Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 15, 2016

TAUKE THE MALAYSIAN INSIDER KATA, TMI TUTUP SEBAB MASALAH KEWANGAN, LIM KIT SIANG PULA KATA, SEBAB NAJIB!!! KECEWA BETUL RAKAN KONGSI DR. MAHATHIR TU!!!



Lim Kit Siang ternyata tidak berpuas hati kerana The Malaysian Insider yang banyak membantu DAP dan Pakatan yang diketuai oleh DAP, akhirnya terpaksa menutup operasi setelah kerugian lebih RM10 juta sepanjang operasinya dari tahun 2008.

Perkara tersebut diperakui sendiri oleh taukehnya, Ong Kay Tat, orang yang terlibat dan diperkatakan di dalam Transkrip Whatsapp melibatkan Xavier Justo, Tony Pua, Claire Rewcastle-Brown dan Tong Koii Ong.

Namun nampaknya, Lim Kit Siang tidak dapat menerima hakikat tersebut. Sebaliknya, dinosaur tua yang sehingga ke hari ini enggan mengakui pembabitannya dalam menyemarakkan Tragedi 13 Mei 1969, cuba memutarbelitkan fakta tersebut dengan menyalahkan Najib Abdul Razak dan tindakan yang dikenakan oleh SKMM ke atas The Malaysian Insider.


Siapa yang tidak tahu TMI? Siapa yang tidak baca berita-berita TMI yang penuh dengan putar belit dan tokok tambah yang bukan sahaja mengelirukan tetapi juga cuba mewujudkan persepsi jahat terutama sekali ke atas kerajaan, Melayu-Bumiputera dan agama Islam di negara ini.

Walaupun terselamat kerana para pemimpin UMNO terlalu lembik tengkuk untuk menyaman, berbanding DAP pantang tersentuh, akan segera menyaman Utusan Malaysia, fitnah-fitnah yang dibuat oleh TMI akhirnya terbalas dengan penutupan operasinya bermula malam tadi.

Sebelum ini ada kedengaran, pemilik TMI ingin menjual portal tersebut kepada pihak tertentu. Namun, sekatan yang dibuat oleh SKMM setelah TMI dengan sengaja memutarbelitkan isu-isu membabitkan 1MDB dan RM2.6 bilion, membuatkan urusniaga tersebut tergendala.

Nasib 59 orang kakitangannya belum menentu. Daripada maklumat yang diperolehi, TMI sememangnya sudah lama berhadapan dengan masalah kewangan. Dengan pembayaran gaji yang tertunda atau dipecah-pecahkan, masalah kewangan meruncing TMI bukan lagi rahsia.


Cubaan menyalahkan Najib dan Kerajaan seperti yang dilakukan oleh Lim Kit Siang sebenarnya merupakan manifestasi kekecewaan DAP kerana kehilangan sebuah portal yang dilihat amat efektif menghuru-harakan negara ini.

Dengan permainan tajuk yang bersifat provokasi dan fitnah, dan isi kandungan artikel yang memutarbelitkan segala fakta, DAP menikmati 'kejayaan' tersebut dengan sebaik-baiknya. Apabila TMI sudah ditutup operasinya, DAP perlu pula mencari dan bergantung kepada portal lain seperti Malaysiakini yang kebelakangan ini, agak 'tawar' berbanding sebelum tindakan yang diambil oleh SKMM ke atas mereka.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Lim Kit Siang cuba menimbulkan persepsi kononnya, TMI ditutup operasinya kerana Najib menyekat kebebasan bermaklumat!!!

Pandai tak, dinosaur tua yang sudah bertaraf fosil itu?





No comments:

 
Blogger Templates