Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 1, 2016

REHATLAH MAHATHIR!!! REHATLAH... PENYAKIT NYANYUK TUN SEMAKIN TERUK DAH TU!!!



Tinggalkan Mahathir dan para penyokongnya yang sedang berfantasi, senario politik Malaysia sedang berubah 180 darjah ekoran Mahathir keluar dari UMNO selain ancaman daripada 400 Ketua-Ketua Cawangan UMNO yang sebenarnya juga tidak memberikan sebarang impak, memandangkan ramai tahu sejauh mana mereka berfungsi membantu UMNO selama ini pun.

Kenyataan terbaru Mahathir yang menolak untuk menyertai parti-parti lain selepas da keluar dari UMNO bersama-sama isterinya amat menarik juga untuk nilaikan.

"Saya tidak mahu melihat negara ini diuruskan oleh orang yang mempunyai terlalu banyak masalah." (RUJUK SINI)

September 2008, Najib menjadi Menteri Kewangan. Salah satu usaha awal yang dilakukan oleh Najib pada waktu itu adalah meminta Menteri Kerja Raya mendedahkan perjanjian-perjanjian konsesi tol lebuhraya melibatkan pemegang-pemegang konsesi.

Ini secara tidak langsung semua perjanjian tersebut tidak lagi berada di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

17 Oktober 2008, Menteri Kerja Raya mengumumkan dan pada 1 Januari 2009, kesemua konsesi lebuhraya kecuali satu telah bersetuju untuk mendedahkan perjanjian konsensi mereka.

Kumpulan yang tidak bersetuju tersebut adalah Maju Expressway atau MEX Highway yang dimiliki oleh Maju Group.

Lebuhraya sejauh 26 kilometer itu merupakan rangkaian sambungan Kuala Lumpur ke Putrajaya utama dan tahun lepas syarikat konsesinya telah menaikkan kadar tol untuk kereta dari RM2.50 sehingga RM3.50. Ia memulakan pembinaan pada tahun 2004 dan berjaya disiapkan pada 2007.

April 2012, Maju Group mengumumkan yang ia mahu menjual kepentingan mereka di dalam Lebuhraya MEX kepada sebuah syarikat senaraian awam pada harga RM1.7 bilion, sekaligus membolehkan Maju Group berjaya memperolehi keuntungan antara RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi.

Ini adalah kerana Maju Group hanya menggunakan RM60 juta sebagai paid-up capital, mendapat wang geran kerajaan secara percuma sebanyak hampir RM1 bilion dan meminjam RM500 juta untuk membayar kos RM1.5 bilion kos pembinaan selama 25 tahun konsensi lebuhraya.

Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan Mahathir yang berkata,  jualan Maju Expressway oleh pemiliknya, Abu Shahid merupakan usaha membuat duit dengan bantuan kerajaan.

"Anda jual apa yang telah menjadi hak anda, anda tidak menjual hak orang lain. Ia mungkin seburuk jualan AP," Dr. Mahathir dipetik sebagai berkata ketika mengulas marah jualan berkenaan.

"Dia cuba menjelaskan kepada saya tetapi saya beritahu dia, dia perlu menerangkan kepada masyarakat awam mengapa dia menjualnya dan mengapa dia mahu membuat duit selain daripada kontrak kerajaan," kata Dr. Mahathir lagi.

Mengapa Dr. Mahathir marah?

Sebab dia sendiri menganugerahkan perjanjian berat sebelah itu kepada Maju Group pada tahun 1997 dan telah membuat semakan perjanjian serta terma-terma konsesnsi pada tahun 2003 sebelum persaraannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Selepas isu itu, Mahathir terus tutup mulut dan tidak lagi memperkatakannya.

Menariknya, Maju Group juga adalah syarikat yang diberikan perjanjian berat sebelah dengan Tabung Haji yang menyebabkan kerugian besar kepada Tabung Haji ketika saudara lelaki ipar Tun Mahathir menjadi Pengerusinya.

Ini termasuklah urusan di mana Tabung Haji membayar RM270 juta sebagai bayaran pendahuluan bagi proses hartanah yang tidak lengkap bernilai hanya RM158 juta dan kemudian menara pejabat diserahkan kepada Tabung Haji pada September 2001, sedangkan ia hanyalah keluasan lantai sebenar 70% lebih kecil daripada apa yang Tabung Haji setujui unutk membelinya berdasarkan perjanjian.

Pun begitu Tabung Haji masih lagi menerima dan membayar Maju Group untuk 'jualan berat sebelah itu'.

Lebih menarik lagi ialah, berbanding menghukum Maju Group yang telah MENYONGLAP DUIT PENDEPOSIT TABUNG HAJI, Mahathir sebaliknya memberikan RM1 bilion percuma kepada Maju untuk membina lebuhraya pula.

