Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 18, 2016

TOUR OF SARAWAK BATAL SAAT-SAAT AKHIR, SYARIKAT EMPAT BERADIK DARI KEDAH SEPERTI SABOTAJ KERAJAAN NEGERI SARAWAK!!!



Kalau dah tahu tidak ada modal untuk berniaga, jangan berniaga. Kalau dah tahu, memang tidak berkemampuan untuk menganjurkan sesebuah acara sukan antarabangsa, tak payahlah nak berangan-angan dengan penajaan serta bantuan dan geran daripada entiti termasuklah Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kalau tidak, jadilah seperti Tour of Sarawak yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta yang kemudian pada saat-saat akhir membatalkan acara tersebut dengan alasan TIDAK CUKUP DUIT.

Baca kenyataan rasmi mereka di bawah:


Penganjur Tour Of Sarawak ingin merujuk kepada isu pembatalan penganjuran Tour Of Sarawak 2016 yang telah diumumkan pada 16hb Mac bertempat di Hotel Imperial Miri. Atas Rasa tanggungjawab terhadap pembatalan ini, selaku penganjur Fadz Industries Sdn Bhd serta rakan Sekutu iaitu Ferry’s Empire Sdn Bhd dan NAA Resources Sdn Bhd ingin memohon maaf terutama sekali kepada pihak-pihak berikut: 

i. Kerajaan negeri Sarawak 
ii. Kementerian belia dan sukan 
iii. Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak, 
iv. Persekutuan kebangsaan Berbasikal Malaysia 
v. Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 
vi. Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak 
vii. Semua Pasukan dan Kelab yang bertanding. 

Pihak penganjur juga ingin menjelaskan bahawa tidak menggunakan dana daripada Kementerian Belian dan sukan sebanyak RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) yang disalurkan melalui Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak. 

Pihak penganjur juga ingin memaklumkan tiada sumbangan dana dalam bentuk tunai diperolehi dari mana- mana syarikat swasta dan koperat untuk menjalankan kejohanan ini. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak yang telah banyak membantu dari awal perancangan acara ini hinggalah ke saat-saat akhir pembatalan acaea ini dibuat. 

Tak ketinggalan juga dengan semua pihak Residen yang terlibat dan agensi-agensi kerajaan peringkat negeri dan pusat yang sedia membantu bagi menjayakan kejohanan ini. 



Sehubungan itu, pihak penganjur ingin menjelaskan bahawa pembatalan event ini dibuat setelah pihak penganjur gagal mendapatkan sumber kewangan yang dijanjikan oleh pihak penaja yang menarik diri saat-saat akhir. 

Tiada niat pihak penganjur untuk menjatuhlan nama baik mana- mana pihak termasuklah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sarawak serta pihak-pihak lain kerana kejohanan ini dibuat untuk memeriahkan lagi kejohanan berbasikal di peringkat negeri. 

Tuduhan yang mengatakan penganjur telah memburukkan nama Sarawak amatlah dikesali memandangkan niat baik penganjur hanyalah menjayakan acara ini seterusnya menaikkan nama Sarawak di mata dunia dan kejohanan berbasikal. 

Untuk makluman pihak penganjur telah menggunakan dana sebanyak RM4juta yang disumbangkan kepada penganjur oleh pihak tertentu yang diviralkan dalam media sosial adalah tidak benar dan satu laporan polis terhadap individu terbabit telah dibuat berkaitan perkar tersebut. 

Dengan ini dimaklumkan bahawa penganjur akan bertanggungjawab dengan semua tuntutan yang akan dikemukakan oleh semua pasukan bertanding. 

Apa yang dikesalkan pembatalan kejohanan ini dibuat oleh pihak tertentu tanpa merujuk terus dengan pihak penganjur sedangkan penganjur masih berunding dengan pengurus pasukan bertanding untuk meneruskan kejohanan ini. 

Pengumuman pembatalan tersebut telah menjejaskan perancangan untuk meneruskan kejohanan ini. 

Sekali lagi pihak penganjur memohon maaf secar terbuka kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Hj Adenan Satem dan sedia memberi penjelasan secara terbuka kepada beliau jika diizikan seta kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terhadap kejohanan berbasikal Tour Of Sarawak. 

Satu laporan lengkap berkaitan pembatalan kejohanan ini akan dihantar kepada semua pihak yang terbabit. 

