Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 9, 2016

PERKEMBANGAN TERBAHARU PAS-UMNO YANG LEBIH MENARIK SEDANG MENANTI!!!



PAS dan UMNO hanya berbaik selama beberapa tahun sahaja sungguhpun PAS adalah salah satu daripada komponen utama yang menghasilkan Barisan Nasional. Selepas itu, PAS menjadi musuh UMNO yang paling tegar dan kemuncak permusuhan antara UMNO-PAS adalah pada zaman pentadbiran Mahathir yang menyaksikan pelbagai operasi terutama sekali Operasi Memali untuk memastikan pengaruh PAS tidak menular.

Mahathir tidak berjaya. PAS terus berjaya menarik perhatian, sokongan dan dokongan daripada generasi muda yang mencari Islam dan jalan pintas ke syurga.

Dan sehingga kini, tenaga utama penggerak PAS adalah golongan muda terutama sekali para mahasiswa yang beranggapan PAS adalah salah sebuah entiti yang mempraktikkan politik Islam.

Di bawah pentadbiran Najib, ada kelunakan yang ditunjukkan antara UMNO dengan PAS walaupun sebahagian orang berpendapat UMNO lunak dengan PAS kerana UMNO dalam keadaan lemah. Namun perlu juga diingat bahawa PAS juga sebenarnya sedangvterancam dengan prlbagai anasir termasuklah PAN, DAP dan PKR yang masih bersembunyi di dalam PAS atau yang sudah keluar membentuk entiti baru.

Perkembangan terbaharu menimbulkan pelbagai spekulasi terutama sekali tentang cerita yang cukup menggerunkan Pakatan DAP-PAN-PKR iaitu Kerajaan Perpaduan.

Sikap yang ditunjukkan oleh Presiden PAS juga mula menimbulkan keresahan kepada puak seperti Husam Musa yang sedang berkempen agar Abdul Hadi Awang digulingkan dari jawatan Presiden PAS.

Manakala perkembangan mengejutkan di Terengganu pula yang menyaksikan usul undi tidak percaya bekas Menteri Besar Terengganu ke atas Menteri Besar Terengganu sedia ada, tanpa Abdul Hadi Awang di Sidang DUN semalam juga, menimbulkan spekulasi baru walaupun ada pemimpin PAS Terengganu yang cuba memberikan jaminan bulan bintang kepada Ahmad Said seandainya dia menyertai PAS.

Drama politik di Malaysia terus menarik. Yang pasti, ramai yang mengharapkan kerjasama antara PAS dan UMNO lebih terjalin erat sebagaimana eratnya hubungan antara kedua-dua Presiden parti.


4 comments:

Anonymous said...

KAWE SERO TAK BERAPO NOK BULEH PERCAYO PAS NI.BANYOK KALI DOH PUAK2 NI BUAT U TURN SAAT AKHIR.DENGAR BULEH PERCAYO JANGE.BUKE KAWE DOK SETUJU KERAJAE PERPADUANG TETAPI KAWE WAS2,PUAK2 LEBAI ONDE2 NIKUAT PLAWOK.KALU BLAWOK TU SAMO PANJEY DENGANG URAT PERUT.

Anonymous said...

Hok u turn tu..kawey tok leh tehey tuh... sedey pakat molek2 kuca lana pulok....
kawey tok kisah. janji isley ngey isley samo2 jadi pemerintoh negaro.

Anonymous said...

U turn jgn tak u turn...

Anonymous said...

sokong klu krjasama utk kebaikan umat islam dn negara.

 
Blogger Templates