Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 29, 2016

TUN DR. MAHATHIR DIKATAKAN BAKAL GABUNGKAN SEMUA PARTI POLITIK MENENTANG NAJIB DAN UMNO!!!



Berita tentang keluarnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir langsung tidak menggemparkan, walaupun ada sebilangan 400 orang Ketua-Ketua Cawangan khabarnya akan turut keluar UMNO mengikuti jejak Mahathir.

Kalau melihat kepada berita yang sedang digembar-gemburkan oleh pro-Tun, ternyata negara sedang dalam keadaan huru-hara kerana tindakan Tun Dr. Mahathir keluar UMNO. Bagaimanapun, realitinya, tiada sesiapa pun yang hairan dengan tingkah laku serta gelagat politik Tun Dr. Mahathir yang masih berasakan Malaysia adalah haknya dan semua orang perlu mengikut kehendaknya.

Pengumuman sebelum jam 5:00 petang tadi ternyata langsung tidak disambut sepertimana yang diingini oleh puak-puak pro-Tun. Namun sesuatu yang lebih 'menarik' telah disahkan oleh pihak-pihak tertentu dari dalam kelompok puak pro-Tun sendiri.

SEBUAH PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN sebagai medium untuk melawan UMNO.

Pertemuan beberapa orang pemimpin pembangkang beberapa jam sebelum Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar dari UMNO mengesahkan khabar-khabar angin sebelum ini yang Tun Dr. Mahathir akan mencipta sebuah parti politik baru untuk melawan UMNO dan menggulingkan Najib Abdul Razak.

Kalau mengikut sejarah, Tun Mahathir pernah beberapa kali bercakap di pentas PAS malahan DAP ketika dia berada di luar UMNO pada zaman Tunku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi. Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak pernah keluar dari UMNO untuk menyertai parti lain terutama selepas apa yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putraja Al-Haj, Tun Hussein Onn dan beberapa ramai pemimpin UMNO yang jauh lebih berpengaruh pada tahun 1988 yang menyaksikan UMNO lama diharamkan dan UMNO Baru ditubuhkan bagi memberi kuasa penuh kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden parti itu.

Netizen sudah pun memperkatakan tentang penubuhan parti baru oleh Tun Dr. Mahathir dengan menarik penyertaan anggota-anggotanya yang masih setia kepadanya, termasuklah Muhyiddin Yassin dan anaknya, Mukhriz Mahathir, walaupun terdapat berita yang mengatakan, mereka tidak akan keluar dari UMNO.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan, ada pertemuan antara Tun Dr. Mahathir dengan para pemimpin pembangkang bagi mewujudkan sebuah unit pembangkang yang akan menggulingkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, laporan tersebut tidak disahkan walaupun beberapa gambar pertemuan antara para pemimpin tersebut dengan Mahathir mula dipaparkan dan didedahkan.

Mampukah Tun Dr. Mahathir menggembelengkan kesemua para pemimpin pembangkang dalam satu barisan demi menjatuhkan Najib Abdul Razak dan menyelamatkan taukeh-taukeh kroni yang kehilangan banyak kepentingan semenjak Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Anwar Ibrahim pernah melakukannya... GAGAL!

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang banyak jasa kepada negara ini juga.... GAGAL!

Mahathir Mohamed yang seringkali digambarkan sebagai tidak pernah gagal... SETAKAT INI masih gagal!!!

10 comments:

Anonymous said...

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Esa, Yang Maha Mengetahui...lindungilah kami, negara kami dari pengkhianat-pengkhianat berniat buruk terhadap Negara kami tercinta!!! walau SIAPA pun mereka.

Rozai CBR said...

Tunggu pru14

Anonymous said...

pasti GAGAL...... Melayu tiak akan memperjudikan nasib mereka.... bezanya Kali Ini pengundi cina akan full swing sokong Tun...... tp mungkin juga sebaliknya sebab cina tak percaya pun parti pembangkang boleh jaga perut peniaa dan masyarakat cina...mereka parti pembangkang akan kenyangkan tembolok mereka sahaja.

Asaif Barkiya said...

Umur tun dah masuk 9 series.Agak agaknya selama mana jangkahayat tun yang masih berbaki?Lagi 5 ,10,15 atau 20 tahun lagi sehingga bakal mencecah 110 tahun.Amal ibadat ,sedekah jariah dan ilmu yang di ajar sahaja yang akan beri menafaat kelak.Bukannya parti baru,kumpulan sokongan baru,reputasi ataupun darjat.Taubat bagi tun adakah masih terlalu awal.Renung renungkanlah.Riak,ujub dan takburlah yang menyebabkan iblis di laknat dan di kutuk oleh ALLAH.Ego tun mengatasi nasihat iman.

Anonymous said...

Tun m ni adalah melayu mudah lupa. Dia mengkhianati org melayu hanya kerana sorg. Memang gilo dh situa nih... Aku n kroni x kn sokong tun m.. Dh makin meluat

Anonymous said...

March 1, 2016 at 12:56 AM

jaga AMALAN KITA JGN DOK RISAUKAN ORG

Berjuang utk memerangi yg munkar ITU HUKUM APA ??

juragan 69 said...

Bhai...adakh had umur utk seorg pejuang?tk perlu kot kita sibuk mngira umur org lain kerana Allah tdk prnh janjikn mati kita bila..adakh mati 30 amal kita cukup..adakah mati kita 40 kita pasti ke syurga..atau wajib umur 90 buang dunia dan tk peduli nasib agama bangsa dan negara..
ptuiiii pejuang apa bhai klu skdr brserah nasib agama bangsa dan negara kpd org lain..mana lu tau bhai ini kerana EGO..siapa yg riak,ujub dan takbhur,gua lu atau tun...hnya yg empunya badan yg tahu bhai..jgn persoal keimanan org lain sdgkn kita tk pasti iman yg kita cukup smpi mana..
Bhai renung2 dan fikir2kn lah apa yg najib buat...knp najib tk nafikn dn tk istiharkn penerimaan 2.6b kpd umum atau sekrg2nya kpd MT sblm kes dibongkar? Adakh wang itu akan dikembalikn kpd penderma???jika ditkdirkn najib ajal mngejut nk tnya lu duit 2.6b jd hak siapa?negara?rakyat?ahli umno?lu?gua?tun? Atau waris najib???lu jwp persoalan ni baru lu brhk pertikai nilai perjuangan kpd agama bangsa dan negara...melainkn lu jenis redha wlu brkongsi negara dgn banglasia..

Anonymous said...

mati tidak mengikut umur.

Anonymous said...

Lagi banyak parti lagi meriah. Lagi banyak parti lagi besar peluang untuk dap muncul dominan. Dan kalau marhaen tahu pihak yang bakal dominan adalah dap dan bukan parti renegade, mereka tahu apa yang mereka perlu buat.

Anonymous said...

Limkomunis sedang yum seng...yeah..melayu mmg manyak boloh...lebih lagi itu semua pemimpin2 umno manyak bengong...sama itu juga pengikut olang melayu manyak bolohhh...

 
Blogger Templates