Akhir sekali kami penganjur mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada rakan sekutu kami Ferry’s Empire Sdn Bhd dan NAA Resourcrs Sdn Bhd yang telah banyak membawa tenaga dan wang ringgit dan sentiasa bersama ketika menghadapi saat genting ini.

 '

Muluk bunyinya, tetapi hakikatnya, syarikat tersebut tidak benar-benar bertanggungjawab dengan apa yang mereka kerjakan.              

UnreportNews melaporkan pembatalan acara berbasikal yang bertaraf Antarabangsa yang sepatutnya diadakan di Sarawak pada saat-saat akhir telah menjejaskan reputasi dan imej negeri itu.

Apatah lagi, banyak pasukan luar negara telah tiba di Sarawak bagi menyertai acara tersebut namun hanya dimaklumkan ianya telah dibatalkan disebabkan masalah penajaan dan kewangan pada saat-saat akhir.

Penganjuran siri jelajah basikal berstatus Union Cycliste Internationale (UCI) 2.2 itu sepatutnya bermula di Miri semalam sebelum berakhir di bandar raya Kuching, dengan beberapa lokasi seluruh negeri menjadi titik persinggahan tidak kesampaian apabila ianya dibatalkan.

Biarpun penganjur tersebut, mengadakan sidang media kerana "Atas Rasa Tanggungjawab" petang tadi, ia tidak mungkin dapat membersihkan imej Sarawak yang telah tercemar.

Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Miri, penganjur juga memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak, Persekutuan kebangsaan Berbasikal Malaysia, Persekutuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan Semua Pasukan dan Kelab yang bertanding.

Alasan penganjur atas pembatalan tersebut adalah kerana kegagalan mereka mendapatkan sumber kewangan yang dijanjikan oleh pihak penaja yang menarik diri saat-saat akhir.

Pihak penganjur juga ingin menjelaskan bahawa tidak menggunakan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) yang disalurkan melalui Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak.

Pihak penganjur juga telah memaklumkan tiada sumbangan dana dalam bentuk tunai diperolehi dari mana-mana syarikat swasta dan koperat untuk menjalankan kejohanan tersebut.

Persoalannya kini, jika menyedari tidak berkemampuan mengumpul sumber kewangan, mengapa tidak dibatalkan acara tersebut sekurang-kurang seminggu dari tarikh ianya diadakan, mengapa menanti sehingga HARI ianya diadakan agar tidak menyusahkan semua pihak?

Sepatutnya penganjur acara yang sebesar ini harus ada perancangan rapi untuk mendapatkan tajaan dan juga back-up plan sekiranya terjadi perkara yang tidak di ingini berlaku (seperti sekarang) bukannya ternganga menunggu habuan.



Sumber UnReportedNews™® sebaliknya mendedahkan pihak penganjur yang terdiri dari empat beradik dari Kedah menerusi sebuah syarikat berdaftar telah mula mengumpul dan meminta dana dari beberapa kementerian dan agensi kerajaan, orang perseorangan dan syarikat bagi tujuan penganjuran acara tersebut sejak dari tahun lepas (2015) lagi.

"Dianggarkan jumlah yang telah terkumpul oleh syarikat berkenaan adalah melebihi RM1 juta dan mereka juga telah mendapat penajaan 1,000 kotak air mineral namun air kotak tersebut turut telah dijual oleh mereka (penganjur)," dedah sumber berkenaan lagi.

Ramai yang mengecam (Kerajaan) Sarawak diatas pembatalan acara ini tanpa mengetahui ianya adalah acara yang BUKAN dianjurkan oleh kerajaan. Dalam hal ini, kerajaan negeri Sarawak HANYA menyediakan VENUE bagi acara tersebut.

UnReportedNews™® juga telah menerima satu kiriman senarai nama dan bayaran gaji beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam penganjuran acara tersebut yang mencecah jumlah keseluruhan sebanyak RM283,000 (yang enggan admin dedahkan buat masa ini).

Dalam sidang media tadi, penganjur mendakwa mereka telah menggunakan wang mereka sendiri hampir RM200,000 (sahaja) jadi, dari mana "dana" bayaran gaji tersebut diperolehi sedangkan penganjur mendakwa mereka tidak mendapat sebarang dana dari sumber lain.

Namun sumber UnReportedNews™® mendedahkan, beberapa orang penaja acara tersebut akan tampil ke hadapan dalam satu sidang media dalam masa yang terdekat ini.


No comments:

 
Blogger Templates