Semalam, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah membuka kertas siasatan berhubung skandal tanah Jalan Manggis yang laporannya telah dibuat lebih awal oleh pelbagai pihak semenjak 4 tahun dahulu.
Sebaliknya SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyewaan banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn.
Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan perasaan terkejut berhubung kenyataan SPRM itu dan memberitahu, SPRM tidak pernah menghubunginya berhubung kes tersebut. Dia turut mempersoalkan mengapa SPRM tidak pernah mengumumkan yang mereka menyiasatnya berhubungi itu dan keputusan siasatan berkenaan.
Selepas pendedahan yang dibuat oleh Shabudin Yahaya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen, SPRM semalam menyatakan, mereka akan menyiasat laporan ke atas Lim Guan Eng tanpa sebarang takut atau bersikap berat sebelah, selepas memberitahu SPRM telah menyiasat Lim Guan Eng berhubung penyewaannya ke atas rumah yang sama.
Bagaimanapun, Dr. Shaik dalam satu kenyataan keras menafikan kata-kata Lim Guan Eng. Sebaliknya menurut Dr. Shaik, permohonan maaf di hadapan hakim pada Oktober 2012 berhubung tuduhannya menyatakan, Lim Guan Eng menerima rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Hospital.(RUJUK SINI)
Shabudin Yahaya menuduh Lim melakukan rasuah dengan mengaitkan pembelian sebuah rumah di Georgetown dengan pembelian tanah kerajaan di Taman Manggis. Menurutnya, Lim membeli rumah tersebut pada harga di bawah harga pasaran daripada penjual yang mempunyai kaitan pula dengan syarikat yang telah membeli tanah di Taman Manggis pada tahun 2012 untuk membina hospital pakar pergigian mewah.
Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan kaitan tersebut. Katanya, bekas pemiliknya rumahnya tidak mempunyai kaitan dengan firma yang telah membeli tanah di Taman Manggis, juga bukannya orang yang menjadi pengarah atau pemegang saham di dalam syarikat berkenaan. Lim Guan Eng juga memberitahu, penjualan tanah tersebut dibuat secara tender terbuka dan menegaskan, dia bukanlah pengerusi majlis tender negeri.
Masalahnya, carian di SSM bertentangan pula dengan cerita Lim Guan Eng!!!
Dan SPRM pula terkantoi sudah!!!
No comments:
Post a Comment