Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 7, 2016

EGO MAHATHIR TERLALU BESAR UNTUK DIA MENGAKU KALAH... DIA TUDUH ANGKA YANG DISONGLAP JAUH LEBIH BESAR DARI RM42 BILION!!!



Mahathir sebagai manusia maksum dan sebagai manusia yang tidak pernah salah, telah lama berlalu. Zaman segala perbuatan salah disapu masuk ke bawah karpet menerusi media-media yang dikongkong secara keras, telah digantikan dengan segala perlondehan dan persepsi walaupun ianya lebih banyak membabitkan fitnah dan tohmahan jahat.

Sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir dalam kes 1MDB.

Pertengahan 80-an, apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman menulis tentang skandal kewangan yang berlaku di bawah pentadbiran Mahathir di dalam pojok yang dikhususkan untuk Tunku di The Star, akhbar berbahasa Inggeris tersebut telah digantung permit penerbitannya. Alasan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu ialah akhbar The Star mengancam keselamatan negara.

Tidak banyak pun tulisan Tunku yang menghentam Mahathir dan pentadbirannya malah jauh terlalu kecil bilangan dan sifatnya kalau dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Najib sekarang ini. Tetapi Mahathir mengambil jalan mudah dengan mengekang penerbitan tersebut dan akhirnya maklumat-maklumat yang sepatutnya rakyat tahu, hilang begitu sahaja.

Sampai ke penghujung pentadbirannya, tidak ramai rakyat yang tahu tentang masalah kewangan, terutama sekali dalam menjadikan PETRONAS sebagai lembu perahan untuk projek-projek meganya, Malah ramai yang beranggapan, Mahathir telah melaksanakan yang terbaik untuk rakyat walaupun hakikatnya, para pemimpin dan ahli-ahli UMNO sebenarnya yang melindungi Mahathir daripada dijatuhkan seawal tahun 1986 lagi.

Mahathir tetap mahu menyalahkan Najib Abdul Razak. Para pengikutnya pula tidak dapat menerima laporan PAC dan meminta pendedahan tentang laporan SPRM pula. Mahathir menyatakan dia tersalah tentang angka RM42 bilion kerana angka sebenarnya jauh lebih besar iaitu RM50 bilion. Pengikut dan pemercayanya pula bersorak dan berkokok dengan menganggap kata-kata Mahathir itu adalah benar belaka.

Paling menarik ialah apabila Mahathir tidak dapat menerima kenyataan bahawa bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipertanggungjawabkan oleh PAC untuk disiasat kerana salah pengurusan. Kata Mahathir, Shahrol Azral Ibrahim Halmi hanyalah kambing hitam kerana yang mendirikan 1MDB adalah Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi Badan Penasihat 1MDB.

Sesuatu yang menarik tentang kata-kata Mahathir itu ialah, maknanya, Mahathir sedang meminta siasatan secara intensif dan menyeluruh dibuat ke atas PROTON di mana dia adalah Pengerusi Proton dan Proton didirikan olehnya tetapi selama lebih 30 tahun, PROTON hanya sebuah entiti yang merugikan wang negara. Malah sehinggalah PROTON telah menjadi entiti swasta, PROTON masih lagi menyedut wang rakyat tanpa memberikan keuntungan kepada negara.


Selama ini, tidak banyak pihak yang mahu mempersoalkan tentang salahpengurusan dan penyelewengan yang berlaku di PROTON sehinggakan syarikat automobil negara itu mencatatkan kerugian saban tahun, malah mengalami penurunan jualan berbanding saingan terdekatnya, Perodua yang terus mencatatkan keuntungan dan kecemerlangan.

Argument Mahathir tentang 1MDB, sudah boleh membuka satu siasatan terperinci kerana PROTON, sama seperti projek-projek mega di bawah Mahathir yang lain, semuanya menggunakan wang rakyat yang memberi keuntungan kepada kroni dan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat, kecuali dalam bentuk kemudahan penggunaan. Bagaimanapun, kemudahan penggunaan itu juga perlu dibayar dengan kadar yang sentiasa meningkat saban tahun, sepertiman ayang berlaku dalam konsesi tol lebuhraya.

