Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 8, 2016

PENDEDAHAN ZAHID TENTANG CUBAAN CULIK-BUNUH OLEH MILITAN DAESH, PASTI DILAWAK-LAWAKKAN!!!



Pada ketika PDRM melancarkan operasi menangkap anggota militan IS atau DAESH bermula di Kedah pada Januari tahun lepas, seperti biasa, rakyat Malaysia dan sebilangan pemimpin politik di Malaysia yang sudah biasa dengan kehidupan aman, menganggap PDRM sedang mengusahakan pengherotan fakta untuk membantu Perdana Menteri yang sedang diserang dengan pelbagai isu, termasuklah isu peribadi.

Hampir sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama pula puak yang anti-Najib dan anti-Kerajaan, tidak percaya langsung bahawa Malaysia sedang diancam oleh militan IS dan Daesh sehinggakan ada yang mengatakan, IS patut datang dan menculik Perdana Menteri serta Menteri-Menteri Kabinetnya kerana rakyat Malaysia sudah tidak memerlukan mereka.

Dan sebahagian besar yang lain pula, langsung tidak berasa apa-apa dengan ancaman Daesh atau militan IS di negara ini.


Semuanya bermula apabila 28 April 2014 apabila PDRM memberkas sembilan orang individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan di Kedah dan Selangor. (RUJUK SINI)

Bermula dari situ, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar seramai lebih 150 orang individu berkaitan militan telah ditahan, manakala 45 orang yang lain dipercayai berada di Syria dan 18 orang yang lain telah terbunuh kerana menjadi pengebom berani mati atau terbunuh dalam pertempuran di Syria. (RUJUK SINI)

Kerja keras pihak berkuasa di negara ini telah menjadikan rakyat Malaysia bersikap begitu cuai dan memandang mudah akan keselamatan serta ancaman keselamatan daripada kumpulan-kumpulan militan serta subversif yang lain.

Kita boleh menyaksikan bagaimana kenyataan Zahid Hamidi dilawak-lawakkan, dijenaka-jenakakan dan diperlekeh-lekehkan. Malah tidak kurang yang menjadikannya sebagai isu politik yang digunakan untuk mengejek-ejek Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.


Pada 24 Januari 2016, IS Mula Bagi Amaran Kepada Malaysia: Wakil militan Negara Islam (IS) dikatakan telah menghantar mesej amaran kepada Malaysia susulan usaha memerangi kumpulan itu giat diadakan di negara ini.

Menerusi rakaman video yang disiarkan dalam dalam Bahasa Malaysia, unit militan IS Malaysia-Indonesia yang dipanggil Katibah Nusantara mengancam untuk membalas dendam berikutan penangkapan ahli-ahlinya.

Bertajuk "Mesej Awam Kepada Malaysia" video yang memberi amaran: "Jika anda tangkap kami, kami akan terus meningkat bilangan anggota, tapi jika anda biarkan kami...kita akan lebih dekat dengan matlamat untuk membawa kembali kedaulatan khalifah.

"Mereka yang menamakan kami sebagai Khawarij (ingkar), Daesh (nama lain IS) dan juga sebagai agen Mossad sebenarnya Syiah dan sekutunya.

"Kami tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi tadbir urus kerana kami hanya akan mengikut undang-undang Allah."

Selain itu terdapat satu lagi video yang menyeru 'saudara' Katibah dari Somalia iaitu Al-Shabaab untuk menyertai kumpulan mereka.

Dalam video yang berdurasi lebih seminit itu, militan Katibah berkenaan yang fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia menggesa rakan mereka dalam Al-Shabaab untuk menyertai IS dan jihad mereka.

Video itu menunjukkan ahli Katibah, Abdul Halid Dari menggesa mereka untuk mengikrarkan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakr Al-Baghdadi dan menyertai perjuangan "sebenar" di Syria sambil diperhatikan seorang lagi rakan militan, Mohd Nizam Arifin.

Abdul Halid juga menyebut mengenai ajaran Nabi Muhammad saw bagi meyakinkan pejuang di Somalia untuk menyertai IS.

Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin berkata, ancaman dan cabaran kepada kerajaan Malaysia itu mencerminkan pendirian kurang ajar kumpulan Katibah berkenaan.

"Ia juga membuktikan bahawa IS, terutamanya golongan Katibah memandang negara kita sebagai sekular dan oleh itu menjadikan kerajaan dan rakyat sebagai sasaran.

"Tidak syak lagi ia sebagai langkah membalas dendam terhadap tindakan pasukan keselamatan kami kepada mereka," katanya kepada The Star pada Ahad.

Polis Tahan 7 Suspek Anggota IS Di Seluruh Malaysia

Beliau berkata bahagian anti pengganas akan lebih berhati-hati kerana serangan boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan tidak mampu untuk membiarkan pengawal kami ke bawah," katanya.

Berhubung video yang ditujukan kepada Somalia, Ayob Khan berkata walaupun ia mempunyai sarikata dalam bahasa Arab, hakikatnya ialah Abdul Halid bercakap dalam bahasa Melayu dan beliau mengesyaki terdapat juga rakyat Malaysia yang menganggotai Al-Shabaab.

"Ini adalah satu perkembangan baru yang menunjukkan lebih ramai penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan pengganas," katanya.


No comments:

 
Blogger Templates