Namun selepas Mejar Zaidi, bekas pegawai TUDM yang menjadi masyhur kerana dakwat kekal semasa PRU lepas dan menyertai PAS sebelum melompat menyertai PAN selepas mendapat tawaran makan gaji dengan Lim Guan Eng, memulakan tugas sebagai Pegawai Informasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, RBA-RBA Melayu kelihatan cukup aktif memasuki mana-mana laman yang mendapat sambutan seperti Wakeup Malaya untuk melakukan serangan dan pemesongan fakta.
Perhatikan dan teliti cara jawapan mengelirukan dan memesongkan yang cuba dilakukan oleh RBA-RBA tersebut. Mereka tidak sahaja membela perbuatan Lim Guan Eng, memujinya sebagai bijak kerana telah membeli hartanah pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran, sebaliknya langsung tidak memetik atau mengaitkan kepentingan Phang Li Koon yang mendorong harga hartanah tersebut menjadi lebih murah.
Malah untuk memantapkan hujah mereka, mereka cuba mengalihkan kepada para pemimpin UMNO dan mereka-reka tentang pemilikan harta serta aset dengan cuba menanamkan sentimen bahawa pemilikan tersebut adalah tidak sah dan melalui jalan rasuah.
Hujah-hujah tentang Lim Guan Eng oleh RBA-RBA tersebut, dilihat cuba menyembunyikan sesuatu yang lebih besar membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, terutama sekali yang membabitkan skandal penjualan tanah di seluruh Pulau Pinang yang telah dijadikan sebagai mata pendapatan utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng itu.
Semakin melalut mereka membela Lim Guan Eng, terutama sekali ketakutan dan kekecutan mereka untuk mengaitkan Phang Li Poon, pemilik asal rumah yang dibeli murah oleh Lim Guan Eng menerusi tanah PPRT yang dirampas, dijarah dan dirompak untuk diserahkan kepada sebuah syarikat berkaitan, semakin jelas pula, memang ada skandal besar yang sedang disembunyikan daripada pecah dan bobos!!!
No comments:
Post a Comment