Ternyata, pengakuan Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen DAP Kepong yang juga merupakan Naib Pengerusi PAC bahawa Najib langsung tidak terlibat dalam 1MDB, tidak dipedulikan oleh Mahathir yang cuba menutup malunya dengan membuat tuduhan yang lebih berat.


11 comments:

Anonymous said...

mereka ni diam bila dah masuk KUBOR.

Anonymous said...

makin dilayan maikn nyanyok
tiada penghujung selain mati

Anonymous said...

TAK KISAH LA 42B KE 52B KE 60 B KE,POKOK NYER TIADA SESEN PUN HARTA IMDB HILANG DI REMBAT OLIH TOK NAJIB SEPERTI MANA NYANYIAN MADEY SETIAP HARI.SOAL MADEY PUASHATI KE TIDAK KE KEPUTUSAN PAC TELAH DIBENTANG DIDEWAN RAKYAT TEMPAT RASMI HASIL AUDIT DIBENTANG.

Anonymous said...

well said artikel ini. tepat dn itulah rumusan ayat mudah bongkak dn penyangaknya so tua ini tk pernah berubah.

Anonymous said...

Sdrx Sekelian
Samax lah kita berdoa agar TDM berubah fikiran dan tindakan beliau yang tidak sepatutnya berlaku di penghujong hayat beliau
Kita tidak bolih nafikan jasax beliau selama ini pada negara
Tapi dewasa ini segala tindak tanduk dan keputusan beliau ambil tidak lah saperti yang kita tahu dari TDM sharp,penoh fakta dan menyakinkan
Bagi yang berkepentingan sudahx lah mempergunakan TDM terutama dgn memberi maklumat salah atau palsu...kredibiliti TDM hancur sekarang
Tiada maanusia yang maksum dan saya berharap sangat agar TDM sedar dan balik ke pangkal jalan dan tumpukan sisa sisa hidup beliau menyiapkan diri untuk menemu ALLAH.Biar kita Bangkrap di dunia, jangan kita Bangkrap di Akhirat.

Anonymous said...

siapa sebenarnya anggota PAC ni? mahathir atau dr tan seng giaw (dap)? kalau mahathir tahu semua, sia2lah lantik anggota PAC dari pelbagai parti. apa sahaja hasil siasatan PAC yang tidak memihak kepadanya dianggap salah. besar betul kepala tun mahathir ni!!!

suara massa said...

Salam perjuangan

mohon jasa baik pautkan link blog kami. link tuan sudah kami pautkan.

Terima kasih

Anonymous said...

Mahathir tu siapa? yang masih nak menyalak dan menari mempersoalkan keputusan PAC? Persetankan orang tua yang tak tahu dek untung tu, makin di layan makin menjadi jadi. Biarkan sahaja beliau dengan labunya.

Anonymous said...

Penulis blok inilah yg sengaja tidak sedarkan diri. Banggakah anda syarikat 1MDB rugi rm50 billion? najib yg anda dok sokongtulah penasihatnya. Dan dia jugalah dlm akaun peribadinya ada masuk duit rm2.6 billion dan rm42 juta. Duit yg tidak diwar2 kan sebelum ianya dipersoalkan bermula pd tahun 2015. Sedangkan duit masuk sebelum 2015. Buta sgtkah mata hati anda wahai penulis? Semoga Allah mberi petunjuk ke jln yg benar kpd anda. Tapi sekiranya anda masih tidak insaf dan terus sokong dan bersubahat dgn pm yg rasuah dan pencuri duit rakyat serta mengutuk pula org yg berjuang utk cari kebenaran moga2 Allah mengenakan balasan bala yg keras kpd anda.amin.

Anonymous said...

laporan pac dah dikeluarkan...terimalah seadanya....klu ada yg masih tak puas hati carilah bukti kukuh...buat pndakwaan.

Anonymous said...

Anon 4:01 pm tidak dapat membezakan antara kerugian dan hutang. Orang macam ni lah yang cuba dihasut Mahataik. Orang yang tidak cukup ilmu dan bodoh sombong. Sila lihat komen saya berkaitan 1MDB untuk artikel terkini blog ini "Bagai dirasuk polong dan puaka.....

 
Blogger Templates