Sekarang, Mahathir mahu bercakap tentang orang lain yang banyak buat salah?

Betul-betul seperti kerang mengata kepah!!!


14 comments:

Anonymous said...

Makin meluat dgn tun nih... Suka jadi lalat kacau org!!!!

Anonymous said...

Nak pilih PM mesti dari selatan tanah air.....apa faktanya..? Ini adalah FAKTA dan bukti sejarah... pulau pinang dan kedah dulu adalah satu negeri dibawah naungan sultan kedah.... bila Siam serang Kedah...sultan kedàh minta bantuan Inggeris Sir Francis Light akhirnya Pulau Pinang dipajak(serah) pada Inggeris.... kerabat inj jugak yg serah kan Singapura ke Lee Kwan Yu hasil tipu muslihat singapore terlepas dari naungan sultan johor.. 13 mei berlaku srmasa kerabat ini yg jadi PM....talibarut yahudi zionis ddngan agenda pluralist pun datang dari nrgeri ini suma rakyat dah tahu Aljuboori talibarut zionis....talibarut Syiah dan libralis pun dari utara negeri pun sama Mat Sabu... Tun Dollah Badwi PM tidooor saja 5 negeri jatuh ke pembangkang...Tun Dr M jadi PM 3 nrgeri jatuh ke pembangjang termasuklah nrgeri kelahiran PM tsb.... Tun Razak dan Tùn Hussain Onn dari selatan semua nrgeri di bawwah kjaan BN....najib mewarisi kepimpinan haprak Pak Lah dari 5 nrgeri jatuh ke pembangkang 2 negeri iaitu Perak dan Tgganu kembali ke BN... kepimpinan najib sedang bersihkan kroni2 haprak warisan tun dr M(utara) dari menghancurkan malaysia..... fakta ini sudah cukup menyatakan jika mslaysia nak aman makmur PM perlu dipilih dari selatan semenanjung.....klu ada yg x puashati buktikan fakta ini salah....!!

Anonymous said...

Sebelum ko cakap Tun M tu dah nyanyuk, ko cerminkan diri ko tu dulu. Rasa2 nya bila umor ko serupa Tun M le ni, ko boleh lagi ke jalan tak pakai tongkat atau kerusi roda dan cakap sepontan macam yg Tun M boleh buat le ni??? Ke ko ni masa tu dah 6 kaki bawah tanah, jadi makanan cacing dan semut....cermin2kan lah diri ko tu dulu.....

Anonymous said...

Terbaik punya bodek.

Anonymous said...

Assalam Bro,Kalau nak komen tu biarlah berpada.Jangan kaitkan dengan peribadi sesaorang.Tak elok.Dalam isu Najib ni,yang kami pertikaikan ialah Najib terima wang sebanyak RM 2.6 bilion dan RM 42 juta.Itu yang kami pertikaikan.Kalau sedari awal dia mengaku bagi kami tak ada masalah pun.TETAPI bila dia menafikan bermati-matian dengan jawapan yang berbeza-beza oleh pentol-pentolnya dan akhirnya dia mengaku terima wang tersebut,ITU YANG KAMI MARAH..Cuba fikir sikit.Mat Maslan kata" Adalah bodoh jika Najib terima wang dan memasukkan ke dalam akaun peribadi " Sekarang ni betullah kata Mat Maslan Najib bodoh sebab Najib mengaku menerima wang tersebut.Jadi apa pandangan rakyat terhadap Najib.......Perdana Menteri suka cakap bohong.......

Anonymous said...

Nyanyuk dgn jln tak pakai kerusi roda atau cakap spontan dua isu yg berbeza bro. Allah kurnia usia lanjut utk bg peluang taubat & tingkatkan takwa. Di usia pra alam kubur ni usah sibukkan diri sangat dgn hal dunia. Sibukkan diri dgn hal akhirat. Apa lagi yg Tun M mahu?

Anonymous said...

HAHAHA..........mengamuk sakan geng PROJIB,
bila Tun Det keluar umngok.
Come on, relakslah brother.
Buat apa marah-marah.
Kalau U rasa Najib di pihak yang betul, tak perlu nak mengamuk.
Mengamuk tak tentu pasal, nanti kena stroke.
Umor tak sampai separuh usia Tun Det, kamu dah kena pakai pampers.
Terbaring dengan bibir herot sebab banyak sangat ngutuk orang.
Bukan lama, kalau ALLAH nak tunjuk kebenaran.
Kun Fayakun, JADILAH....MAKA JADILAH.
Fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

sebab mader dianugerah umur panjang dan kesihatan yang baiklah yang sepatutnya dia gunakan untuk kesejahteraan ummah kerana jarang manusia dianugerahkan keistimewaan sebegitu.....

namun begitu setiap anugerah yang diberi disertai dengan tanggungjawab...dan tentunya sebagai warga tua...harusnya berperanan membimbing kearah kebaikkan dan kesejahteraan bukan sebaliknya...

terpulanglah pada penyokong mader sekarang...hendak menasihati dia kearah kebaikkan atau menjerumuskan kearah kedurjanaan...pilihan ditangan

Anonymous said...

