Ada yang enggan mengakui bahawa semuanya ini adalah dikeranakan oleh ANWAR IBRAHIM-MAHATHIR MOHAMAD sebaliknya menyalahkan DAP sepenuhnya.
Selama 18 tahun, setiap penyokong mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO mempertahankan Mahathir kerana Mahathir adalah Presiden, Perdana Menteri, Bekas Presiden dan bekas Perdana Menteri yang perlu diperlihatkan sentiasa dalam keadaan betul ketika membuat keputusan. Ahli-ahli UMNO yang setia mempertahankan tindakan Mahathir dengan bersandarkan kepada fakta-fakta yang telah disediakan atau pun teori-teori berdasarkan pengalaman lisan dengan Anwar Ibrahim selain rekod-rekod Anwar Ibrahim sendiri sepanjang dia berkuasa.
Kini segala-galanya berubah. Petang ini, satu persetujuan dan deklarasi bersama, sekaligus menandakan bermulanya era baru perdamaian dan percantuman kuasa antara Mahathir-Anwar dikembalikan untuk mengancam kuasa Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia.
Kedua-dua penyokong akan cuba melupakan pengalaman pahit silam mereka demi penyatuan untuk menghancurkan Najib Abdul Razak. Keluarga Mahathir-Anwar Ibrahim yang tidak lagi berhubungan mesra selepas pertuduhan penyelewengan kuasa dan liwat pada 1998, akan cuba melupakannya kerana bantuan daripada Mahathir kali ini, jauh lebih besar 'pahalanya' kepada mereka berbanding sebelum ini.
Sepucuk surat yang ditandatangani oleh Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa Mahathir akan membuat pengakuan bahawa Anwar Ibrahim telah difitnah dan menyokong agar Anwar perlu dibebaskan dari penjara, turut beredar sekalipun kesahihannya diragui.
Selama 18 tahun, rakyat Malaysia telah dibentuk pemikiran mereka untuk percaya atau tidak percaya tentang cerita-cerita liwat, penyelewengan, pengkhianatan, penderhakaan dan sebagainya.
Namun hari ini, segala-galanya dipadamkan dengan begitu mudah hanya kerana mahu menggulingkan Najib Abdul Razak dalam pertemuan damai antara Mahathir-Anwar Ibrahim!
10 comments:
Apa yg ko merapu..
“Hate your worst enemy with a little less passion - he might be your best friend one day.
Yasir Qadhi
“If you want to understand a human being, look at his action during a moment of free choice, and you will be surprised. You may see a saint committing adultery, a prostitute praying, a doctor drinking poison. You may see your friend stabbing you and your enemy saving you, and you may see a servant mighty in status by his actions, and a master baser than the basest servant by his works.
Dr. Mustafa Mahmud
“Fear your sins more than you fear the enemy as your sins are more dangerous to you than your enemy.
Umar ibn al-Khattab
sokonglah Penyamun Malaysia tu
PKR ni nak merasa kena tipu berkali-kali dengan Tun. Biarlah mereka. Apabila tujuan berjaya kita akan lihat nanti siapa yang kena. Itu pun kalau berjaya. Kalau tak dua-dua pun akan melingkup. Tapi biasalah pembangkang ni akan salahkan UMNO kalau gagal nanti. SOP biasa mereka.
Zaman Tun M dan Anwar Ibrahim telah BERLALU. Terimalah Hakikat ini. Insaflah cukup-cukuplah.
Biarlah PM kami menjalankan tugasnya, fitnah fitnah fitnah sejak zaman Hang Tuah!!!
Semoga Allah swt lindungi DS Najib. Allah swt yang menjadikan dia PM, Allah swt juga yang akan selamatkan dan lindungi DS Najib, Aamiin!
kesian anon, inilah tahap mentaliti puak pembangkang, samada betul2 bahlol atau buat2 bahlol. tak dapat terima kenyataan. nak kuasa, apa2 boleh jadi. selama ni, puak pembangkang memang kena tipu hidup2.
Ya...mari kita sama sama berdoa dan bertahajud agar Allah selamatkan malaysia dan terus menunjukkan kepada kita manusua manusia munafik dalam kerajaan Bn.semoga pemimpin yang amanah dan ikhlas Allah lindungi walau berpuluh ribu fitnah yang di lancarkan tanpa keizinan Allah semuanya boleh ditong sampahkan...so sekarang Umno dah bersih dari perasit yang bermuka muka ingin menolong rakyat rupanya nak mengkayakan kroni...tanpa Najib hidup rakyat akan terus terbeban....terimakasih Allah...memberikan kami seorang pemimpin yang sabar serta tahu kesusahan rakyat...semoga Allah lindungi pemimpin kami pm Haji Najib Tun Abdul Razak...ameen
DALE BAB NI KAWE NOK KATO LAGU NI JAH*AHLI POLITIK MEMEY PALAT*
Bhai..TU DIA!!!
Kalau nak komen macam puaka elok kamu diam...ini blog untuk meluahkan pandangan yang memberi pro dan kontra tapi jangan guna ayat yang tak senonoh boleh...buruk betul perangai orang yang beri komen guna ayat kotor lagi jijik...mesti orang yang macam ni tak kafir nama je Islam tapi hanya pada nama ...Wallahualam.saya suka membaca komen yang ayat nya tersusun serta memberi info tapi bukan fitnah...so kepada yang nak meroyan maaf cari blog lain...blog ni bukan macam orang mabuk todi.merapu dan tak habis habis guna ayat yang melambangkan betapa .mereka ni tak ada nilai murni langsung dalam diri mereka ..kesian...
Post a Comment