Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 5, 2016

SULTAN 'GILA' MELAKA, DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN OLEH PASUKAN SIASATAN KHAS POLIS MELAKA!!!



Polis Melaka sudah menubuhkan satu pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka. 

Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan. 

"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima-penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya. 

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Shaikh Abdul Adzis, berkata polis sudah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58. 

Lelaki itu mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi pada 30 Disember lalu. 

Awal tahun lalu, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka. Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral dalam media sosial. 

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah. 

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak memburukkan suasana keharmonian sedia ada. 

"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri, ..sebuah negara yang berdaulat dan telah merdeka. "Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya ketika ditemui pemberita. - BERNAMA


No comments:

 
Blogger Templates