Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 13, 2016

JAWAPAN SYED SADDIQ EKORAN PENDEDAHAN DIA ADALAH KAKI DISKO YANG MENGGUNAKAN WANG RAKYAT DI FILIPINA!!!



‪#‎IAmNotPerfect‬
My answer to Pro-UNMO/DS Najib Blogs

"I cannot change my past but I can change my future"

Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Bukan kali pertama saya diugut dengan perkara ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.
But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya juga ingin menekankan bahawa gambar itu diambil semasa pengumuman untuk pusingan kalah mati, pertandingan debat peringkat Asia. Saya bukan ‘kaki clubbing/disko’ sepertimana yang dituduh.

Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang. Tanya sahaja pada ibu-bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya; mereka kenal siapa saya. Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Sekiranya anda fikir, mengugut saya sebegini akan mematahkan semangat dan menghentikan perjuangan saya, anda tersilap. Saya bukan orang yang berkepentingan. I am a 23-year old guy who loves my country. Threatening me with my personal life shows how desperate people can get to cling on to power.

Sekiranya anda fikir, isu ini akan mengaburi mata saya dan rakyat daripada isu-isu sebenar yang sedang berlaku, anda tersilap. Kami, rakyat Malaysia mampu buktikan anda tersilap.

Saya sudah menjelaskan & "come clean" about my past. Would the Prime Minister do the same on 1MDB?

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran
Walau tergadai nama baik sendiri.
Biar putih tulang jangan putih mata.
Agi idup agi ngelaban!

9 comments:

Anonymous said...

yg nie gak ko pndang slh...ank2 m tri yg x nyumbang ape2 kt ngara..dok ngabis wit rkyt brjoli x plak ko kisahkn...kalo gini mentaliti umno..mmg mati laa...

Unknown said...

Wow, Najib ada berani ke " come clean " macam Syed Saddiq. Ini baru anak jantan.

Anonymous said...

kan pm dah disiasat lebih 2 jam oleh pihak berkuasa,1mdb juga disiasat olih pac dan seterusnya dinilai oleh pihak audit negara dan 1mdb sekarang dalam proses hendak dibawa keparlimen dan akan dibuka untuk dibahaskan olih semua ahli parimen .Cariah kebenaran disitu...kenapa tidak bolih menunggu sedikit dalam mencari kebenaran daripada mengambil sikap memutar belit isu?

giniah,kalau dah hati dan jiwa dah ditutup untuk mengetahui hitam atau putih sesuatu perkara maka penjelasan demi penjelasan yang seterusnya adalah sudah tak berguna untuk manusia semacam ini,

Anonymous said...

Kalau dia boleh perbaiki keterlanjuran, 1mdb juga boleh perbaiki apa yang terlanjur. Kalau kita percaya dia boleh berubah, kita juga harus percaya 1 mdb juga boleh berubah.

Anonymous said...

1MDB sebenarnya telah berubah setelah diserang teruk oleh Mahathir. Najib terpaksa menjual sebahagian dari aset2 termasuk besi buruk yang didakwa Mahathir (power plants) dan tanah di Bandar Malaysia untuk membuktikan Aset melebihi Liabiliti. Rancangan asal ialah IPO untuk Edra Energy dimana semua rakyat boleh memiliki saham sekiranya berminat. Tapi terpaksa dijual kepada syarikat asing dengan harga break even iaitu selepas dikira hasil jualan tenaga semasa ianya dimiliki Edra. Nilai Edra sepatutnya lebih tinggi jika tidak berada dibawah tekanan persepsi yang dimainkan Mahathir. For detail please google lim lian see blog dari cari artikel Dear Tony: This is not your father's land.

juragan 69 said...

Bhai perlukah???...hahaha bknkh fatwa AG mngatasi segala siasatan dan tuduhan..tiada yg tidak benar melain kn benar belaka itulh NEGARA ku..PM ku dan
AG ku..dan gua sbgi rakyat hnya mampu ooooo.....

Anonymous said...

Syabas Syed.Teruskan perjuangan.Jangan berketuakan setan, kalau tak mau jadi jembalang.Yang cuba buat fitnah ini dan suka dedahkan buruk orang memang penakut dan tiada bermaruah.

Anonymous said...

Mamat 13 Mac 11.10pm
Apa lu ceta ni?Bila pulak this land belong to your father?Malulah sikit..cari makan dgn kutuk orang tak habis2.Stop it!

Anonymous said...

Bro anon 7:56...bro pandai baca english tak?anon atas tu bg fakta utk rujukan...tak payah komen la bro kalau baca tak lepas lg.malu.

 
Blogger Templates