Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 24, 2016

PEGUAM SENDIRI PUN TAK YAKIN DENGAN SAMAN MAHATHIR KECUALI TIADA LOCUS STANDI, MENYUSAHKAN MAHKAMAH DAN MENCARI PUBLISITI!!!



Tort misfeasans adalah cabang undang2 tort yg berkaitan dgn tgjwb kakitangan awam terhadap pelanggannya. Jika kakitangan awam itu cuai dlm tugasnya sehingga menyebabkan kerugian sec direct kpd pelanggannya maka pelanggan itu boleh saman kakitangan krjn berkenaan atas faktor Tort misfeasans.

Tanggungjawab fidusiari pula lebih luas maksudnya, tak hanya spesifik kpd kakitangan awam tetapi anak boleh menyaman bapa, adik boleh saman abang, anak khariah boleh saman imam jika superior mrk cuai dlm melaksanakan tgjwb.

Maka Tun M saman DS Najib atas kedua2 isu ini atas kapasiti Najib sbg kakitangan awam dan kalaupun undang2 tak mengklasifikasikan Najib sbg kakitangan awam, Tun M ikat pula Najib di bawah tgjwb fidusiari.

Kuat tak saman Tun M ni?

2 perkara perlu dibuktikan Tun M kalau dia nak menang kes ini.

i) Tun M kena ada bukti dokumen dan saksi mata yang sangat kuat yg boleh mengesahkan DS Najib telah cuai sbg PM dlm isu 1MDB dan RM2.6b

DAN

ii) Atas kecuaian tersebut Tun M menerima kesan langsung sbg individu. Cth: Biasanya Tun M terima elaun dari krjn RM1juta sebulan dan di sebabkan kecuaian Najib mengurus duit, elaun Tun M terpaksa di potong kpd RM400,000 sahaja sbb krjn tiada duit nak bayar elaun penuh sebanyak RM1 juta berkenaan. Di sebabkan itu Tun M telah kehilangan pendapatan, tekanan perasaan bla bla bla

HANYA JIKA KEDUA2 PERKARA DI ATAS BERJAYA DI BUKTIKAN OLEH TUN M, BARULAH BELIAU BERPELUANG BESAR MENANG KES INI. JIKA TIDAK, BELIAU HANYALAH SEORG "BUSYBODY" MENURUT TAFSURAN UNDANG2 YG MENJADIKAN BELIAU TIADA LOCUS STANDI DAN TIADA KAUSA TINDAKAN UTK MENERUSKAN SAMAN INI DAN MAHKAMAH BOLEH MEMBATALKAN SAMAN INI DI PERINGKAT AWAL TANPA MENDENGAR MERIT KES ATAS ALASAN REMEH, MEMBUANG MASA MAHKAMAH DAN MENYALAHI UNDANG2.

JIKA DI BENARKAN SAMAN TUN M INI, MAHKAMAH AKAN MEMBUKA FLOODGATE UTK SETIAP PEMBAYAR CUKAI DI MALAYSIA MEMFAILKAN SAMAN YG SAMA DAN INI PASTINYA AKAN MENYEBABKAN MAHKAMAH TIADA MASA MEMBICARAKAN KES LAIN MELAINKAN KES INI SAHAJA.

Ok kalau Tun M berjaya buktikan kedua2 perkara di atas dan dia menang, adakah DS Najib kena letak jawatan?

LEGALLY, DS Najib tak perlu letak jawatan krn ini kes sivil bukan kes jenayah. Dlm kes ini Tun M memohon gantirugi. Jika Ds Najib kalah dan bayar gantirugi kpd Tun M, maka legally selesailah kes ini. Ds Najib tak perlu letak jawatan.

Tetapi MORALLY, DS Najib perlu letak jawatan sbb mahkamah dah mengesahkan kecuaian beliau.

Tuan/puan, 

Pandangan saya di atas tak bermaksud saya sokong DS Najib. Saya cuma berkongsi setitis pengalaman saya sbg Peguam tentang bagaimana mahkamah Malaysia menghadapi kes2 yg sebegini. Walaupun mungkin ada asas terhadap tindakan Tun M berkenaan, namun beban pembuktian dan kaitan dgn kerugian itu amat sukar di buktikan.

Tetapi Tun M bebas mencuba utk meneruskan saman tetapi ada kemungkinan saman itu terpaksa di tolak oleh Mahkamah utk mendengar meritnya atas alasan pihak Plaintif tiada locus standi dan tiada kausa tindakan.

Sekian.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguam
012-9770412

7 comments:

Anonymous said...

bila mahkamah meenolak saman pada peringkat awal TUN Nyanyuk Dan Khairudding bersaa MAK enon tu akan kata PM dah mengawal mahkamah....... cesssssssaaaa!!!!!! longkang punya tektik.

Anonymous said...

KALAU MAHKAMAH ADIL TERIMA SAJA KES NI..BIAR DIDENGAR DIMAHKAMAH ..INI YANG RAKYAT NAK TAHU SANGAT..KALAU TAK ADA NAK DISEMBUNYI APA NAK TAKUT..APENDI KAN ADA..

Anonymous said...

Hati tun m busuk!! Nk jatuhkn bangsa seagama sendiri. Hati dia sakit anknya x jdi mb lgi. Tun m berdendam. Klu dia x nyanyok pun, itu balasan atas perbuatan dia dimasa lampau. Yg ikut langkah tun, yg percayakan tun, yg gunakan tun, semua banggang tahap cipan.

Anonymous said...

Anon 8:26,Aku sebagai rakyat tak mahu mahkamah buang masa layan org tua gila kuasa ni.siapa engkau nak wakili rakyat?

Anonymous said...

Anon8:26...kalau tak tau undang2 jgn pakai kepala lutut sendiri...nampak sgt macai2 pembangkang tak lulus upsr...tu pasal sanggup baring atas jln mcm makhluk yg berkaki empat....

Anonymous said...

Ha ha ha..Terengganu sekarang tengah bergoyang..16 vs 16..v6..

Asaif Barkiya said...

Tun tiada lokus standi.Ini hakikatnya.Cubaan untuk menyaman defendan akan di ujikaji pada peringkat awal oleh Mahkamah.Jika ada unsur unsur keraguan menasabah dan tidak dapat melepasi garisan 'Beyond Reasonable Doubt ' maka akan terlucutnya lokus standi.Pada fakta fakta sediada,pihak plaintif harus membuktikan mereka ada lokus standi dan mampu melepasi garisan merah dengan mahkamah mengambil kira fakta fakta eksibit.Walau melepasi 90 peratus dengan berbaki 10 peratus keraguan maka kes selalunya boleh berpatah balek iaitu 'Reverse Charge'.Adakah tun dengan baki usia pada angka 91 boleh naik turun mahkamah yang di jangka mungkin mengambil banyak tahun.Peringkat mahkamah tinggi,mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan adalah aras perundangan yang selalunya mengambil banyak tahun untuk mencapai kemuncak kehakiman.Tun yang sebetulnya 'Super Ego' yang boleh di definasikan sebagai 'Less Wise but Slightly Better Than Idiot'

 
Blogger Templates