Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, March 22, 2016

WALK THE TALK... AZEEZ RAHIM USAHAKAN RM2 JUTA BANTU PENOREH GETAH DI BALING... DI PANDAN, NAK CAT FLAT YANG DIJANJIKANNYA PUN, RAFIZI RAMLI MENGELAT!!!



Antara isu yang seringkali diperkatakan, bahkan dijadikan modal untuk membuktikan UMNO-BN tidak ambil peduli akan nasib marhein, adalah dengan isu getah dan padi. Isu getah dan padi dianggap sebagai isu yang paling dekat dengan rakyat yang tinggal di kampung-kampung, membabitkan orang Melayu secara majoriti dan merupakan lubuk bagi mendapatkan pengaruh baru.

Masih ramai yang berfikiran dan beranggapan, gaya hidup di kampung masih lagi seperti pada zaman-zaman 70-an-80-an. Masih ramai yang beranggapan, industri getah terutamanya merupakan pendapatan utama di kalangan orang kampung malah merupakan pendapatan tunggal.

Dan kalau kita rajin membaca tulisan-tulisan para pejuang getah tersebut, kita akan disajikan dengan jalan cerita novel Azizi Haji Abdullah atau Shahnon Ahmad yang ditulis pada era 70-an dahulu dengan orang kampung berjalan ke sana ke mari tanpa kasut atau selipar, atau meredah hutan belukar semata-mata untuk mendapatkan air setimba, atau mati tercekik akibat tulang ikan puyu kerana kebuluran.


Hakikatnya, penurunan harga komoditi seperti getah merupakan masalah dunia, bukan masalah domestik yang hanya melibatkan para penoreh getah kecil di Malaysia. Ketiadaan estet-estet besar getah seperti yang pernah kita lihat suatu masa dahulu di seluruh negara, merupakan impak daripada kejatuhan harga getah yang tidak pernah bangkit-bangkit.

Mengapa puak-puak yang sentiasa menghasut kononnya Kerajaan menganaktirikan penoreh getah, tidak pernah cuba mahu menceritakan, tidak mengaitkan faktor dan sebab para pemilik estet-estet besar getah menumbangkan pokok-pokok getah mereka untuk digantikan dengan komoditi seperti kelapa sawit? Mengapa tidak diceritakan tentang permintaan dunia ke atas getah atau pengeluaran getah yang tidak lagi menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama, sebaliknya hanya sebagai kontan semata-mata?

Harga komoditi seperti getah ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa tentang harga getah. Kalaupun boleh, kerajaan hanya boleh memberikan bantuan sebagai penokok kepada para penoreh getah. Justeru terpulang kepada wakil-wakil rakyat dan para pemimpin untuk berfikiran kreatif mencari alternatif bantuan kepada para penoreh getah, termasuklahn menyedarkan atau mendidik atau pun mengurangkan kebergantungan para penoreh getah kepada kerajaan agar mereka tidak terlalu bergantung kepada harga getah semata-mata.


Salah seorang daripada pemimpin tersebut adalah Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling. Baling masih merupakan antara daerah pengeluar getah walaupun pengeluarannya jauh merosot berbanding tahun-tahun 70-an sehingga 90-an dengan kebanyakan anak-anak muda lebih gemar bekerja di kilang-kilang terutama di Kulim atau pun di Pulau Pinang.

Bertempat di PDM Kampung Thye Seng di DUN Kuala Ketil dan Parlimen Baling di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Thye Seng, Kuala Ketil, walaupun hadir tetapi Azeez tidak berucap, satu majlis penyerahan bantuan kepada pekebun kecil/penoreh getah PDM Kampung Thye Seng an PDM Kuala Kuli telah diadakan pada 18 Mac lalu.


Dalam majlis tersebut, seramai lebih kurang 100 orang telah hadir termasuklah AJK UMNO Bahagian Baling, pekebun kecil dan penoreh getah, dan penduduk tempatan. 58 orang penoreh getah terlibat dalam pemberian sumbangan dan bantuan daripada Ahli Parlimen Baling.

Dato Mohd Khairul bin Abdullah, Penyelaras BN DUN Kuala Ketil 'mewakili' Azeez Abdul Rahim menyatakan, Parlimen Baling merupakan satu-satunya Parlimen di Malaysia yang membantu penoreh dalam kawasan mereka. Bantuan sebanyak RM2 juta juga telah diperuntukkan oleh Ahli Parlimen Baling untuk membantu penoreh getah di Parlimen Baling. Manakala masalah asas di Kampung Thye Seng sendiri seperti baik pulih rumah dan jalan, akan diselesaikan dalam masa terdekat.


Bagi memudahkan bantuan, permohonan penduduk Baling perlu dihantar ke Pejabat Penyelaras DUN Kuala Ketil untuk diproses dan bantuan diberikan. Pemberian bantuan juga tidak berdasarkan sokongan kepada parti dan tidak mengira akidah politik yang dianuti, asalkan mereka penduduk Baling dan penoreh getah atau pekebun kecil.

Majlis sumbangan itu sebenarnya merupakan majlis ke-5 yang telah diadakan di Parlimen Baling. Majlis tersebut adalah bertujuan menyalurkan sumbangan kepada pekebun kecil dan penoreh getah dalam usaha membantu  meringankan beban kos sara hidup ekoran kejatuhan harga getah.

Usaha yang menarik, sekaligus menepati keperluan dan ciri-ciri Wakil Rakyat yang diperlukan oleh rakyat, bukannya Wakil Rakyat yang hanya pandai menyalak, menyalahkan orang lain tetapi diri sendiri jarang nampak di kawasan sendiri, bahkan segala janji-janji yang ditabur, semuanya diabaikan, sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan yang kerjanya kalau datang ke kawasan hanyalah menghasut tetapi apabila diminta menunaikan janji, segera menyatakan, dia tidak pernah berjanji dan kerja-kerja tersebut bukannya kerja dia, sebaliknya kerja pihak lain!!!


2 comments:

kaw said...

memang haramjadah betoi la rafizi ramli nih....nilah dia alma mater MCKK...

KAW said...

Kadang2 orang bukan politik yakni rakyat marhaen tgk orang politik nih..boleh lah nak buat kesimpulan macam kat bawah:

"ORANG PANDAI TAK SEMESTINYA PANDAI, ORANG BODOH TAK SEMESTINYA BODOH, KADANG2 ORANG PANDAI BOLEH JADI LEBIH BODOH DARI ORANG BODOH, ORANG BODOH BOLEH JADI LEBIH PANDAI DARI ORANG PANDAI"


When we play within the political world..we don't need to be the degree holder, master holder or Phd holder...

Kata Hasan Al Basri dalam surat beliau kepada khalifah Umar Abd Aziz...seorang pemimpin dengan rakyat ibarat seorang ayah dengan anaknya...

Klu kita jadi ayah camna sikap kita dengan anak2..????

 
Blogger Templates