebut lokasi sangkar saya DI HADAPAN KAWASAN TAPAK SIMPANAN PASIR dan bukan bertindih dgn tapak TOL permit pasir seperti yg diwar-warkan kpd pihak atasan Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini.
Maka sekarang jelaslah sudah permainan dan niat mereka utk mempertahankan dgn apa cara sekalipun permit pam pasir yg dibantah oleh majoriti penduduk Mukim Lebak ini.
Mereka langsung tidak peduli dgn nasib sungai, tebing bahu jalan yg bakal runtuh lebih teruk, nasib penternak ikan yg memenuhi kawasan sekitarnya, nasib nelayan sungai yg bakal hilang mata pencarian, nasib penduduk di kawasan tapak simpanan pasir yg akan dicemari debu dan bunyi bising pam pasir serta kesulitan yg bakal dialami pengguna jalan raya Temerloh-Triang yg semakin sesak dgn kenderaan.
Keutamaan mereka skrg ialah utk memastikan projek pam pasir ini memulakan operasi secepat mungkin (setelah tertangguh lebih setahun) tanpa mempedulikan bantahan dan kesulitan rakyat.
Mengapa mereka sanggup berbuat demikian semata-mata utk memastikan kelangsungan tauke bangsa asing mengaut keuntungan besar drp kemusnahan alam dan kesusahan bangsa mereka sendiri?
Adakah semua ini kerana wang sudah menguasai sistem pentadbiran?
Hanya Allah yg Maha Mengetahui apa yg tersembunyi dan kepada Allah saya berserah serta berdoa, semoga ada penyelesaian dan dijauhkan segala musibah dan penganiayaan.
Dengan nama Allah saya berikrar akan mempertahankan sangkar ikan punca rezeki saya sekeluarga ini walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa dan dengan nama Allah juga saya akan terus memperjuangkan kelestarian alam dan sungai demi kepentingan umum!
ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!
2 comments:
kepelbagaian aktiviti ekonomi menerusi sungai mungkin diperlukan untuk kemajuan dan kesejahteraan tetapi dalam konteks isu aktiviti mana yang lebih menguntungkan. jawapannya jelas -- pasir. pengorek dapat dan tangan yang di bawah meja mungkin dapat juga. cumanya kenapa masukkan pasir dalam periuk nasi kepunyaan lain-lain pengusaha, perlu diberi perhatian oleh pihak tertinggi.
Pahang dah jadi another corrupt state sama dengan Selangor dan Pulau Pinang. Orang Melayu ditekan dalam negara sendiri walhal Raja2 Melayu bertanggungjawab beri pekerjaan dah nafkah kepada orang Melayu mengikut perlembagaan persekutuan. Sebelum rakyat bangkit tuntut hak mereka dengan cara yang kurang menyenangkan.
Post a Comment