Saya hormat Tun M, tapi hakikatnya zaman Tun M telah berlalu...biarlah PM DS Najib jalankan tugasnya. Saya bangga dia PM saya. Saya bukan ahli UMNO, PAS PUSS PISS atau DAPig. Saya hanya rakyat Malaysia biasa.

Saya membesar dengan Negara tercinta, dapat merasakan perubahan ketara ke arah kebaikan dan kesejahteraan buat semua. Negara saya tidak sempurna, tapi Alhamdulillah jauh lebih baik dari banyak Negara. Jika tidak masakan mereka sanggup bergadai nyawa mahu bertapak di Negara bertuah ini.

Tun M telah dikurniai Allah swt nikmat hidup yang luar biasa. Umur yang panjang, sihat walafiat, bijak, ternama, keluarga bahagia, isteri yang setia, anak-anak billionaire. Berapa orang di Malaysia sebaik nasib seperti Tun M, berapa ramai yang capai usia 90 dan berkeadaan seperti ini.

Jika ini pun tidak disyukuri, apa lagi? Tun M sepatutnya gunakan segala kurniaan ini dengan bijaksana. Lakukan perkara yang memberi manafaat. Yang menyatukan bangsa bukan sebaliknya.

Kesian orang Melayu, semua dah pandai tetapi tidak bijaksana. Sebab kebijaksanaan itu adalah anugerah Allah swt pada umatnya yang terpilih sahaja.

Maka huru haralah lagi orang Melayu. LIm Kit Siang tersenyum malam di tempat pembaringan sambil mengira hari-hari kehancuran Melayu. Senanglah dia jika nak mati pun sebab dah PUAS, Melayu hancurkan Melayu.

Anonymous said...

Lagi 2 tahun je..kikiki..tun m still the best..

Anonymous said...

Mmg betul jarum limkomunis berjalan dgn mudah sbb dia tahu melayu very emo dan kurang gunakan otak atas. Sbb otak lutut asyik nak benda anuu tuh....so become very stupid one

juragan 69 said...

Bhai prinsip bersyukur fahaman mana yg lu pki derrr..adakh bila kita mnjangkau umur yg lewat 70 keatas maka kita wajib mmbiar kn kemungkaran dan jenayah berlaku wlupun brlaku didpn mata..bhai mnkin tun m dh 90 ttp mnkin akal dia lbh hebat dari kita...dan kita jgn lupa utk mnsyukuri nikmat yg Allah beri maka kita guna sebaik mnkin kearah kebaikkn semua..
bhai..klu pemimpin yg ada skrg melakukn korupsi lg lu mau citer lks mngira kejatuhan bangsa melayu...sdngkn bangsa melayu sndiri sprti merestui serta redha dipimpin oleh pemimpin yg korup...kemon bhai sblm marah cina ambik kesempatan marah diri sndiri yg tk peduli anak cucu yg sah2 melayu...lainlh klu ada anak cucu kacukan bangla...
Sbb tu melayu terus layu bila ada melayu yg brsikap cam lu..bersyukur dgn diam wlupun mata dicucuk..hahaha sedih bhai klu kita masih tk kisah bila kita hnya jd ahli umno ttp kita tk kisah siapa yg memimpin dan siapa dipimpin...gua pun umno bhai,ttp gua tk kn biarkn ada org yg anggap umno hak peribadi keturunan dia..
gua setuju dgn bhai 04.48...klu najib blh jwp maka dia layak utk jd pemimpin umno bhai.tp klu hrp ahmad maslan..nazri..salleh.. ku nan atau zahid guna apa cara sekali pun asalkn najib selamat...hmmm entahlh bhai lu brsyukur atau tak dgn akal yg Allah kurnia kn pd lu..

Anonymous said...

Apakah taubat & taqwa HANYA perlu dilakukan bila usia lanjut...???

Anonymous said...

itulah sebabnya jangan sanjung terlalu tinggi, akibatnya tun m walau dah pencen tak boleh nak berhenti, asyik nampak salah orang saja diri sendiri perfect benor, sebagai pemimpin yang lebih senior mana contoh tauladannya, nak bagi pecah belah lagi ada, pikir la sendiri...

 
Blogger Templates