Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 1, 2016

BUDAK PEREMPUAN SETAN!!! NAK BEBAS IKUT JANTAN, KATA DIA DICULIK DAN BIKIN GEMPAR SATU MALAYSIA!!!



Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.


Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut - HARIAN METRO

5 comments:

Anonymous said...

Makbapak terlalu sebok dan lalai mendidik anak.

Anonymous said...

Pasangan Anak didik 1Malaysia Ajib Gor.
Tahniah atas kedua ini yang mahu bebas merdeka dan liberal.
Tahniah IM4U.
Terbaik di laksanakan olih Mantan Pengerusi ASEAN COMMUNITY,truly Asia.
Mohon PDRM Klang dakwa mereka atas buang masa dan belanja petugas awam.
mohon semua telco sekat mereka berdua dari mengguna dan daftar nombor telepon bimbit,smat fone BB samsong,Oppso,apel huawei.
arjuna waspada.
changkat lobak.

Anonymous said...

Mak bapak sibuk membuat dua perkerjaan utk menyarah kehidupan masa kini.. Ini la kesannya.. Keluarga terabai.. Hahahah

Anonymous said...

Pasangan Anak didik, tempias dari amalan LGBT yang diperjuangkan oleh golongan cerdik pandai. Disokong oleh slogan Hak Asasi Manusia.

Kenapa tangkap mereka, mereka hanya mengamalkan hak asasi mereka sebagai manusia bebas melakukan apa saja. Mereka tak perlu risau. Mereka di bawah lindungan Ambiga, Nurul, Marina, Samad Said.

Kenapa nak kaitkan dengan Najib memang bangang Anom 12:23.

Anonymous said...

nurul izzah kata hak asasi , tidak boleh kacau , dia nak buat apa itu suka hati dia , itu kata nurul izzah anak anuar Gay

dan dia kata, hak kebebasan beragama dalam perlembagaan bermaksud, sesiapa saja walau dia mak bapak melayu tidak semestinya si anak wajib ikut agama islam , hak memilih agama itu hak anak ..katanya !

G25 kata, nak khalwat ke apa , itu hak peribadi, nak bersondol dalam rumah sendiri kerajaan tidak boleh kacau sebab dalam rumah sendiri , polis tidak boleh ketuk pinta dan paksa buka pintu,

tapi pasal apa kita marah dgn Najib dan kerajaan bila anak lari ikut boyfriend? Najib yg suruh ke? anak Najib ke?

 
Blogger Templates