Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 12, 2016

PELAJAR MELAYU GAY DI KANADA, BERDOA AGAR IBU BAPANYA TERIMA KENYATAAN, DIA ADALAH GAY DAN ATHEIST!!!



Hazim Ismail berkata, dia berharap ibu bapanya boleh menerima hakikat yang dia adalah seorang gay dan atheist. Malah mereka mesti menerima kenyataan bahawa, keadaan dirinya itu tidak akan mengubah apa-apa pun di dunia ini.

Berita tentang dia yang terpaksa mengemis bantuan daripada masyarakat untuk dia meneruskan pengajiannya di Kanada serta ibunya yang telah memotong bantuan pengajian kepadanya, telah menjadi salah satu daripada berita menarik di media sosial.

Hazim Ismail secara terbuka mengakui bahawa dia adalah seorang pengamal seks sejenis dan tidak lagi mempercayai kewujudan Tuhan. Sekaligus menyebabkan segala bantuan pengajiannya selama ini tersekat, dan dia menyalahkan masyarakat serta ibu bapanya yang tidak berfikiran terbuka.

Tidak itu sahaja, Hazim Ismail juga menyatakan dia takut untuk pulang ke Malaysia kerana bimbang natijah daripada pengakuan keadaan dirinya.

Dalam hal perhubungan dengan keluarganya, Hazim Ismail berkata, dia tidak banyak tahu dan langsung tidak dihubungi oleh keluarganya.

"Mereka memerlukan masa untuk berubah," katanya tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Kumpulan G25, Laywers for Liberty, PKR dan DAP yang begitu bersungguh-sungguh mahukan kelompok gay dan atheist diterima dalam masyarakat Malaysia, malah menghalang mana-mana undang-undang yang menghukum mereka, seharusnya tampil untuk membela Hazim Ismail.

Apatah lagi dengan bekalan nama HAZIM ISMAIL yang jelas merupakan seorang Melayu dan menjadi Melayu bererti mewakili Islam, memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan begitu, pastinya akan menarik perhatian daripada kumpulan-kumpulan yang mensasarkan Melayu-Islam untuk matlamat mereka.

Anehnya, mereka tidak pula tampil dan menjadi pejuang barisan hadapan sekalipun beberapa orang Ahli Parlimen dari DAP menentang keras undang-undang syariah Malaysia ke atas para penganutnya!




19 comments:

Anonymous said...

Kenapa pulak nak berdoa kalau dah mengaku atheist...??? Nak suruh siapa makbulkan doa tu..??

Anonymous said...

nama melayu xsemestinya dia islam.. sekarang pon dah wujud nama yang bukan melayu pon dirinya islam sejati.... cuma perlembagaan kita nie dah tetapkan melayu itu Islam.. masalahnya bentuk dan cara pendidikan semenjak dari kecil tu yg penting.. kalau dari kecil langsung tidak dididik dgn ajaran islam, bila besar, jadi la ateis sebab langsung tiada pendedahan mengenal Allah semenjak dari kecil.

sebab tu DAP, PKR, Lawyers for Liberty , Sister of Islam, G25 cukup sokong tentang kebebasan beragama utk remaja dan kanak2 di bawah umur 18 tahun.. sebab mudah nak didik golongan ini utk jadi ateis... utk tidak mempercayai Allah, mudah la nak merosakkan org melayu di kemudian hari nanti..

Anonymous said...

BIAR mampus kering..si dajjal ni..lepas ni tentu ada hero yg akan tampil membela si MURTAD ni.

Anonymous said...

kalau dah atheist, hang doa kepada siapa? Allah bukan , Jesus bukan ,Buddha bukan dan semua bukan so what the hell are you complaining about? your family disown you so find your way, bro.

AKU BUDAK PAPAR said...

Dia gay , dia atheis tapi dia juga berdoa. Dia berdoa pada sape ek? Konpius konpius

Anonymous said...

rebung sudah bertukar jadi buluh, nasi sudah jadi bubur. hanya empati yang dapat dihulurkan.

Unknown said...

jgn salahkan pembangkang.....mamat ni sek ren dan men ikut sukatan pelajaran kem. pend. malaysia yg digubal oleh pakar2 pendidikan malaysia. dah tu kenapa dia boleh jadi mcm ni kemudian marah dan salahkan org lain. bodohhh....

Anonymous said...

Itu pn admin x leh nk fikir..sel sel otak x berhubung ke ape

Anonymous said...

