Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 21, 2016

ADUN-ADUN PKR PULAU PINANG SEMUANYA BANGANG-BANGANG... TU SEBAB TONY PUA DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH PENANG GOLF RESORT GANTIKAN ADUN PKR YANG DIPECAT!!!



Selepas Anthony Loke dibawa dari Seremban ke Pulau Pinang sebagai pelindung, perisai dan kesatria Lim Guan Eng daripada serangan dalaman DAP Pulau Pinang yang mahu menjatuhkan Lim Guan Eng daripada takhta Ketua Menteri Pulau Pinang sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh banyak pihak, kini Lim Guan Eng menambah lagi jumlah pelindung, perisai dan kesatrianya.

Taruhan barunya itu adalah TONY PUA... si mulut lebar yang berjaya menjual syarikatnya yang rugi teruk pada kadar harga tidak munasabah dan kemudian berlagak seolah-olah dia adalah seorang ahli perniagaan dan ahli ekonomi yang berjaya sebelum ini. (RUJUK SINI)

Tony Pua menggantikan ADUN PKR Bukit Tengah Ong Chin Wen yang dipecat pada Februari lepas oleh Lim Guan Eng setelah mereka memilih untuk mendiamkan diri atau berkecuali dalam usul menentang projek penambakan laut yang diusulkan oleh ADUN UMNO.

Lim Guan Eng ketika mengulas tindakannya memecat kedua-dua ADUN PKR tersebut, sekalipun terdapat beberapa ADUN PKR dan DAP lain yang turut mengambil sikap berkecuali seperti Ong Chun Wen, ADUN KEbun Bunga, Cheah Kah Peng, ADUN Penanti Dr Norela Ariffin, ADUN Batu Uban, Dr T Jayabalan, and ADUN MAchang Bubuk Lee Khai Loon berkata,

“Apabila Kita hilang kepercayaan terhadap orang yang pada mulanya bersetuju dengan anda namun memungkiri perjanjian, jadi bagaimana mereka boleh berfungsi secara efektif dan profesional terutama apabila saya sebagai pengerusi.

“Mereka kemudiannya menikam kita dari belakang apabila mereka berkecuali ketika mengundi menentang usul tersebut.”

Perlantikan Tony Pua sebagai Ahli Lembaga Pengarah Penang Golf Resort menggantikan ADUN PKR itu menunjukkan bahawa Lim Guan Eng langsung tidak mempercayai sesiapa pun di Pulau Pinang, terutama sekali anak-anak watan Pulau Pinang dalam Pakatan Harapannya, berbanding kesatria-kesatrianya seperti Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Anthony Loke (Ahli Parlimen Seremban). Walaupun mereka langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pulau Pinang, nampaknya Lim Guan Eng yang sekarang ini sedang kalut menangani masalah pembelian hartanah pada harga diskaun 60% dan kaitan penjual hartanah tersebut kepadanya dengan tanah kerajaan negeri, lebih memikirkan survival politiknya. 

Jadi, dalam tempoh beberapa hari lagi, kita akan mula mendengar bagaimana Tony Pua sama ada akan membelanya atau pun menimbulkan isu baru yang sangat hangat, sehingga mengalihkan perhatian awam daripada kes yang sedang dihadapi oleh Lim Guan Eng bersama-sama Anthony Loke sebagai menandakan kesetiaan dan terima kasih mereka.

Tunggu sajalah...


No comments:

 
Blogger Templates