Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 23, 2016

RAFIZI KENA SAMAN... SAYA TAK BERGURAU, SAYA BERSELOROH SAJA!!!... KAHKAHKAHKAH!!!



Setiap hari, berita tentang Rafizi Ramli dicari-cari. Bukan kerana dia terlalu hot sampaikan setiap gerak gerinya perlu diambil tahu, tetapi untuk melihat bagaimana dia menutup pembohongan, penipuan serta kebodohannya menerusi kaedah menjawab di media sosial tetapi tidak membenarkan sebilangan besar orang membaca, memberi reaksi, membuat komen atau kritikan, malah langsung tidak boleh bertanya kepadanya.

Rafizi Ramli cuba menafikan dia adalah seorang pembohong dan tukang lawak. Malah, dia masih mempertahankan pembohongannya menerusi tulisannya:

"Perenggan 22 menyimpulkan bahawa perkataan-perkataan yang mahu disaman bukanlah bermaksud literal seperti yang dituntut di dalam saman plaintiff-plaintiff. Sebaliknya ia adalah sebahagian dari ucapan yang disampaikan secara berseloroh yang memberi makna di dalam konteks keseluruhan ucapan saya."

Pada bahagian terakhir tulisannya yang panjang dan dikepilkan pelbagai dokumen yang berkaitan, hujah Rafizi Ramli ialah, dia TIDAK BERGURAU tetapi 'BERSELOROH' sahaja...


Ni namanya dah terlebih belajar ilmu persuratan Melayu daripada Anwar Ibrahim.

Berdasarkan kepada posting yang dibuat oleh Rafizi semalam, dua artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider mempunyai tajuk tidak tepat.

"Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, sambil menambah ia dibuat ‘secara berseloroh’.

Sementara itu, peguam yang sudah biasa mengendalikan saman fitnah, tidak menolak kemungkinan peguam mewakili Najib dan Rosmah bagi membtidakatalkan pembelaan Rafizi, apa yang diperkatakannya tidak lebih daripada kata-kata lucu."

Kesian Rafizi Ramli. Dia sudah tidak dapat berdalih. Dia dah tak boleh berselindung tetapi masih tetap mahu berbohong.

Rafizi juga menyebut tentang beberapa kes jenayah di mana katanya dia telah menang tetapi gagal untuk menyebut dua kes penting:

1) 26 Januari 2016, Mahkamah Sesyen mendenda Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli RM1,800 selepas mendapati dia bersalah menghina dan memprovokosi ahli-ahli UMNO pada tahun 2014 dengan berkata, ahli-ahli UMNO merancang untuk mengebom bom api ke atas gereja. (BACA DI SINI)

2. Kes BAFIA membabitkan Rafizi yang mana dia langsung tidak berani mahu mempercepatkannya. Rafizi seharusnya memberitahu dan berterus terang mengapa dia menggunakan semua taktik yang ada untuk melengah-lengahkan proses perbicaraan. Apa sebenarnya yang ditakuti oleh Rafizi Ramli?

No comments:

 
Blogger Templates