Tiba-tiba sahaja DAP mahu membuktikan mereka lebih mengikut undang-undang?
Tiba-tiba sahaja DAP mahu menunjukkan kononnya mereka tidak berduit dan lakonan meminta derma daripada orang ramai dianggap sebagai sudah berjaya mengelabui penipuan dan derma politik asing yang digunakan oleh DAP untuk berbelanja jauh lebih besar dalam kempen pilihanraya dari PRU-12 sehingga PRU-13?
Mengapa agaknya DAP tidak bersalah sedangkan DAP setiap masa berkempen menjatuhkan kerajaan sedangkan had dan tempoh masa berkempen adalah beberapa hari sebelum pembuangan undi sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan SPR? Mengapa dalam hal ini, DAP dan konco-konconya pula berkecuali dan tidak nampak salah?
Orang bodoh sahaja yang percaya, punca-punca tersebut mampu dan membolehkan DAP berbelanja besar seperti yang ditunjukkan sekarang.
DAP sedang terperangkap dengan isu wang derma politik dari Israel berjumlah RM1.2 bilion. Siasatan yang hanya dilakukan oleh SKMM bukannya SPRM, telah membuatkan DAP kelam-kabut sehinggakan wakilnya, Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut ketika memberikan reaksi berhubung isu itu selepas penjelasan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri terpaksa berhelah dengan bertanyakan tentang undang-undang fitnah.
Lim Kit Siang cuba menafikan tentang perkara tersebut tetapi penafian yang dibuat oleh Lim Kit Siang sekadar penafian kosong. Sekadar penafian dengan mengatakan ia hanya fitnah semata-mata tetapi DAP mahupun Lim Kit Siang langsung tidak berani menawarkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM untuk melakukan siasatan sepertimana yang dibuat oleh Najib Abdul Razak.
DAP agak beruntung kerana UMNO-BN tidak melakukan serangan dan mendesak siasatan dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan provokasi sepertimana yang dibuat DAP dalam isu DERMA RM2.6 bilion. Sedangkan sepatutnya UMNO-BN perlu melakukannya memandangkan wang derma politik DAP turut melibatkan keselamatan negara apabila pangkalan tentera di negara dipertaruhkan kepada Israel.
Sekurang-kurangnya UMNO-BN mempunyai syarikat-syarikat perniagaan mereka yang boleh menampung perbelanjaan, DAP pula dari mana sumbernya untuk berbelanja mewah?
5 comments:
Saya adalah penyokong tegar Umno Dan menolak Dap tetapi saya juga menolak untuk menyooong Najib Dan kuncu2nya . Saya percaya bahawa ramai lagi penyokong Umno yg lain sependapat dengan saya.
saya pula penyokong tegar Umno...dan menolak dap dan puak-puak pakatun dan berbekalkan doa semoga Umno dan Datuk Najib berjaya daam pru 14 dengan cemerlang dan juga saya berdoa mudah-mudahan majoriti orang=
-orang Melayu dan Bumiputera mengundi untuk Bn dan Umno dalam pru 14 ni.
Bhai gua setuju dgn lu...ramai yg sygkn umno ttp bkn pemimpin sprti najib..ramai yg ttp setia utk mngundi umno wlupun dlm keterpaksaan sbb undi kpd umno ttp impact ttp najib yg tumpang dan bangga sbb rakyat msh sokong dn perlukn dia..walhal dia hnya penumpang dgn undi utk UMNO..
alhamdulillah dgn segala isu yg jd skrg ni nmpknya pemimpin umno bngun utk brkerja atau buat2 kerja wlupun ada stnggh dari pmbodek buat kerja utk bela najib utk kelansungan karier mereka..lupakh mereka yg mereka diatas bkn kerana najib ttp undi rakyat kpd umno...
umno ttp umno tnpa najib ttp najib bkn sesiapa tnpa umno..nmpk para blogger yg pro najib tiba2 bangun utk raih bonus klu buat kerja..hahaha bknkh isu dap lbh besar dari isu najib vs tun atau tun vs najib.. kipidap blog umno utk bangun utk dedahkn isu dap,pkr dan pan dari mmbodohkn diri dgn penentangan kpd najib..menentang najib bkn brmkna rakyat tk syg umno,krn syg umno lah ada penentangan kpd pimpinan yg haprak...kipidap tfk..
artikel hambar kosong.
kalau nak jilat pun pergi le kursus.
sokong umno bukan bermaksud sokong najib
tetapi selagi najib di situ, tidak betundur, undi kepada umno direhatkan.
Bodo punye statement.. kalau dah betul ade bukti dap terima dana dari israel , pg la siasat.. setakat cakap tanpa bukti buat ape.. yg terang2 dah terbukti korang pg sokong setengah mati nak pertahankan.. tak kira la siapa, siasat.. kemukakan bukti.. aku tak sokong dap tapi aku sokong kebenaran.. yg salah tetap salah..
Post a Comment