“Sejak kebelakangan ini, SPRM telah menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang.
“SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” menurut satu kenyataan yang diterima FMT sebentar tadi.
Sebelum ini, Kerajaan Pahang diberi tempoh sehingga 15 Januari ini untuk menghentikan sepenuhnya aktiviti perlombongan bauksit di negeri itu.
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta ribuan penduduk yang terjejas dengan aktiviti itu juga telah menyuarakan akan membina benteng manusia secara besar-besaran bagi menyekat laluan jentera dan lori mengangkut bauksit di semua pintu daerah di Kuantan.
1 comment:
Nak tunggu sprm dtg br nmpk ada unsur rasuah..
Tgk kesan ke atas alam semulajadi di kuantan, kita dh boleh mngagak sesuatu tidak kena..
Isu vape para mufti berlumba nk keluar fatwa dan mengharamkannya..
Tp pencemaran alam sekitar akibat kerakusan bisnesman 2,3 ekor senyap membisu..
Kalau pencemaran skala besar spt dikuantan tu pun ramai masih membisu, mengharapkan sprm mnyelesaikan mslh. Dpt lah kita agak sultan pahang yg terkenal dgn penjualan title dato terlibat sama
Post a Comment