Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 29, 2016

MAKIN LAMA MAKIN TERUK MAHATHIR BERCAKAP DENGAN BAYANG-BAYANGNYA DALAM CERMIN BESAR!!!



Menghadiri ceramah 'SELAMATKAN MALAYSIA' dengan Rafizi Ramli dan Tun Mahathir sebagai 'PENCERAMAH STAR' malam tadi di Padang MPAJ, seolah-olah mengembalikan nostalgia tahun 1998-2000.

Bukan kerana hadirinnya. Bukan juga kerana semangat reformasinya. Jauh sekali kerana mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak atau kebencian melampau terhadap pentadbiran Najib walaupun ada tidak puas hati sana sini, terutama sekali yang membabitkan SALAHGUNA kuasa yang diperkatakan oleh Mahathir.

Mahathir dengan penuh bangga mendabik dada - sesuatu yang dia tidak pernah lakukan sebelum berbaik dengan Lim Kit Siang - kononnya, pada zamannya tidak ada sebarang masalah, dia juga tidak ditentang dan diminta meletakkan jawatan, malah katanya juga, segala-galanya berjalan lancar tanpa sebarang bantuan dari luar, terutama sekali yang membabitkan Universiti Islam Antarabangsa selain tiada skandal kewangan yang besar.

Sedangkan sesiapa sahaja yang dewasa atau yang mukallaf pada tahun 1981, sudah tentu tahu skandal kewangan pada zaman Mahathir terlalu besar dan tiada satu pun dijawab oleh Mahathir walaupun ianya membabitkan syarikat-syarikat anaknya.

Dasar penswastaan negara sendiri pun dilihat sebagai dasar membesarkan perut kroni, syarikat yang hidup segan mati tidak mahu atau bersaiz kecil seperti YTL, akibat dasar penswastaan terus menjadi pemain dan pemodal utama di Malaysia sedangkan projek-projek mereka adalah projek-projek Kerajaan Malaysia. Syarikat-syarikat berkonsepkan konsesi tumbuh bagaikan cendawan dan hampir kesemua menjalankan aktiviti perniagaan utama mereka di Malaysia, berbanding membawa masuk duit dari luar, serta sangat bergantung kepada projek-projek kerajaan.

Semalam juga, Mahathir berceramah tentang 'wang curi'. Seolah-olah Mahathir terlupa bahawa 'bantuan' yang mencurah-curah masuk ke Malaysia menerusi Perang Bosnia, Perang Selatan Thailand mahupun Perang Selatan Mindanao kekal sebagai rahsia yang tidak boleh diperkatakan. Begitu juga dengan pembangunan negara yang memerlukan pinjaman dari luar, termasuklah bagaimana Malaysia memperolehi kepentingan dalam lembaga pelabuhan Arab Saudi, selain yang paling banyak diperkatakan adalah pembayaran untuk bertemu dan bersemuka dengan George Bush.

Wang derma politik masuk ke akaun Presiden UMNO, bukan cerita zaman Najib sahaja. Dari zaman Mahathir lagi, sudah terlalu banyak cerita tentang hal itu diperkatakan. Kecuali Mahathir terselamat kerana pada waktu itu, tiada Facebook, Sarawak Report, Wall Street Journal atau penyibuk seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli yang cuba melindungi wang derma politik untuk parti mereka dengan mengorek rahsia derma politik untuk UMNO.

Zaman Perang Bosnia, beberapa laporan oleh media barat tentang pengepaman berbilion-bilion wang dari Arab Saudi kepada Malaysia (baca: Mahathir) telah dilaporkan secara intensif. Wang itulah yang digunakan oleh Malaysia untuk membantu Bosnia berperang dan mempertahankan diri daripada ancaman pengganas Serb. Begitu juga dengan Yasser Arafat, bahkan Nelson Mandela untuk Palestin dan Afrika Selatan.

Semua itu kekal menjadi rahsia yang kurang diperkatakan, dan kurang dikenangkan kerana ianya membabitkan kerahsiaan UMNO dan Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir.

Tetapi pada zaman Najib, segala-galanya berbeza. Segala-galanya perlu didedahkan. Untuk siapa dan mengapa?

Nak menunjukkan diri lebih bersih dan lebih hebat?

Mahathir memang hebat sebagai pemimpin negara. Itu tidak boleh ditolak dan dinafikan. Tetapi Mahathir juga tidak lebih bersih daripada dakwaannya. Hakikat itu tidak perlulah dilencongkan dan diputarbelitkan.

Yang pasti, setiap kali Mahathir bersuara memperkatakan tentang keburukan Najib, setiap kali itulah juga kita seperti melihat Mahathir sedang berdiri di hadapan cermin besar, bercakap dan mengutuk dirinya sendiri!


8 comments:

Anonymous said...

Ni gila ke meroyan?
Apa punya artikel daaaa...

Tulis lah dengan berakal..

Dyll said...

Dulu Tun M lah PM yg paling saya kagumi. Tapi kini sedih melihat Tun M seolah2 menjadi pengkhianat bangsa dan agama.

Anonymous said...

tun dan sekutunya tak akn brjaya pengaruhi rkyat yg bermklumat.

Anonymous said...

tun sdg perkatakn kesilapan diri sndiri agaknya.

Anonymous said...

Klu betul TDM terlibat dln skndl kewangan...lapor lah pada pihak berkenaan...takat spin kt blog tak ke mana....sama je ... ckp nak saman tapi tak saman pun...letih tunggu hari selasa

Anonymous said...

Agak2 apa yg tun m janji pd limkomunis jika najib turun? Takan tak da apa2. Isshhh org politik jgn pulak kita sebagai rakyat naive dgn drama tun m. Dia pon dah turut jadi komunis hgga sanggup member2 dgn si komunis tua nih.

Anonymous said...

Takan kau tak tahu skandal tun m atau dia dah tabor dedak utk kau.

Anonymous said...

tm tak sedar ke dipenghujug usia masih nak aktif berpolitik..mungkin fikir dah penuh bekalan untuk akhirat..pengkhianat tetap penghianat..hidup melayu..berambus penghianat..

 
Blogger Templates