Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 15, 2016

KAHWIN GADIS IBAN, ADENAN SATEM MINTA MAAF!!!



“Ia disebut dalam gurauan ...suatu jenaka.”

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menjelaskan cadangannya secara berseloroh supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencari seorang isteri daripada kaum Iban dalam ucapan semasa program 'Minda di Tebingan Sungai Kuching' Sabtu lepas.

Jika ada yang tersinggung dengan gurauannya itu, beliau meminta maaf.

“Saya ulangi ...saya mengatakannya secara bergurau, suatu jenaka. Malah perdana menteri sendiri ketawa...beliau tahu ia bermaksud sebagai gurauan.

“Tapi jika ada orang yang tersalah anggap dan berasa tersinggung, saya mohon maaf ...okay? Saya harap perkara ini berakhir di sini,” katanya. — Bernama



No comments:

 
Blogger Templates