Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 29, 2016

AKHIRNYA KETUA PENERANGAN UMNO KEDAH @ PANGLIMA PERANG KEMBALI KE TANGAN ORANG BERPERANG BUKAN SI PENULIS PROPOSAL!! TAHNIAH TOK MAN BEDUI!!!



Dato Othman Abdul atau lebih dikenali di kalangan para sahabat, Tok Man Bedui kini diberikan tugas yang bersesuain dengannya iaitu sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru.

Tok Man pada PRU13 telah berjaya mengalahkan keyakinan serta cubaan Mat Sabu untuk bertapak di Pendang selepas Mat Sabu dan kumpulannya berjaya mengenepikan Hayati Othman, pemimpin PAS tempatan.

Gerak kerja Tok Man juga selain bersama-sama Tok Rozai, Ketua UMNO Pendang barangkali tidak sama dan dianggap ketinggalan sebaliknya pada PRU13, secara tiba-tiba satu fenomena baru iaitu AURA pula menyerbu masuk ke dalam negeri Kedah.

Namun walau apa pun fenomena yang tiba, gerakkerja yang dipanggil kuno oleh bekas penuntut sekolah pondok itu juga yang diabggap lebih efektif.

Kini kepercayaan itu dipulangkan kepadanya semula. Gerak kerja Tok Man Bedui dan kumpulannya amat ditagih selepas bulan madu Kedah yang baru berakhir minggu lepas mengembalikan Kedah ke dunia realiti kembali.

Kita mengharapkan kejayaan di Kedah lebih baik berbanding 2008-2013 memandangkan pada waktu itu pelbagai kesilapan sebelumnya telah dikenalpasti.

No comments:

 
Blogger Templates