Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 25, 2016

MALAM INI, NASIB GUAN ENG SEBAGAI KETUA MENTERI DITENTUKAN OLEH DAP PULAU PINANG!!!



Bapanya, Lim Kit Siang dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya tentang titah ucapan DYMM Yang Di-Pertuan Agong pada perasmian Sidang Parlimen lalu.

Malam ini, anak lelakinya juga akan 'dibicarakan' dan bakal berhadapan dengan risiko kehilangan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang amat besar. Panggilan untuk mesyuarat tergempar oleh DAP Pulau Pinang, boleh menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah penggantiannya oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang yang dikatakan lebih layak walaupun Chow Kon Yeow juga merupakan pemimpin parachut yang berasal dari Kuala Lumpur, berbanding Lim Guan Eng yang berasal dari Johor tetapi kerapkali disalahanggap sebagai orang Melaka.

Mesyuarat tergempar malam ini akan diadakan oleh DAP Pulau Pinang berhubung krisis hartanah yang sekarang ini membuatkan Lim Guan Eng tidak senang duduk.

Kesemua ADUN DAP dan Ahli Parlimen DAP selain ahli-ahli komiti parti tersebut telah diberitahu untuk hadir mesyuarat di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng dan Ketua Penasihat Perundangan DAP, Gobind Singh Deo akan menerangkan kepada mereka, bagaimana hendak mengendalikan isu berkenaan.

Sumber-sumber memberitahu, Lim Guan Eng dan Gobind besar kemungkinan akan memberikan garis panduan tentang apa yang perlu dikatakan dan apa yang tidak boleh diperkatakan tentang isu banglo yang sedang mendominasi tajuk-tajuk berita.

Para pemimpin parti DAP kelihatan terpinga-pinga dan meninggalkan Guan Eng bersendirian menjawab persoalan tentang skandal hartanah Guan Eng. Malah Gobind Singh Deo pun tidak banyak membantu kecuali ketika di dalam Parlimen. Itu pun sekadar untuk membuat kecoh.

Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew terpaksa mencari dan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah untuk mempertahankan diri dalam skandal pembelian hartanah berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn daripada seorang ahli perniagaan wanita bernama Phang Li Koon di bawah paras harga pasaran.

Dia telah menafikan semua tuduhan dan mempertahankan diri dengan membawa sekumpulan wartawan melawat rumahnya. Dia mendakwa, traksaksi telah dilakukan atas prinsip 'willing buyer-willing seller' dan dia tidak tahu nilai hartanah tersebut.

Hartanah tersebut telah dinilaikan pada harga RM275 kaki persegi sedangkan hartanah berhampiran yang bersaiz separuh darinya pula dinilai lebih RM700 sekaki persegi.

Phang Li Koon turut mengeluarkan Akuan Bersumpah untuk menafikan semua salahlaku dan mendakwa, dia juga tidak pasti tentang nilai hartanah tersebut pada ketika transaksi.

Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan serta ADUN Ayer Putih. Dia yang dalam 'percutian' ke Hainan dan Guangzhou telah memendekkan tempoh liburannya dan meninggalkan anggota-anggota rombongannya di China untuk pulang ke Malaysia.

Kompleks Kerajaan Negeri di KOMTAR telah diserbu oleh SPRM dua hari berturut-turut di mana para pegawai SPRM dipercayai menyoalsiasat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Adalah dipercayai bahawa mesyuarat malam ini telah diputuskan pada dua malam sudah selepas pertikaman lidah antara Ahli-Ahli Parlimen DAP dengan Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyaksikan Guan Eng dihalau keluar dari Dewan.

Ketika berada di luar, Abdul Rahman Dahlan membuat satu lagi pendedahan berhubung rasuah berhubung kontroversi tanah di Taman Manggis, George Town.

Gobind Singh Deo telah menyatakan bahawa mesyuarat tersebut amat penting untuk membantu para pemimpin DAP Pulau Pinang bertaichi demi menyelamatkan Guan Eng.

Itu kata Gobind Singh Deo, tetapi gerakan dalaman DAP Pulau Pinang pula menunjukkan ada bahaya yang sedang mengancam Lim Guan Eng!


4 comments:

Unknown said...

Bagus DAP ni.
Pemimpin buat salah - OUT U GO.
Kalaulah umno ikut macam ni, kan bagus.
Takdalah Malaysia terkanal mempunya the most
corrupted PM in the world.

Anonymous said...

Minah tolong pi basuh apom mu..bau hanyir lah

Anonymous said...

Kerana UMNO kau dapat hidup senang lenang ni..bolih beli HP..komputer..ADA wifi..sial sial pembangkang tu cuba tanya apa sumbangan mereka kepada negara dan rakyat selain dari mengajar cara cara memutar belit fakta dan menuduh orang lain saja yg buat salah..kamu dan geng geng yg sewaktu tak pernah buat salah ke..mengata orang terutama UMNO saja yg salah...Cuba selak kain tenguk puas puas..

Anonymous said...

yg salah tetap salah...tak kira parti mana pun. klu kes lge ke mahkamah tunggu kputusannya.

 
Blogger Templates