Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 22, 2016

HELAH APA LAGI LIM GUAN ENG ADA HARI INI AGAR DIA TERUS DISELAMATKAN PARA PENYOKONGNYA?



Gelagat Guan Eng yang menunggu di lobi Parlimen tetapi tidak pula berhasrat untuk memberikan penjelasan di dalam Dewan tentang rasuah dan pembelian sebuah banglo pada harga yang sangat murah dengan urusniaga tanah kerajaan negeri yang sepatutnya untuk perumahan rakyat termiskin PPRT untuk digantikan dengan projek hartanah mewah, membuatkan ramai yang tersengih dan menjuihkan bibir. 

Kesungguhannya untuk bersemuka dengan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang telah menggemparkan hidupnya, dilihat sebagai kekalutan semata-mata tanpa usaha untuk membersihkan dirinya. 

Cubaannya untuk mengugut Shabudin Yahaya menerusi pertemuan 'face-to-face' hanya membuatkan lebih ramai yang percaya, Guan Eng cuba menyembunyikan sesuatu yang lebih besar daripada pecah dan terdedah.

Memahami gaya Lim Guan Eng, setiap kali dia membuat cabaran dan ancaman untuk menyaman orang yang membuat tuduhan kepadanya yang boleh dianggap sebagai ugutan agar tutup mulut, penyalahgunaan undang-undang, terutama apabila ianya membabitkan Parlimen dan imuniti yang selama ini digunakan secara bebas oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Guan Eng, Anthony Loke, Teresa Kok dan hampir kesemua Ahli-Ahli Parlimen DAP, kini seolah-olah menjadi boomerang yang kembali menghentam kepala Lim Guan Eng. 

Justeru, tidak hairanlah dia mencabar Shabudin Yahaya agr mengulangi tuduhannya di luar Dewan bagi membolehkannya menyaman Shabudin sekaligus cuba menakut-nakutkan Shabudin dengan harapan Shabudin tidak akan memanjangkan lagi perkara tersebut. 

"Bolehkah dia mengulangi tuduhannya di tempat awam?" cabar Lim Guan Eng. 

Agak menarik ialah, cabaran yang dibuat oleh Lim Guan Eng dengan tekanan intonasi yang betul, telah meyakinkan para penyokong dan Zombie-Zombienya untuk percaya Shabudin adalah seorang yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan Lim Guan Eng untuk sekali lagi melemparkan tuduhan yang sama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu. 

Sebenarnya, selepas membuat tuduhan di dalam Dewan, Shabudin telah mengadakan sidang media di luar lobi Parlimen di mana dia tidak menikmati imuniti sebagai Ahli Parlimen, sambil mengulangi tuduhannya menerusi siaran langsung televisyen dan di hadapan wartawan serta jurugambar media.


Pada ketika itu, dia bukan sahaja memperkatakan tentang fakta-fakta dan data-data, bahkan menunjukkan dokumen-dokumen dan bukti-bukti tentang skandal Lim Guan Eng. Ia turut dilaporkan oleh berita-berita di rangkaian utama televisyen. 

Kesilapan paling bodoh yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang selama ini bijak menyalahkan pihak lain ialah apabila dia mengatakan kononya dia tidak tahu, tanah di Taman Manggis telah dirancang untuk pembinaan rumah-rumah murah. LimGuna Eng juga berkata, dia tidak tahu tentang nilai pasaran banglo berharga jutaan ringgi yang dibelinya. 

Pembohongan bodohnya itu terbongkar tidak lama kemudian dengan dokumen dari LHDN yang jelas menunjukkan Lim Guan Eng telah membayar cukai duti setem sebanyak RM122,000.00 untuk banglonya yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian pada harga lebih RM4 juta.

Bagaimana Lim Guan Eng kata dia tidak tahu Shabudin mengulangi tuduhannya di luar Dewan? Visual daripada pendedahan Shabudin di luar Dewan, ada terpapar dalam Facebook dan amat mudah dicari. Bukan sahaja membuat tuduhan, bahkan dilengkapi dengan dokumen. 

Niat Lim Guan Eng untuk membuktikan yang Shabudin adalah seorang penakut, telah berbalik kepada dirinya sendiri. Dia sebenarnya yang penakut kerana tidak berani menyaman Shabudin sekaligus terlalu takut jikalau SPRM benar-benar akan masuk campur!!!




5 comments:

Anonymous said...

Tokong berani wooo buat press conference... wa jawap lu x mole tanya... hahahahahahahahahaha

Anonymous said...

Suruh je tun m buat deklrasi rakyat utk guan eng ... Ooop lupa plk.. Tun m, klu kafir dia senyap, klu melayu yg dia busuk hati, seboleh2 nk hancorkn bangsa sndiri.. Perjuangn paling hina ketika nyawa di hujung kubur.

Anonymous said...

Dapigs punya formula simple. Say it outside parliament and saman. Bila dah saman tak bole cakap lagi nanti subjudice jadi isu dah senyap. Lepas orang dah lupa tarik saman. Itu la trick mereka.

Anonymous said...

LGE ...aku x nak komen. Aku nak gelak ja hahahahahahahahaha..guling2. Padan muka lu

Anonymous said...

Assalam Bro,apa kaitannya dengan Tun M ? Kes LGE ni berbeza dengan kes 1MDB.LGE ni beli harta murah dari harga pasaran macam kes Khir Toyo TETAPI kes Najib ialah terima berbilion ringgit,tak mengaku dan tak istihar.Berbelanja melebihi pendapatan guna kad kredit.Akhir-akhirnya mengaku terima duit dengan pelbagai alasan.Kan berbeza tu !....

 
Blogger Templates