Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 5, 2016

KALAU DAH PELAJAR DAFTAR TAHUN 1 CUMA SEORANG, DAN KESELURUHAN PELAJAR HANYA 13 ORANG, LEBIH BAIK SEKOLAH VERNAKULAR ITU DITUTUP!!!



Berita tentang hanya seorang pelajar yang mendaftar untuk Tahun 1 di sebuah sekolah vernakular, amat menarik untuk diberikan perhatian.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Nan di Jerlun hanya mempunyai 13 orang pelajar dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 selain 9 orang guru. Sekolah tersebut merupakan antara salah sebuah 'Sekolah Kurang Murid' di negara ini.

Aliran vernakular yang mendapat bantuan daripada kerajaan, tidak terdapat dalam Perlembagaan. Semuanya hanya kerana budi bicara Kerajaan semata-mata, tetapi banyak pihak terutama sekali yang membabitkan DAP dan PKR mendesak agar aliran Vernakular di negara ini disamatarafkan dengan Aliran Kebangsaan.


Desakan agar negara hanya memperkenalkan satu aliran, mendapat tentangan yang cukup kuat daripada DAP sekalipun DAP mendabik dada kononnya mereka bukannya berteraskan Cina sebaliknya Malaysia. Lebih aneh lagi, ramai pemimpin DAP seperti Teresa Kok datangnya daripada aliran vernakular, menjadikan otaknya sangat sempit dan sangat chauvinis termasuklah berusaha untuk mengenepikan Perlembagaan negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan.

Menyerap aliran vernakular ke dalam aliran kebangsaan, dilihat sebagai satu dosa besar kepada kebebasan beragama, berbahasa dan berbudaya di kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Namun kelemahan penguasaan Bahasa Kebangsaan di kalangan rakyat terutama yang berasal daripada aliran vernakular, walaupun gred peperiksaan untuk matapelajaran Bahasa Kebangsaan telah direndahkan, tidak pula dianggap sebagai sesuatu yang keji dan menjijikkan.


Sekolah seperti SJKC Chee Nan itu sepatutnya sudah boleh dilupuskan dan para pelajarnya diserapkan ke sekolah lain yang berhampiran. Sekaligus, kerajaan bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan menguruskan sebuah sekolah yang sepatutnya diurus sendiri oleh Lembaga Pengelolanya seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan, bahkan tenaga guru berjumlah 9 orang itu boleh menampung dan mengurangkan beban kerja guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan berhampiran.

Malangnya, kerana masalah politik, pembaziran besar seperti itu tidak dapat diatasi. Sama ada berkurangan pelajar atau hanya guru-guru di sekolah berkenaan, ia dilihat tidak akan mengubah status sekolah tersebut.

Kerajaan Malaysia terlalu lembut sehinggakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pun, boleh ditoleransikan!

4 comments:

Anonymous said...

Dalam konteks global, apakah ada negara yg akan terus membuka sekolah kalau hanya ada seorang murid.

Dalam konteks Guru, tidakkah lebih berfaedah guru berkenaan dipindahkan bagi membantu kekurangan di lain sekolah.

Dalam konteks ekonomi, tidakkah lebih ekonomikal kalau dihantar ke asrama terdekat dengan pembiayaan penuh oleh pihak kementerian terbabit.

Dalam konteks pendidikan, meskipun ramai adik beradik belajar di sekolah vernakular tetapi tidak bermakna isu sebegini disokong tanpa mengambil kira buruk dan baik.

Anonymous said...

Makan gaji buta la..

Anonymous said...

Sekolah SJKC yg dh xde murid tu tutup je la. Bangunan tukar utk umah org2 tua atau gelandangan. Ape punye bodoh la sepet.....phuiii

Anonymous said...

Hahaha.. jangan harap la.

 
Blogger Templates