Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 6, 2016

SELEPAS 3 KALI ARAHAN PERDANA MENTERI, AKHIRNYA MENTERI KELUARKAN ARAHAN BERMULA 15 JANUARI PERLOMBONGAN BAUKSIT KUANTAN DIHENTIKAN TIGA BULAN!!!



Semua aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Kuantan, Pahang dihentikan selama tiga bulan mulai 15 Januari bagi membolehkan pelan tindakan penyelesaian pencemaran dilaksana, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. Beliau berkata, pada bulan pertama, beliau berkata kerajaan mengarahkan supaya semua stok simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan dikeluarkan dan dibersihkan. 

"Pada bulan kedua pula, semua stok bauksit yang ada di 11 pusat pengumpulan mesti dikeluarkan dan akan dihantar ke satu pusat pemgumpulan saja yang akan diumumkan kemudian," katanya. 

Pada sidang media khas itu Wan Junaidi berkata, pada bulan ketiga pergerakan bauksit daripada pusat pengumpulan untuk tujuan eksport akan bermula. Hadir sama dalam sidang media itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, kementeriannya juga sudah membekukan dan membatalkan semua permohonan permit AP bagi mengeksport dan menjalankan aktiviti perlombongan bauksit bermula sejak minggu lepas. 

Sementara itu, beliau berkata, Kabinet pagi tadi membuat keputusan tempoh pemberhentian operasi tiga bulan yang dibuat sebelum ini bagi aktiviti perlombongan bauksit akan dipanjangkan jika pengusaha dan pelombong bauksit masih gagal mematuhi arahan ketika moratorium (pemberhantian sementara). 

"Kerajaan tidak berniat untuk menutup operasi perlombongan bauksit di negara ini, namun masih mematuhi peraturan dan garis panduan dalam memelihara kelestarian alam sekitar," katanya. 

Kebimbangan berkenaan masalah perlombongan bauksit di Pahang dan Terengganu kini semakin kritikal selepas aktiviti itu dikatakan mengundang pelbagai masalah kepada persekitaran dan menjejaskan kesihatan penduduk. 

Ia termasuk kejadian 'fenomena laut merah' di pesisir pantai Balok dan Pantai Batu Hitam, di Pahang selepas warna laut bertukar merah dipercayai akibat kegiatan bauksit pada 29 Disember lalu. 

Debu bauksit turut didakwa mengotorkan jalan raya dan kawasan sekeliling menyebabkannya menjadi merah. Penduduk setempat di Kampung Selamat, di Kuantan, yang tidak jauh daripada 

Pelabuhan Kuantan turut mendakwa debu bauksit daripada lori mengangkut bahan mineral berkenaan menjejaskan kesihatan mereka. 

Kabinet pada 1 Januari lalu juga sudah memutuskan supaya aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan yang mencetuskan kebimbangan pencemaran alam sekitar dan bantahan meluas penduduk dihentikan sementara. 

Kerajaan Pahang dan Terengganu juga sebelum ini sudah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan wujud pembabitan daripada pihak berkuasa tempatan dalam membiarkan pelombong dan pengusaha tidak berlesen menjalankan aktiviti perlombongan bauksit di negeri terbabit.

SUMBER




1 comment:

Anonymous said...

SAPE LA NAGA BESOR NI YER?

 
Blogger Templates