Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 24, 2016

LAGI PENDEDAHAN TENTANG SKANDAL GUAN ENG... SPRM PULA 'ALIH' KE ISU MARA INC.!!!



Dua isu membabitkan tindakan tegas SPRM, kembali menjadi perbandingan dengan kes 7 tahun membabitkan Lim Guan Eng. Kedua-dua kes yang mendapat perhatian media adalah membabitkan kakitangan KBS dan Mara Inc.

Dalam kes membabitkan Lim Guan Eng, SPRM hanya dilaporkan menghantar pegawai-pegawainya ke Pejabat SUK untuk melakukan siasatan dan berita tentang hal tersebut, terus diam. Lim Guan Eng masih lagi bebas ke sana ke mari, termasuklah ke China dan SPRM pula dikatakan terpaksa menunggu Lim Guan Eng pulang sebelum mengambil keterangan daripada Ketua Menteri itu.

Ramai yang beranggapan terutama sekali Netizen kelembapan SPRM menguruskan kes membabitkan Lim Guan Eng terlalu ketara berbanding membabitkan Kerajaan Malaysia.

Hampir setiap hari sepanjang minggu ini, pendedahan demi pendedahan telah dibuat berhubung skandal hartanah dan tanah membabitkan Lim Guan Eng, namun nampaknya tidaklah begitu menyelerakan SPRM untuk bertindak pantas dalam kes ini.


Terbaru adalah membabitkan KLIDC, syarikat yang membeli tanah PPR tersebut daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sekaligus menyebabkan rakyat miskin Pulau Pinang, kehilangan rumah yang sepatutnya dibina.

Pendedahan menunjukkan wujudnya dokumen-dokumen pemberikan hak milik orang Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara rasmi.

Secara kebetulan yang amat menarik.


Had pajakan untuk KLIDC ke atas tanah Taman Manggis telah ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada tempoh maksimum yang dibenarkan iaitu 99 tahun - sekaligus meningkatkan secara maksima nilai tanah berkenaan.

Sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada dakwaan Abdul Rahman Dahlan merupakan satu kebenaran.

Barangkali disebabkan itulah, DAP Pulau Pinang tergesa-gesa untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung skandal hartanah Lim Guan Eng malam ini membabitkan Ahli-Ahli Parlimen DAP.

Hari Selasa lepas adalah berita terakhir anggota-anggota SPRM melawat pejabat Kerajaan Negeri.


Lim Guan Eng pula, telah memendekkan percutiannya ke Hainan yang sepatutnya berakhir pada Jumaat ini dan balik tergesa-gesa semalam sekaligus meninggalkan keseluruhan rombongannya dari Pulau Pinang di Hainan.

Semalam di Parlimen, Rahman Dahlan Menteri KPKT mendedahkan bahawa KLIDC sebenarnya tidak berminat untuk terus memajukan tanah tersebut dan telah cuba menjual tanah tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 berkenaan kepada pihak ketiga.

Rahman Dahlan juga mendedahkan beliau diberikan salinan dua perjanjian jual beli untuk tanah berkenaan. Dalam satu perjanjian S&P tersebut, tatacara pembayaran bagi jualan tanah berkenaan, pembahagian wang hasil jualan tanah itu diperincikan. Sejumlah RM 17 juta dari harga jualan tanah itu akan diagihkan kepada empat (4) syarikat, termasuk satu syarikat luar pesisir (offshore company).


4 comments:

Anonymous said...

SPRM...??? hmm...dah agak dah...

Anonymous said...

Kerajaan mohon rombak sprm. Selagi ada elemen pembangang dalan tu selagi itulah isu atau kesalahan pembangang akan disapu bawah karpet..paling tidak pun akan dibuat delay tactics.

Anonymous said...

SPRM KENA REPORT KAT BINI MEMASING SEBELUM SIASATAN DIJALANKAN.... SPRM = SYARIKAT PERUNDING RINGGIT MALAYSIA..... KIKIKI

Anonymous said...

SPRM tu ape bendanya..kuih bangkit ke?

 
Blogger Templates