Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 9, 2016

PESARA POLIS LUAHKAN KEKESALAN KETIKA PERTAHANKAN MAHATHIR SEBAGAI PERDANA MENTERI PADA PENGHUJUNG 1990-AN!!!



Luahan Hati Pesara polis untuk renungan kita bersama..

Saya bukan lah ahli mana-mana parti politik. Saya seorang pesara Polis. Saat yang sukar semasa saya bertugas adalah dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Saya dan rakan rakan lain ( ada yg telah besara dan ada yg masih bertugas ) telah dikerahkan untuk bertugas siang malam pada setiap hujung minggu.

Tugasan kami menghalang Kumpulan Reformasi dan Kumpulan Bersih dan berhimpun menghuru hara kan keadaan. Pegawai dan anggota Polis di setiap negeri dikerah untuk membantu Polis K/Lumpur. Manakala Polis di Kuala Lumpur pula dibekukan dari sebarang cuti demi menjalankan tugas.

Pada ketika itu kumpulan ini dengan dibantu oleh Parti Pembangkang berusaha untuk menghuru hara kan keadaan disamping untuk menjatuhkan PERDANA MENTERI ketika itu Mahathir.

Kami diketika itu bertugas setiap masa di jalan TAR, KPG BARU, PADANG MERDEKA dan seluruh KL dan berkampong di bawah khemah di Sg Besi berbulan-bulan bawah terikan matahari. Kami diasak oleh kumpulan ini dari setiap sudut.

Ada yg dicederakan dipukul diherdik dicela sehingga dipanggil Anjing Mahathir. Bekas KPN pada ketika itu juga terperangkap dalam satu insiden sehingga terjejas kerjaya nya. Kisah ini masih segar dalam ingatan kami. Kami tidak kira siapa jadi PM .

Yg penting nya kami menentukan keadaan aman tenteram. Kami tidak minta balasan apa-apa . Kami puas kerana kami telah melakukan tugas dengan jaya nya. Negara masih aman dan TM yg kita sayangi dulu tetap kekal sebagai PM sehingga lah beliau melepaskan jawatan PM dgn sendiri nya. Kami terus menabur khidmat dibawah PM PAK LAH kini DSN.

Kami tak kisah kalau Tun Mahathir keluar UMNO kerna kami tak terlibat dgn politik secara khusus. Tetapi apabila Tun Mahathir bersekongkol dgn mereka yang pernah kami tentang masa dulu untuk menghuru-harakan keadaan maka kami terasa amat sangat. Kecewa sungguh kami.

Pengorbanan kami tidak berbaloi. Apa yg kami perjuangkan dan mempertahankan untuk beliau yang membenci dan menolak demokrasi jalanan ketika itu sia sia saja.

Itu yang saya dan rakan lain dalam Polis kesalkan.


4 comments:

Anonymous said...

Pandai2 ajer ko buat cerita, konon polis bebagai lah menyesallah, mengelohlah . . Mcm2 lagi.Ikut sedap aje.Bukti ada ke? Siapa anggota polis yang menyesal tu? Buat cerita palsu boleh kena saman tahu?

Anonymous said...

Mahathir mana Kisah semua ni..dendam politik nya Lebih penting..

Anonymous said...

Pemakan dedak lagi x kisah...janji tembolok penuh...isu berbangkit x terjawab..spin je tau..maki hamun org x sehaluan ye yg pandai

Anonymous said...

Sama ajelah beb. Geng makan dedak ada versinya sendiri. Geng makan taikpun ada versinya juga. Sama2 jadi jurureka cerita palsu.

 
Blogger Templates