Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, March 27, 2016

PHANG LI KOON DILAPOR POLIS LAGI KERANA PINJAMAN BANK UNTUK BANGLO LIM GUAN ENG!!!




Barisan Nasional Pulau Pinang sebentar tadi telah membuat laporan polis dan membawa dokumen yang mendakwa Phang Li Koon sebenarnya telah mengambil pinjaman bank untuk membeli banglo dan hartanah yang sekarang ini milik Lim Guan Eng pada Oktober 2008.

Mereka mendakwa, ansuran bulanan hartanah tersebut yang perlu dibayar kepada bank semula adalah RM11,000 tetapi entah mengapa dan bagaimana dia menjadi terlalu baik hati, sewa bulanan banglo yang telah menjalani pengubahsuaian menyeluruh itu hanya berkadar RM5,000 sebulan untuk Lim Guan Eng sehingga Lim Guan Eng membelinya. 

Walau bagaimanapun, Barisan Nasional Pulau Pinang tidak mendedahkan jumlah sebenar pinjaman bank itu, kadar faedah dan tempoh masa, sekaligus memerlukan kita membuat andaian sendiri berdasarkan bayaran bulanan sebanyak RM11,000 yang perlu dibuat kepada bank untuk pinjaman berkenaan.

Dokumen yang diserahkan itu menunjukkan Phang Li Koon telah membeli banglo dan hartanah tersebut pada Oktober 2008 dan menjualnya pada Julai 2015. Dalam bahasa yang lebih mudah, tempoh masa yang diambil adalah 6 tahun 10 bulan. 

Berdasarkan kepada kadar faedah konservatif 4% dan andaian pinjaman tersebut adalah untuk 20 tahun bagi nilai pembelian RM2 juta daripada RM2.5 juta, bayaran bulanan yang perlu dibuat adalah RM12,0000 manakala kos faedah pula untuk 6 tahun dan 10 bulan adalah RM480,000.

Dan ini tidak termasuk kos setem/perundangan, kelengkapan perabot, pengubahsuaian (yang diakuinya dalam SD). 

Sekiranya pinjaman tersebut wujud sebagaimana dakwaan Barisan Nasional Pulau Pinang, tidak syak lagi, Phang Li Koon telah mengalami kerugian atas hartanah dan banglo tersebut apabila dia menjualnya pada harga RM2.8 juta kepada Lim Guan Eng memandangkan kos faedah sahaja adalah RM480,000 untuk tempoh 7 tahun. 

Pinjaman itu sekiranya terbukti wujud, menyebabkan Phang Li Koon mengalami kerugian besar apabila dia menjual banglo dan hartanah di No.25, Jalan Pinhorn kepada Lim Guan Eng!

Sama juga dalam kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo apabila penjual mengalami kehilangan wang apabila menjual hartanah mereka dengan harga lebih murah atas prinsip 'willing buyer, willing seller' sama seperti Lim Guan Eng.

Harap-harap Barisan Nasional Pulau Pinang mempunyai bukti-bukti yang diperkatakan kerana mereka mungkin boleh didakwa membuat laporan palsu. Namun, dalam hal ini, kita percaya mereka benar-benar mempunyai bukti!




1 comment:

Anonymous said...

Biar rentung pmpuan nih..

 
Blogger Templates