Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 29, 2016

TUN MAHATHIR KELUAR UMNO LAGI... TIADA APA YANG DIHAIRANKAN!!!


Entah kali ke berapa Mahathir keluar dari UMNO walaupun sejarah mencatatkan kali pertama dia dibuang UMNO pada zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Tetapi kembali semula pada zaman Tun Abdul Razak namun hampir mengulangi 'terkeluar parti' pada zaman Hussein Onn kecuali Hussein Onn akhirnya mengambil sikap mengalah seperti yang dilakukan oleh Abdullah Badawi.

Di bawah Mahathir sendiri UMNO asal telah diharamkan dan penubuhan UMNO (Baru) yang kemudian mengambilalih semua aset dan liabiliti UMNO Lama telah menimbulkan tentangan ke atas Mahathir sendiri.

Tiada apa yang harus dihairankan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir kerana namanya pun politik dan politik bukannya satu agama atau akidah yang perlu dipegang kukuh walau apa cara sekalipun.

Cuma barangkali ramai yang tidak perasan, Mahathir sebenarnya mengulangi taktik Lim Kit Siang 'Save Malaysia' atau 'Failed States'.

Mahathir hanya mengikut tradisi bekas pemimpin UMNO terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra dan Hussein Onn yang keluar dari UMNO kerana protes ke atas Mahathir dan tidak pernah sertai UMNO semula.

Tak tahulah kalau ada yang bersorak gembira kerana menyangkakan Mahathir akan membawa taufan yang boleh menumbangkang kerajaan masakini, namun yang pasti tindakan Mahathir keluar dari UMNO langsung bukanlah sesuatu yang baru, telah dijangka dan akan dilakukannya.

Satu Malaysia hanya akan ternganga jikalau tiba-tiba sahaja Tun Dr Mahathir mengambilalih kedudukan Anwar Ibrahim di dalam PKR dan mencipta satu lagi UMNO TERLEBIH BARU atau meneruskan Semangat 88 yang terbantut.

Dan selepas ini drama apa pula yang akan ditayangkan kepada kita semua.... skripnya hampir sama....


8 comments:

Anonymous said...

Dah ludah, jilat, ludah balik. Hati dia x setia pd parti. Mngapa pasal org kita nk kuar? Itu menunjukkan hati dia rapuh, nk tunjuk ego.. Mmg x rugi pun. Dia hidup x berapa hari lgi pun...

Anonymous said...

Umno sudah tidak releven kepada ORANG MELAYU.
Ia releven kepada para menteri dan pemakan dedak saja.
Good bye umno and get lost.

Anonymous said...

Terbukti keegoan sikap dan angkuh.

juragan 69 said...

Bhai..lu beriman kpd parti ke smpi klu keluar dh mcm hilang akidah...hmmm kesiannya lu tau ke lu hidup smpi bila???

Anonymous said...

Untung jadi depa ni, cum tangan ngoh ngek ngok saja boleh jadi putih suci dalam debu macam kapas. Yang lain yng tak cum tangan tu nasiblah...hitam!

Anonymous said...

Harap harap melayu jadi macam bangsa moro.merempat dinegara sendiri

Anonymous said...

Why Mukhriz did not follow his fathers footstep.He shdnt be a hippocrite.Should leave umno if he has the gut. He shd not be a nuisance to umno.

Anonymous said...

Macai umno will always be macai

 
Blogger Templates