Hai kata diri guy dan atheis. Macam mana agaknya orang ateist berdoa? Kata nya mereka tidak percaya wujudnya tuhan. Jadi dia berdoa meminta sesuatu daripada siapa? HANTU ke?

Anonymous said...

Mungkin kot .. spderi lim guan eng akan menbaca tahlil untuk group G25 nanti..hu hu hu

Anonymous said...

Tang org melayu je, cina & india buat x tahu je. Ini lah sikap mereka. (Bukan aku sokong LGBT ni cume nk ckp betapa rasisnye bangsat kapir di malaysia).

Anonymous said...

MALANG SUNGGUH DAPAT ANAK MACAM NI.

Anonymous said...

lanthui...sendiri suka bontot, nak salahkan kerajaan pulak. anak pak imam pun bolih hanyut....
jangan salahkan mak bapak. kalau tak tahan dengan kejutan budaya.

Anonymous said...

waktu sitkom 2+1 ditayangkan,mak bapak pakat ketawa tengok gelagat anak2 kecik tiru watak sam(imuda).anak2 ini dididik dlm persekitaran org2 yg berimej lelaki gay seperti pembaca berita lembut,pengacara rancangan kanak2 lembut,pengacara rancangan hiburan lembut,watak drama TV lembut,watak filem lembut sehinggakan ustaz2 bila sebut org lembut,ianya menjadi perkara yg menggelikan hati bukan perkara serius yg menggerunkan.ini adalah perbuatan kaum nabi Lut.ambik iktibar bertapa ALLAH menghukum kaum ini dgn dahsyatnya.kita pulak boleh ketawa bila nampak unsur2 celaka ni.salah kita org melayu.masyarakat mesti ubah persepsi pada kaum LGBT ini.mesti bertindak tegas pada anak2 kita yg dari kecil sudah mula nampak minat pada gay.paksa mereka solat,baca quran dan bacakan ayat2 ALLAH yg mengharam dan mengutuk LGBT ini,serta hadith2 nabi.insyaALLAH malaysia selamat dari ancaman celaka LGBT.

Unknown said...

Kalo korg prcaya agama masing2 jgn salahkn dye yg x prcayakn mana2. Masing2 ada hak. Korg ni bkn manusia nk slhkn dye. Everyone got their own rights to choose their way. Just give him a break.!

qwan said...

Bersikap cerdik lah penulis... Ada ke awak menulis yg Melayu mewakili islam...No wonder le ada satu mualaf pendidikan tinggi pun siap ckp dia difahamkan yg sebut Melayu adalah islam sebut islam adalah Melayu... Bila masuk islam maka masuk Melayu... Ni semua pasal Hangpa yg tulis begitu... Walaupun saya mix pan Asian tapi saya sendiri diri tak kata islam tu mesti Melayu dan Melayu tu mesti islam. Cuba muhasabah diri sebelum menulis

Anonymous said...

"Everyone got their own rights to choose their way".....

Wow.!!! Bagusnya pemikiran kau..... kalau macam tu akupun ada hak nak korek biji mata kau.....

Just give me a break..!!!!!!

Anonymous said...

Bodoh nyet ko!!!! Anak ko sekolh kat mano? Awas!!! Jgn hntar kt sekolh kerajaan, nnti anak ko suka bontot.. Aamiin

Anonymous said...

macam ni lah . dia duduk dalam kalangan agama lain so bab tukar agama kita sebagai rakyat malaysia jangan la kecam dia . kita kena gesa dia dijatuhkan hukuman wajib menduduki kelas agama selama di masih belum mencapai umur 40 tahun wajib. bab homo tu pulak kita juga jangan kecam dia besepah je anak melayu dekat pusat gay at malaysia ni yang masuk. dia harus diberi peluang ke dua. bab islam masuk kafir pastu masuk islam balik hukum aku x arif la setau aku kalau dah islam masuk kafir hukum dia sendiri mau ingat la tapi aku x penah kaji pulak selebihnya. diakibatkan budak2 malaysia juga ramai gay jaDI tidak adil kita adili dia dengan kesalahan yang dia harus diberi pelung ke dua . tapi bab tukar agama dia perlu diadili dengan secekapnya oleh kerajaan malaysia . mari kita support dia dengan semangat sampai dia habis belajar . lepastu kita kena terangkan dekat dia yang dia dah buat salah setiap kesalahan mesti ada hukuman dan dia tepaksalah akur . semoga dia diterima Allah swt kembali amin ... kesian dia duduk jauh2 pastu dapat kecaman ...

 
Blogger Templates